Akak Iparku Seorang OCD

Salam sejahtera. tq sebab sudi siarkan confession aku. Maybe apa yg aku nk story ni, ada kena mengena dgn yg hidup mahupun yg dah tiada. Aku minta maaf siap2 kalau2 ada yg terasa hati. Actually aku anak bongsu dr dua beradik. Kitorang dua2 lelaki. Mak & ayah dah meninggal. Aku gelar abang aku sbg Along.

Isu timbul bila along berkahwin. Bini dia aku panggil kaklong je. Along ambil keputusan bawa bini dia balik & tinggal di rumah pusaka tempat kami membesar. Rumah tu xdelah besar mana, standard rumah taman yg lain. 3 bilik je. 1st time kaklong jejak kaki dlm rumah, aku ada dengar dia merungut yg rumah ni kecil & buruk. Along pujuk2 bini dia. Maklumlah anak org berada, mana pernah masuk rumah org bujang yg buruk ni. Aku yg dengar buat bodoh je. Malas nk masuk campur. Kebetulan, lepas je kaklong berpindah masuk, aku dihantar berkursus kat langkawi seminggu. so, seminggulah aku tak tahu cerita apa.

Balik je aku dari langkawi, aku terkejut beruk sebab ruang tamu rumah dah bertukar jadi macam lounge hotel. Serba serbi nampak mewah & kemas. Dari pintu masuk membawa ke dapur, semua nampak lain. Nampak berserilah! Kaklong sambut aku balik. Benda pertama yg dia suruh aku buat masa tu, nak jalan atas karpet dia, aku kena lap dulu kaki aku. Sebab karpet dia putih. Ok. Aku setuju sebab masuk akal jugaklah.

Lepas tu ada lagi. Malam tu, aku keluar bilik & lepak dgn along depan tv. Tengah kitorang sedap2 lepak, dia boleh bukak vacuum dia & selamba badak vacuum dpn2 aku & along. Aku start rasa pelik dah. Sebab tak mahu bagi diorang rasa awkward, aku blah masuk bilik.

Esok paginya barulah along cerita yg bini dia ada masalah OCD. Obses sgt dgn kebersihan. Dia mintak aku bersabar dgn perangai kaklong. Korang nak tahu, macam2 benda yg dulunya aku bebas buat dalam rumah tu, sekarang dah tak boleh. Aku ke dapur bancuh milo, aku dah nampak kaklong pura2 jalan ke bilik air. Lepas je aku siap bancuh & blah dr situ, cepat2 dia lap bersih dapur. Ada sekali tu, aku masak maggi. Elok je aku duduk hadap maggi tu kat meja makan, kaklong terus ambil periuk yg dah aku basuh, untuk dia basuh sekali lagi. Cara dia basuh periuk tu macam tengah tenyeh muka aku. Punyalah kasar.Memang rasa nak tercekik maggi je time tu.mujur aku teringat dia ni ada ocd. So aku pura2 tak terasa.

Itu belum lagi bab bilik air & tandas. Normallah manusia tiap2 pagi bangun buat pelaburan. Aku pun tak terkecuali. Digestive system aku pulak aktif terlebih. Aku selalu buat dua kali pelaburan sehari. Korang tahu, aku pernah kena marah dgn kaklong sebab membuang! Yes! Aku buang air besar lepas tu, kena marah! Dia warning aku suruh aku membuang sehari sekali je! Kalau nak membuang jugak, pergi cari petrol station mana2 & buang! Takut banyak kuman dalam tandas tu.

Tak cukup dengan tu, bila mandi, semua yg dalam rumah tu kena pastikan bilik air tu kemas seperti sebelum masuk mandi. Yg lagi best, kalau aku tertinggal syampu, shaver @ boxer dalam tu, memang itulah kali terakhir aku nampak barang2 aku. Semua dia buang. Kalau aku rajin, aku keluar selongkar tong sampah. Kalau tak, aku pejam je lah mata. Believe it or not, aku ada beg toiletries aku sendiri.

Bab ruang tamu tu, memang antara kawasan yg aku kalau boleh nak elak jejak. Remote tv dia bungkus dalam plastik. Karpet tu kalau boleh tiap2 jam dia nak vacuum. Lantai pun setiap masa dia nak sapu. Sampaikan aku syak dia tidur peluk penyapu. Ocd kaklong ni pun kadang sampai buat along stress. Pernah sekali aku tengok along tidur atas lantai tak berlapik, just bantal je. Bila kau tanya along gtau kaklong mengamuk sebab along kotorkan sofa. Sebab tu diorang gaduh. Menggeleng aku dengar.

Baru2 ni, ocd kaklong jadi makin severe. Myb sebab dia tgh mengandung ank sulung. Sampaikan tiap2 tempat aku duduk, mesti dia akan sembur fabreze oren. Sekali lagi aku pura2 xterasa. Ada sehari tu, aku keluar & balik dr tmpt kerja, aku tgk baju2 aku yg aku belum basuh, dah selamat duduk dalam beg plastik hitam. FYI aku jenis kumpul baju then basuh kat dobi. As a human, aku pun kurang sabar. Boleh pulak dia bungkus baju aku dlm beg plastik sampah & letak tepi pagar! Kalau kena kat korang, apa yg korang nak buat? Aku Mengamuklah! Dia dah buat aku macam parasit! Bertekak aku dgn kaklong petang tu. Mujur ada along, kalau tak, aku pun tak boleh bayang apa yg bakal jadi.

Malam tu jugak aku pack baju & keluar dari rumah. Aku tumpang rumah member. So, bagi nak elak perkara lagi teruk, aku ambil keputusan nak menyewa kat luar walaupun rumah sewa aku tu lagi jauh dari tempat kerja berbanding rumah lama. Ada jugak sekali dua aku balik sebab nak ambil barang2 aku. Bilik yg dulunya aku duduk dah jadi bilik tetamu. Sebenarnya banyak lagi perangai ocd kaklong yg aku xcerita.bukan apa, aku jadi sakit hati nak taip. Aku cuma mampu doa agar berubah sikit perangai ocd kaklong. Along pun bukannya cermat sangat orangnya, tapi dah sebab bini jadi camtu, dia pun redho je la. Tapi itulah, aku kesiankan along. Dah kurus badan abang aku sekarang… kerana kasih dia turutkan…

– Adam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit