Abang Bangga Sebab Adik

Terima kasih admin jika sudi approve reply abg.

Abg yg dah nak dekat usia 40 tahun ni nak juga berkongsi dalam ni lepas baca confession: “Kenapa adik aku pandai.”

Adik adik abg pun lebih pandai dari abg dik…abg ada 6 org adik….semua UPSR 5A, PMR 9A dan SPM 12A … semua kerja best2, dari cikgu, ustaz, doktor malah engineer, diaorg kahwin pun dgn species genius macam diaorg juga, cikgu MATH, doktor malah Pilot MAS pun ada…even adik2 abg ni Bahasa Arab pun boleh dapat result A dgn selamba tanpa study dik…semua adik2 lelaki abg adalah Hafiz Al Quran…genius dik…sampai cara cakap pun especially adik abg yg kerja doktor perubatan tu…kalau berdebat dgn abg ttg sesuatu isu pasti dia back up guna hadis dan ayat Al Quran yg dia tahu as last defense dia…terus abg diam…insaf kejap abg dibuatnya.

Abg ni tak sehebat mereka…abg ni hanya Hafiz surah 3 Kul, Kulya serta Ayat Kursi je…yang lain2 tak terdaya jiwa raga, memory terhad katanya…tak mampu nak simpan banyak2 ingatan…blank nanti. Banyak sangat makan kepala semut masa kecik agaknya sampai benak sangat… time jadi imam solat… (memang mak abg akan tentukan siapa kena jadi imam solat keluarga ikut giliran) mak selalu tegur abg sbb time abg jdi imam solat berjemaah keluarga, abg paling cepat habis kerana baca surah pendek je…Kulya dan Kulhuawaalaaahuahad …hahhaha

Kalau adik2 lelaki abg…sekali jadi imam… abg yg jadi blur sbb tak tahu surah apa yg diaorg baca…panjang pun satu hal…lancar je dgn tajwid tersusun…mak abg mmg bangga sangat dgn diaorg ni… abg ok je…nak jeles pun sempat sedar diri… kita tak sehebat mereka. Pasrah jela.

Abg ni UPSR pun xde A… exam pula tak pernah dapat tempat pertama… abg ni ada masalah blackout masa exam…dan ini diakui dan dibimbangi para cikgu sejak sekolah rendah, study bagai nak rak tapi masa exam hilang semua yang distudy dan dihafal…end up…lontar dadu je cari jawapan bunuh diri, baca susah nak masuk dan ada masalah untuk fokus juga dulu…(now dah jadi terlebih fokus hahahah sampai botak kepala)…zaman sekolah dulu abg ambik Bahasa Arab pun tak pernah dapat markah lebih dari 40 per 100…arahan soalan pun tak pernah faham, kelemahan utama abg tu yg mmg tak boleh dibetulkan dah…memang ke laut…dalam adik beradik abg…dulu abglaa yang paling bengap…anak sulung mak yang paling tak pandai dalam pelajaran dik…sampai mak bawa berubat banyak tempat utk abg jadi pandai sikit malah mak bagi supplement itu dan ini minta jadi bijak sikit…tapi tetap bengap juga…abg dulu start boleh baca buku bila masuk darjah 3,itu pun sangkut2…

Tapi kita tak tahu rezeki dan takdir kita…now abg alhamdulillah, dah jadi someone better than before…

Salah seorg adik lelaki abg ..belajar sampai PHD tapi bila nak register satu sem tu…ada masalah biasiswa dia, hampir nak sambung PHD di London namun dek kerana masalah biasiswa…dia terpaksa berhenti…sebab tetiba kursus yang diambik masa degree dan master yang sepatutnya menjadikan adik abg seorg pensyarah dan profesor dibatalkan kerana Uni tak cukup budget utk buka satu fakulti yg sepatutnya adik abg tu bernaung…adik abg kebetulan satu2nya bakal pensyarah termuda dan dekan termuda bawah skim pensyarah muda yang terpilih utk menerajui fakulti tu pada usia 26 tahun (dia ni jenis tak yah study pun dapat straight A’s dalam semua exam penting yg dia ambik, jenis genius sejak baby…masa usia 10 bulan dia boleh ingat mana dia letak barang walau masa tu dia hanya didukung mak je,merangkak pun tak reti lagi, siap boleh tunjuk lagi bila ditanya, cakap tak pandai pun lagi tapi dia cepat faham apa yg ada sekeliling, kalau barang hilang, masa umur 10 bulantu, kami just tanya dia, pasti jumpa)…dia lahir dgn benjol dan lekuk di kepala…agaknya benjol dan lekuk tu tanda dia akan jadi genious kut sbb kami mmg kagum dgn dia sejak dia baby…daya ingatan dia…dan kefahaman dia…walau usia 10 bulan kalahkan kami yang dewasani. Sekarangni di usia 28 tahun, dia salah seorg Hafiz Al Quran dalam keluarga kami.

Bab study PHD tadi, nak buat macam mana…tiada rezeki…then adik abg tak putus asa…dia buat business…jual air milo dan air teh peng tepi jalan dengan adik lelaki abg yg seorg lagi (adik yg ni pula sedang study Degree Pengajian Islam)…lagi berjaya adik abg dalam business jual air tu dik, dek kerana semua kekecewaan yg dia alami, dia jadi lebih matang dalam hidup…abg kagum dgn semua adik2 abg tu…. apa sekali pun…apa yang penting percaya kepada rezeki yang Allah SWT dah tetapkan… pendidikan itu hanya salah satu jalan untuk mematangkan kita dik…apa yg penting siapa kita dikemudian hari… belajar dan explore hidup…tak pandai dalam pelajaran tak semestinya takkan berjaya dalam hidup…yg penting sentiasa usaha improve diri….tak payah kisah apa org nak kata…kita kena sentiasa gigih dan kuatkan semangat…salah satu cara abg ialah cari seorg individu yg berjaya dalam hidup untuk dijadikan inspirasi…dari situ kita bangunkan jati diri dengan menjadikan dia contoh teladan utk kita latih diri kita semula…tanam dalam diri, kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh… abg dulu jadikan classmate perempuan abg sebagai teladan tapi tanam dalam diri…”aku tak leh biarkan perempuan lebih berjaya dari lelaki”…(jahatkan?) Tapi abg usaha gigih improve diri dgn cara belajar bersungguh2 lebih dari org lain sbb abg tahu abg tak sebijak mereka, masa tu mmg rasa ego lelaki abg tercabar kalau ada classmate perempuan lebih berjaya dari abg…so hasil pemikiran itu abg dapat jadi among best student dekat Uni.

Rezeki datang dalam banyak cara…tugas kita utk sentiasa mencuba setiap jalan yang ada untuk dapat rezeki itu….jangan putus asa ..dan jangan fikir negatif…

Lakukan apa yg kita perlu lakukan dan jangan atau elakkan dari melakukan apa yang kita hendak lakukan…belajar bezakan KEPERLUAN dan KEHENDAK kita agar kita lebih fokus dalam hidup dik…dahulukan apa yang diperlu dahulu sebelum melaksanakan apa yang dikehendak. Bagi abg…apa yang penting samada dalam berjaya atau gagal ialah capai kematangan dari setiap kegagalan dan kelemahan…bukan bersungut akan kelemahan itu…bina jati diri dari setiap kelemahan dan kegagalan…improve dan betulkan slow2 kelemahan itu dgn memastikan setiap usaha utk improve itu bawa kesan positif yang sentiasa meningkat… all the best!

– Firdausi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit