21 Sebab Aku Belum Bersedia Berdua

1.
Orang lambat kahwin ni bukan sebab tak boleh terima realiti kehidupan tetapi lambat kahwin kerana sangat memahami realiti kehidupan.

2.
Kelakar betul apabila yang berkahwin sangka yang tak berkahwin tak memahami apa rasanya lepas berkahwin. Sebab memahamilah kami pilih tidak.

3.
There are reasons why marriage is called settling down. One of it is that attachment drag you down from going higher places.

4.
Berapa banyak orang yang aku nampak berpotensi tinggi berjaya dalam hidup tapi pilih settle down dengan pasangan kemudian tak ke mana pun.

5.
Berapa banyak yang aku nampak ada personaliti diri kukuh tapi bila dah berkahwin hilang personaliti tu jadi dia sendiri pun tak pasti siapa.

6.
Berapa ramai yang aku nampak lepas berkahwin tak tahu pun apa dia buat dalam hidup. Just surviving it sampai takda arah tuju langsung.

7.
Berapa ramai mengeluh tiap hari bilamana nak lakukan sesuatu perubahan dalam hidup tapi pasangan tak boleh terima perubahan nak dibuat tu?

8.
Dan yang dah kahwin sangka kami tak kahwin kerana takut realiti perkahwinan? No. Kami pilih tak/belum berkahwin kerana masih kukuh hadap dunia sendirian.

9.
Kahwin tak pernah jadi salah satu pencapaian dalam hidup. Pencapaian dalam hidup adalah kebahagiaan. Asal hidup bahagia.

10.
Kalau kebahagiaan itu yang kau nampak ada pada perkahwinan, baguslah. Tapi tak perlulah nak cakap yang tak berkahwin tak bahagia. Eh hang ni pasaipa? Bahagia sangatkah kahwin tu? Ke saja pura-pura bahagia? Benda tak bahagia mana pun, tiap hari bertekak dengan pasangan, cuma biasalah, hal bawah selimut mana boleh kongsi pada umum kan?

11.
Dan tak perlulah cakap yang tak berkahwin tak memahami apa rasanya dah berkahwin. Proses asimilasi berpasangan tu kompleks tahu?

12.
Ia tidak pernah jadi satu kesalahan untuk meletakkan piawai tinggi pada seseorang yang masih misteri bakal hidup bersama selamanya.

13.
Takda salahnya pun lambat kahwin tu. Tak perlulah jadi salah seorang daripada masyarakat yang menghimpit tekanan pada orang bujang supaya turut sama berkahwin.

14.
Ke kau ajak orang kahwin sebab nak orang sama-sama rasa kesengsaraan jiwa meronta mahu bebas lepas dah kahwin tu? Heh.

15.
Tak bersedia kahwin, jangan fikir mahu kahwin. Kelak menyesal. Mula memanglah bahagia. Dah lama, terima saja apa adanya.

16.
If marriage gonna be an absolute acceptance of whatever happens to our heart, I’d rather not going down that road forever.

17.
Nak rasa sunyi buat apa takda ikatan berpasangan? Dunia penuh dengan kegembiraan. Penuh dengan segala perkara boleh dikembara.

18.
Yang jadi sunyi sebab taknak bebaskan diri dari comfort zone tu. Keluarlah. Go find adventure. Be free. Spread your wings and fly high.

19.
Aku takda masalah pun dengan orang kahwin. Serius takda masalah. Aku jadi masalah bila yang dah berkahwin lagak serupa tak kahwin ni tak faham apa rasa orang dah kahwin. Kami bukan idealist. Kami realist.

20.
Ini belum lagi aku sebut pasal dah berkahwin tapi tak boleh buat sesuatu yang hebat kerana pasangan tak memahami apa kita rancang.

21.
Jadi aku tamatkan saja isu ni di sini. Ingat. Nak kahwin, kahwin. Tapi jangan salahkan sesuatu jika tak bahagia selepas kahwin.

P/s: Pendapat di atas bukan mewakili semua yang belum berkahwin.

– Izar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit