6 Pesanan Ini Khusus Untuk Kelab Islam Di Kampus

Assalamualaikum, hai, bagi aku banyak realiti hidup manusia dapat aku nampak jelas dalam page ni berbanding layan drama melayu petang-petang yang penuh fantasi dan khayalan.

Terlebih dahulu , ingin aku tegaskan , aku buat teguran ni buat aku yang dah banyak kali tergelincir lagi-lagi bila berada dalam surrounding yang tak amalkan Islam. Demi Allah ,aku tak kuat kalau hidup sorang-sorang macam ni.

First , aku ni suka perhati perilaku dan sikap orang dalam diam. Kira observer dalam diam jugak la. Haha. Bukan apa ,aku perhati untuk dijadikan contoh. Yang mana baik ,aku ikut pelan-pelan. Yang mana buruk , aku cuba fikir secara rasional dan cuba elakkan. Aku bercakap atas kapasiti pernah pegang pimpinan dalam persatuan islam di kampus. Kampus mana ? Agak2?

Aku nak sentuh beberapa point untuk yang pernah berdekah-dekah bawa dakwah / usrah di kampus masa zaman belajar kampus. Ni aku tujukan buat yang pernah pegang jawatan dalam persatuan atau buat dakwah secara underground (illegal)/ join ngo dakwah di kampus.

1. Mutabaah Amal

Dulu waktu kita di kampus , apabila dah jadi figure dakwah , automatik kita akan sentiasa berjaga-jaga dalam setiap bab , sebab kalau salah sikit , imej persatuan akan terlibat sama. So ,kat sini aku nak tekankan kenapa waktu di kampus kita boleh jaga qiyam,dhuha,baca Alquran setiap hari ,solat awal waktu dan once dah lepas jawatan atau dah grad ,kita seakan lupa benda tu semua. Cuba tanya diri balik ,aku buat semua tu dulu untuk jaga nama persatuan Islam saja kah ? Di sini kita boleh ukur NIAT amalan kita dahulu benar-benar kerana Allah atau kerana manusia. Benar , tiada siapa yang boleh mendabik dada bahawa kita boleh istiqamah sebab kita sentiasa dalam tapisan Allah (nasihat ni aku pegang sampai hari ni untuk kuatkan diri), tapi tidakkah kita mahu usahakan diri menjadi insan terpilih ? Mohon doakan aku istiqamah. Sekali lagi aku tegaskan aku ni pernah jugak tergelincir subuh gajah gara-gara tidur lewat layan olympic , eh. Ni musibah terbesar untuk yang pernah bawah di kampus , sebab tu apabila seseorang nasihat , ucapan tu sampai ke telinga si tuan yang menasihati terlebih dahulu. Aku respect orang yang boleh bagi nasihat/ceramah atas kapasiti dia juga seorang pendosa. Sebenarnya kaedah dakwah cara ini lebih mudah masuk ke dalam hati mad’u sebab dia tak rasa di’bash’ atau mudah-mudah dihukum.

2. Mak Ayah

Orang tua-tua dulu pernah pesan ,kalau nak taw perangai sebenar seseorang , sila tanya mak ayah dia kerana hanya depa taw baik buruk anak-anak. 20 tahun membesar depan mata kot ! Ni pesanan apabila balik rumah cuti sem atau kau dah habis belajar menetap dengan mak ayah, tolong jangan buat mak ayah susah. Ni kita berdekah-dekah di kampus cakap pentingnya berbakti dengan mak ayah , tapi hakikatnya? Baju pun mak basuh lagi. Masak pun tak rasa nak jenguk bantu-bantu kat dapur. Bagi yang berkerjaya , balik kerja terus masuk bilik tutup pintu dan tunggu masa nak tidur & esok ulang balik rutin yang sama ! So, mana nasihat-nasihat dakwah kita dulu ? Kenapa tak praktikkan bila berada dalam lapangan yang sebenar . Aku pun dah bekerja , dan aku pun rasa tak tenangnya hidup bila kurang masa nak interaksi dengan parents. This is a big challenge untuk bahagikan masa sebaik mungkin once hampa dah bekerja nanti. Tapi jangan lupa , kalau sebelum kahwin pun kita tak pandai bahagikan masa untuk family sendiri bayangkan nasib bakal anak-anak kita macamana. Kalau ada jodoh dan panjang umur la insyaAllah.

3. Jodoh

Aku perhati jugak sahabat-sahabat yang dulu waktu pegang jawatan , cakap bab-bab ilmiah & bab isu-isu semasa tapi once dah grad (especially yang takdak pasangan lagi ) mula pandai update status seolah-olah nak ‘pancing’ muslimin. Contoh ,buat status “done try resepi baru , persediaan untuk bakal suami nanti ” atau “Alhamdulillah wanita yang baik untuk lelaki yang baik” dan mula share status-status bernikah awal dan seangkatan dengannya. Aku tak kata ilmu rumahtangga tu tak penting tapi kalau obvious sangat macam kita desperate cari jodoh ,agak-agak medium dakwah melalui media kita berkesan tak ? Jangan gopoh sangat bila tengok kawan-kawan seangkatan dah berkahwin lagi-lagi dengan ahli persatuan sendiri ,mula sibuk untuk promotekan diri. Aku pun pernah rasa , tercabar kot ! Tak perlu risau , hang siapkan diri hang baik-baik dari sekarang insyaAllah yang terbaik akan mai . Learn to be an ambitious man/woman yang ada matlamat yang jelas .

4. Ikhtilat

Dulu masa pegang jawatan,bukan main berhati-hati kita nak up status pelik-pelik atau berbalas komen dengan ajnabi. Alasannya,takut impact pada persatuan. Persatuan lagi ! Lepas dah tak berjawatan , kita pandai dah up status yang bersifat cheerful yang confirm tarik muslimin untuk gatal-gatal komen. Then bila dah komen ,mula rasa seronok melayan gurauan /lawak hambar. Cara menulis di media sosial pun dah macam budak wechat. Dan once dah rasa seronok ,hari – hari rasa nak update status bersifat ‘memancing’. Aku taw la sebab aku pun perempuan. Bila ada laki bagi perhatian sikit mula la feeling semacam. Eh ? Hati-hati sahabat dengan permainan syaitan. Dia tahu kat mana titik kelemahan kita & kat situ ‘depa’ rendahkan iman hang pelan-pelan.

5. Niat

Benda ni aku rasa paling susah nak jaga . Serious , even nak share status pun kadang-kadang cancel sebab takut ‘riak’ menjelma. Riak ni bukan bila kita cakap besar saja , tapi bila kita up kata “niat aku betul” saja dah boleh jadi riak. Serius aku pernah ja dapat 4 flat , excited tu hanya Allah yang taw. Rasa nak up status nak bagitaw satu dunia dengan status “berkat jaga agama Allah , Allah bagi kejayaan” , pastu tunggu orang komen untuk puji. Puji tu bukan main gayat setinggi gunung. Kat situ yang menghalang aku dari tejebak dari penyakit riak. I’m not that type of person yang guna kejayaan duniawi untuk bagi inspirasi kat orang lain. Kalau sesiapa yang boleh jaga niat betul-betul untuk inspired orang lain teruskan. Aku tak pukul semua sebab kadang-kadang kisah seseorang boleh bagi inspirasi kat orang lain.Cuma aku nak hampa berawas dengan ‘riak’ dan ‘ujub’ yang boleh merosakkan amalan.Insan yang hebat tak perlu pun mengangkat diri sebab nilai diri automatik dipandang tinggi kalau kita berjaya balance dunia akhirat. Sebab kita sendiri tak pasti boleh jadi kejayaan yang kita peroleh merupakan ganjaran atau musibah. Kita tak nak jadi golongan yang muflis di akhirat kan. Manfaatkan medium fb / insta @ media sosial lain untuk berdakwah sebab berdakwah ni bukan takat kita pegang jawatan ja. Nabi pun pesan sampaikan dariku walau satu ayat. Tapi jangan sakan beronline untuk berdakwah di media sampai terabai amal fardhi sendiri. Luarannya bekas ketua2 persatuan, tapi di media sosial, kutuk/sindir sana sini. Jangan jadi penunggang agama.

6. Aurat

Ok benda ni paling aku nak tekankan pada muslimat yang pernah berdakwah di kampus sebab aku sendiri rasa peritnya tak berada dalam biah solehah. Ya , aku bekerja dalam situasi semua orang pakai berfesyen , boleh bergelak tawa sesama rakan lelaki berlebih-lebih. Kat situ syaitan mula bisik “sebab pakaian hang tu la lelaki tak berani melawak dengan hang” dan automatik perasaan nak singkatkan tudung menjelma. Tapi nasib aku masih join group wassap yang recharge balik iman. Di sini pentingnya peranan kita ada kawan-kawan yang soleh/solehah. Sentiasa mengingatkan. Tak mengapa kita jadi orang yang asing sebab nabi pun kata beruntunglah orang-orang yang asing. Ingat balik dakwah / kempen menutup aurat kita di kampus dulu. Masa ni la kita nak praktik balik apa yang kita pesan dulu. Dan ustaz aku pesan bila nak berurusan dengan ajnabi sama ada di kampus atau tempat kerja pastikan ada “hijab hati”. Islam ni tak jumud pun sampai nak halang ikhtilat lelaki & perempuan malah diharuskan lagi kalau ada urusan yang maslahah. Cuma kadang-kadang pakaian kita ni yang membantu menjaga tingkah laku kita. Take care it your aurah properly girls because its to expensive. Mahalkan dirimu !

Sebenarnya banyak lagi point yang aku nak sampaikan tapi ni antara point penting yang aku rasa wajib sampaikan. Buat mantan-mantan pimpinan / ahli dakwah di kampus ,gunakan tarbiyah masa hampa dapat di kampus untuk sebarkan Islam. Kalau tak mampu, at least cuba dakwah keluarga sendiri (benda ni paling susah aku rasa). Kalau tak , ilmu yang kita dapat dulu akan lupa pelan2 sebab ilmu tanpa amal sia-sia. Buktikan yang dakwah kencang hampa bukan setakat di kampus. Tu sebahagian daripada ‘training’ sahaja. Lapangan sebenar adalah di luar .

Aku doakan semoga kita semua istiqamah. Doakan aku istiqamah juga sebab bila aku bercakap ni Allah pasti akan uji balik apa yang aku cakap. Gunakan kekuatan doa untuk istiqamah di jalanNya.

Agama untuk dipandu ,bukan untuk ditunggang. Jemaah Islam ni wasilah ja. Tapi pengalaman tu yang akan membantu hampa kat luar nanti. Doakan aku yang iman senipis kulit bawang ni :’). Sekian , Assalamualaikum.

– Sinner

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit