10 Tip Memilih Taska

Aku buat confession ni sebenarnya sebab aku dah takut terbaca perihal taska-taska yang melayan budak-budak dengan layanan yang tak memuaskan. Disebabkan banyak cerita-cerita yang negative macam ni la ramai ibu bapa jadi takut nak menghantar anak-anak kepada taska/pengasuh. Tapi apakan daya.. kami ibu bapa yang bekerja.. terpaksa tawakal je lah hantar anak-anak kami dalam jagaan orang lain selama 7-8 jam atau lebih.. sedih tau. Aku cuma nak kongsi dekat sini tak semua taska tu buruk macam confession-confession sebelum ni. Penat dah wei asyik terbaca benda-benda yang buruk je tau…psiko beb..psiko…kita bagi positive vibes pulak ok..

Aku memang selektif dalam memilih taska. Dan bagi aku taska yang baik ada beberapa ciri:

1- Mesti ada kelulusan JKM. Wajib. Kita sebagai parents jangan main belasah je hantar anak-anak ke taska yang tak berdaftar ni. Karang jadi ape-ape susah..Sijil JKM tu owner mesti gantung elok-elok dekat dinding. Bukan sijil tu je, kursus-kursus yang berkenaan tu pun patut kena ada lekat kat dinding. Kat taska anak aku juga turut dilekatkan carta organisasi beserta gambar teacher yang berkenaan selain sijil-sijil yang teacher ni pergi ni ambik kursus yang berkenaan.

2- Bilangan teacher yang ramai- Yang ini pun sangat penting sebab JKM dah tetapkan 1teacher: 3 baby. 1 teacher:5 budak. Jadi korang bayangkan kalau dalam taska tu budak sampai 40-50 orang tapi teacher ada 5 orang.. tak ke dah lari dari standard yang ditetapkan JKM? Sepatutnya bilangan teacher yang jaga budak kena balance dengan bilangan budak. Owner pun sepatutnya kena lebih bertegas tentang isu pengambilan kanak-kanak. Kalau dah sampai limit, janganla disumbat lagi budak-budak baru. Ini mau untung lebih.. kebajikan kanak-kanak tak dijaga.. susahlah.. yang jadi mangsa siapa? Kanak-kanak dan bayi yang tak berdosa ni..

3- Hubungan taska dengan ibu bapa- taska yang baik akan sentiasa “mesra” dengan ibu bapa dan akan melibatkan aktiviti anak-anak, taska serta ibu bapa sekali. Sebagai contoh, sambutan Hari Raya, majlis Hari Lahir sukaneka, penyampaian hadiah, lawatan dsb. Macam taska anak aku, kami ada group WhatsApp di antara ibu-ibu dengan guru-guru taska. Taska akan sentiasa update aktiviti-aktiviti anak-anak (berserta gambar) dalam group tu. Walaupun tak lah hari-hari hantar gambar, sekurang-kurangnya kami ibu-ibu ni tau la jugak apa yang anak kami buat pada hari tu.. kan?

4- Ada bilik penyusuan bagi ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi- Ini salah satu kemudahan di taska anak aku. Memandangkan terdapat bayi yang nak direct feeding, xnak susu masuk dalam botol (anak aku salah sorang le tu), maka tiap-tiap tengahari aku akan “lari” sekejap menyusukan anak aku. Taska aku jugak memang alert dengan baby-baby spesis macam ni.. memang diorang call terus mak-mak ni supaya datang untuk menyusukan bayi walaupun pada pukul 10 pagi, setelah usaha untuk memberikan susu melalui syringe atau botol tidak berjaya.

5- Sentiasa alert dengan keadaan anak- Kalau anak- anak demam, taska yang baik memang akan bagitau punyala yang anak kita ni tak sihat. Siap ambik temperature anak lagi. Pernah jugak anak aku demam di taska (tiba-tiba suhu badan naik) memang diorang call suruh ambik cepat-cepat dan bagitahu suhu badan anak. Masalahnya ada pulak ibu bapa yang mengambil kesempatan.. anak sakit demam campak, HFMD pun ada yang nak hantar lagi ke taska. Mujurla cikgu ambik tindakan pantas dengan tegasnya tidak membenarkan anak-anak yang sakit berjangkit ni berada di taska. (Saksi kejadian)

6- Reaksi anak-anak ke sekolah- Ni penting. Ibu bapa tolonglah alert dengan reaksi anak-anak. Tengok sama ada anak suka ke tak ke taska, nak masuk tu dengan seronok ke atau takut-takut. Kalau yang dah pandai bercakap tu, dengarlah apa yang dia nak cerita tu.. Kalau rasa dari jauh, hari-hari dia nampak bumbung taska pun hari-hari dia dah menjerit-jerit tak nak.. ada le tu something wrong somewhere.. Balik tu dia rasa seronok ke tak kat sekolah.. biasa anak-anak ni dia akan bercerita aktiviti dia hari tu.. Bonus sangat-sangat sebab anak aku balik dalam keadaan ceria, wangi sangat-sangat dan kemas. Hari-hari rambut berikat cantik dengan macam-macam fesyen. Aku pun tak reti nak ikat rambut anak aku dengan macam-macam fesyen.. Cuba balik kita cek beg anak.. berapa pampers lagi tinggal, berapa helai baju digunakan, anak comot ke tak.. ceria ke tak..belek-belek sikit badan anak-anak tu..

7- Lawatan dari KKM dan tahap kebersihan taska- Biasa taska yang baik juga ada hubungan yang baik dengan KKM. Selalunya gigilah.. Nurse akan datang untuk cek gigi anak-anak. Kadang-kadang ada jugak pegawai kesihatan yang akan datang cek tahap kebersihan taska tu. Macam taska aku, ada masa-masa dia akan cuti untuk buat semburan khas apa tah.. tapi dia bagi makluman la untuk ibu bapa untuk kerja-kerja pembersihan ni. Dan cikgu-cikgu pula diwajibkan untuk memakai hand sanitizer setiap kali sebelum pegang anak-anak, baby terutamanya. Aku tau lah sebab aku pernah ternampak dan benda ni pernah disuarakan dalam group whatsApp. Pampers memang hari-hari diorang buang sebelum anak-anak ni balik. Ni sebab aku selalu ambik anak aku awal sikit jadi aku nampak teacher-teacher ni akan buang pampers tu.. dah lalu depan aku kot..

8- Sesekali, ibu bapa cubalah buat lawatan mengejut. Hantar anak-anak bukan pada waktu yang ditetapkan. Hantar lewat sikit ke, ambik awal sikit ke.. Dalam masa yang sama kita boleh secara tak sengaja tertengok apa yang diorang buat kat anak- anak kita. Tapi jangan selalulah sebab memang mengganggu jadual anak-anak ni. Sebab diorang ada waktu belajar, waktu tidur, waktu makan, waktu mandi.

9- Waktu Mandi- sebut pasal waktu mandi, cek la towel tu lembab ke tak. Kalau lembab, maknanye digunakan le tu.. Tanya jugak cara teacher-teacher mandikan anak-anak macam mana. Bercampur ke tak lelaki perempuan.. mandikan baby macam mana.. kalau anak boleh bercakap, tanya anak tu. Kalau boleh minta izin nak tengok bilik mandian anak-anak. Tak semua bertuah dapat tengok macammana keadaan dalam taska kan? Ibu bapa kena pandai ambik kesempatan sikit la nak tengok keadaan dalam taska macammana. Just nak pastikan yang persekitaran anak kita elok, ok apa salahnya kan? Asalkan tak mengganggu teacher-teacher dan juga anak-anak yang lain.

10- Lokasi taska- Aku tak pasti pendapat korang macammana, tapi aku lebih prefer taska yang berdekatan dengan tempat kerja. Sebab apa-apa hal jadi senang nak pantau, senang nak “lari” ke anak. Senang jugak nak buat “sportcheck” mengejut.. hihi.. Jangan la korang terlalu kerap buat sportcheck. Karang diorang rimas, layan anak korang lebih kurang tak memasal pulak.. Yang penting tindakan kita jangan sampai merimaskan orang yang jaga anak kita. Alah.. pandai-pandailah..

Akhir sekali, tengoklah hubungan antara teacher-teacher dengan anak-anak kita. Budak kalau dia sayang seseorang, dia akan tunjuk tau. Peluk, cium teacher tu. Hari-hari sebut nama teacher dia. Kita boleh tengok seseorang tu suka atau tak budak-budak berdasarkan body language dia. Boleh tengok ikhlas atau tak dia jaga anak kita. Dia sayang atau tak anak kita. Aku tak reti sangat nak describe tapi ikutla naluri keibubapaan tu.. tak semua taska tak elok.. Cuma benda ni kena pandai-pandai pilih.. lepas tu tawakal je lah doa banyak-banyak supaya anak-anak kita dilindungi. Oh ya pesanan aku, ibu bapa pun jangan sombong dengan teacher-teacher tau.. at least kena sentiasa berterima kasih sebab ada orang sudi jaga anak-anak kita.. penat tau jaga budak! Sekian..

– Puan Y

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit