7 Perkara Yang Wanita Perlu Tahu Tentang Lelaki

7 Perkara Yang Wanita Perlu Tahu Tentang Lelaki

Assalamualaikum.

Saya lelaki dan saya ingin memberi perkongsian tentang sesetengah mindset lelaki zaman sekarang. Lebih tepat lagi, bagaimana mereka memilih pasangan untuk diri mereka.

Harapnya tulisan ini ada manfaatnya. Jika tiada, abaikan ya. Okey, direct to the point. Berikut adalah faktor-faktor yang diambil kira oleh lelaki dalam pemilihan wanita idamannya:

Kejap, lupa pula, faktor-faktor ni adalah faktor yang diambil kira SELEPAS setel penilaian ciri-ciri pasangan yang dianjurkan sunnah (iaitu agama, keturunan, etc). Jadi harapnya tiada yang persoal lah ya kenapa tak ada dalam senarai dibawah.

Okey, sambung semula. Faktor-faktornya adalah:

1. Lawa mata memandang.

Saya terbaca ada seorang akak ni post tentang dia daripada berat 100kg, sekarang dah jadi slim dan comel dan hot dan semua yang positif lah. Kemudian, ramai lah lelaki yang berhubung dengan beliau.

Betul. Memang betul. Lelaki biasanya akan memilih pada rupa (subjektif). Sebab, kadang-kadang ada sahaja lelaki yang dulunya macam monyet, tapi bila dah dewasa, rupa dia dah macam kembar Aaron Ajis gitu. Tapi, dia tak lah mencapub sangat tentang bagaimana pengorbanan dia ubah DNA monyet tu. So, why not dia nak cari orang yang bekerja keras untuk cantikkan diri, sebab dia pun lakukan perkara yang sama.

2. Pelaburan.

Bagi lelaki, isteri ni macam pelaburan dia di dunia dan akhirat. Jangan salah faham. Bukannya nak labur isteri di saham atau letak isteri dalam peti duit bank. Tapi pelaburan untuk masa depan dia dari segi kewangan, kebahagiaan, kekeluargaan, etc. Lelaki ni sangat memikirkan masa depan. Even dia belum berkahwin lagi, tapi dia dah jauh fikir tentang perkara ni.

Jadi? Dia nak isteri yang boleh bantu dia capai matlamat tu. Bukan isteri yang setakat tahu selfie masa shopping, dalam jamban, etc. Oh jangan risau, biasanya lelaki yang begini, mereka tidak merempit, atau clubbing etc. Saya jumpa ramai yang begini sebenarnya sudah berusaha mencari hasil pendapatan sendiri sebelum berkahwin.

3. Kembar.

Maksudnya, lelaki suka wanita yang sebijik macam dia. Kalau dia suka menyanyi, dia juga suka wanita yang suka memyanyi. Kalau travel, pun sama. Kalau yang jenis tak kisah tidur atas lantai atau tengah-tengah dunia, pun kadang-kadang dia cari pasangan yang begitu.

Poinnya di sini, ada minat yang sama dan tidak cerewet. Contoh, si A tidak kisah pun kalau tidur atas lantai tiap malam, so si A nak lah juga calon yang boleh rasa susah macam tu. But of course, no husband will let his beloved wife sleep on the floor.

Lagi best, kalau yang lelaki jenis gila-gila, mesti dia nak yang jenis senyap-senyap sebab nanti dia boleh hasut yang senyap tu jadi gila macam dia.

4. Waras common sense.

Ini perkara yang subjektif. Lelaki ada skil masing-masing untuk kenali setakat mana level common sense yang dia inginkan daripada pasangannya.

Ini contohnya, kalau nampak sampah tepi jalan, kutiplah kan? Kalau bulan puasa, pepandailah makan sembunyi-sembunyi, kalau lampu terbuka, tutuplah, kalau nampak muka lelaki dah macam muka presiden perkasam, maka berhentilah potpet sana sini.

Ha, nak ingatkan, benda-benda yang macam ni, sekali lagi, jangan risau kalau anda sudah ada common sense yang tinggi, tapi anda risau lelaki tu pula yang entah apa-apa.

Biasanya, lelaki begini mereka sudah aplikasikan segala apa yang dia tetapkan untuk calon isterinya. Maksudnya, dia tak buat satu-satu rules tu tanpa dia lakukannya dahulu. Jadi harapnya tak adalah yang kondem, “alah, lelaki nak yang perfect je, tapi dia macam monyet.”

5. Know her limit.

Betul kita ni limitless. Kita ni boleh buat semua benda. Tapi ada tempat kita kena tahu di mana limit kita. Saya tak tahulahkan, tetapi saya rasa lelaki suka isteri yang tahu perkara mana dia boleh buat, mana dia tak boleh buat. Lelaki ni suka tolong perempuan sebenarnya. Tapi bila dia nampak macam perempuan ni boleh buat semua benda, dia rasa dia tidak berguna. Tu yang bila dah biasa rasa macamtu, dah tua nanti, dia akan end up tengok tv je, isteri pula di dapur memasak, mengemas, etc.

And yes, i really encourage men out there to ask ‘how do i help you ma luv?’, instead of waiting, ‘can you help me?’. InsyaAllah aman rumah tangga nanti.

6. Budak-budak.

Yang ni tak pastilah kan. Tapi lelaki ni suka isteri yang perangai macam budak-budak. Tak tahu nak terang macammana. Bukan macam budak baru nak up menari shuffle atau poco-poco tu. Manja mungkin? Atau pandai gurau dan main-main.

Maksudnya, pandai gurau dan tak 24jam serius saja. Ni ada saya jumpa isteri yang asyik-asyik nak serius saja. Kacau sikit marah, sikit2 nak baling pinggan. Sikit2 nak adu di Facebook.

7. Skil sosial.

Saya rasa faktor ketujuh ni adalah sangat subjektif. Sebab ada sahaja lelaki yang suka isteri duduk rumah dan tidak bergaul sangat. Tetapi, tidak mengapa.

Skil sosial ni, maksudnya wanita ni reti lah berkawan. Dengan adik beradik kita, sedara mara, kawan-kawan. Di Facebook pun, dia tahu batas-batas post dan apa yang perlu dan tidak perlu.

Ni kalau pasal raya pertama nak balik kampung belah laki atau perempuan pun nak gaduh, hmmm…

Okey itu sahaja 7 faktor yang bagi saya, lelaki ambil berat dalam memilih pasangannya. Oh ya, jika ada lelaki di luar sana yang tidak setuju tentang faktor-faktor ini, maaf ya. Mungkin ini datangnya daripada diri saya sahaja.

Bagi yang setuju, thumbs up ya. Hihi. Tunjukkan yang kita ni dalam diam sebenarnya berusaha untuk bahagiakan kaum wanita bila dah kahwin nanti. :D

Dan mungkin akan ada yang post tentang jodoh itu rahsia, Allah yang tentukan, dan biasanya kita akan dapat pasangan cerminan diri kita. Betul tu. Setuju sangat-sangat.

Sebelum saya noktahkan tulisan saya, suka untuk saya ingatkan diri saya dan kalian semua bahawa, jika kita pandang lelaki itu seperti A, maka kita akan selalu jumpa lelaki jenis A. Sama juga untuk wanita. Maksudnya, pandanglah semua orang dengan pandangan positif. Tak semua orang sama. Jadi, adili dengan bijaksana. Common sense kan?

Apapun, jika info ni bermanfaat untuk kalian, alhamdulillah dan terima kasih sebab luangkan masa baca entry ni.

– NM

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments