Akauntan Di Zaman Millenia

Assalamualaikum semua,

Dah berapa hari nak post kat sini, tapi disebabkan kekangan masa dan kerja yang banyak perlu dibereskan maka hari ni baru berkesempatan nak selesaikan balik penulisan ni. Harapnya admin benarkan post ni di page iium confession.

Hari-hari yang menakutkan dah bermula buat kita semua, tak kira apa kerjaya. tapi yang kaya mungkin tak terkesan dgn ekonomi semasa. Mungkin juga terkesan….(maaf aku bukan budak bahasa)

Aku merupakan akauntan baru dilantik beberapa tahun, alhamdulillah selepas setahun grad dan sempat setahun keje sendiri dan diberikan peluang pulak jadi akauntan.

Penulisan aku ni, nak bagitau bukan setakat fresh grad, penganggur tapi yang dah bekerja sbg akauntan macam aku pun terkesan dengan ekonomi semasa ni. sebenarnya semuala kan terkesan..

Sudah beberapa tahun kerja ni, aku jarang sangat bermewah2, nak keluar jalan-jalan, pakai pakaian berjenama memang takla walaupun gaji aku OK . Banyak benda yang aku kena plan untuk masa depan. sebab aku bukan anak orang kaya.

Kalau aku keluar jalan-jalan pun aku mesti guna duit simpn sikit ataupun duit yang aku main kutu dengan kakak2 aku. yela, kerja sebagai akauntan ni aku perlu juga ruang untuk release tension.

Gaji aku, walaupun gaji kasar aku dikira besar jugak, tapi komitmen aku pada paras bahaya gila. tahun pertama kerja aku dah beli tanah, tak kira lagi bayar rumah sewa , bayar kete lagi, pastu tolak epf , insurans. hah, rasa2 berapa balance aku?

Tu tak kira lagi duit top up sebulan, duit perbelanjaan harian, duit minyak motor, duit bulanan kasi kat mak dan ayah. nasib baik jugaklah, awal2 tu aku ada buat saving sikit2 untuk menghadapi masa2 kecemasan.

Sebenarnya aku bersyukur sangat walaupun hidup sedih je bila duit gaji dah ciput hujung bulan. tapi aku ni dikira beruntung jugak sebab dah ada tanah kat kampung.

Berkat bersabar taknak beli kete berjaya juga beli tanah tu. (tapi lastly beli jugak kete untuk balik kg, kalau p keje still naik motor. hehe nak jimatla katakan.) motor 2nd hand je, tupun beli masa keje pertama dgn harga yang okla. motor pun baru.

Sekarang pula, dalam proses tunggu kunci untuk rumah pula. alhamdulillah, loan semua dah lulus. cuma masih berfikir cara untuk daptkan income lebih untuk cover installment rumah setiap bulan lebih kurang 1.5k . memang makan pasir la kalau tak merancang.

kawan pernah tanya aku, sempat ke bayar semua tu?. aku cakap, kena ikat perutla hehehe. xleh nak bermewah sangat. lgipun aku naik motor je p keje. pastu aku makan selalu bajet2 kat ofis.

Tapi segan jugak kadang2, keje dh ok tapi makan bungkus dan kadang2 tak makan sebab duit takde. tapi aku je yng tahu lapar tu sebab bila org ajak makan kadang2 aku cakap dah kenyang. haha sebab aku yang rancang nak beli aset dulu.

Alhamdulillah bilamana aku rasa sengkek, aku tahu ALLAH dengar dan sudah sediakan rezeki lain untuk aku. yela, kadang2 tu, ada je orang buat makan2 kat ofis dan ajak makan. kadang2 tu ada yang beli makanan kasi kat aku.

Yang aku nampak, yang penting kena istiqamah buat solat dhuha (kunci pintu rezeki). sebab sebelum ni aku selalu sampai ofis, kunci pintu dan solat dhuha lepastu baru start keje.tapi sekrg kena start buat solat dhuha balik ni. sebab macam dah tertinggal balik.

Semalam jumpa adik, pinjam duit dengan adik. walaupun gaji adik aku sikit, tapi komitmen dia apa je, so dgn gaji rm1k lebih pun banyak lagi baki dia. Memang aku muka tak malu. haha

Mencabar sungguh kan bila semua mahal. tapi bersyukur sangat, sebab aku dah dididik bersyukur dan tak mengeluh dengan duit sebab akupun dri keluarga yang ramai adik beradik. mak pun selalu bagi makan cukup walaupun kadang2 berhutang sana-sini.

Kalau nak citer, masa sekolh rendah dulu lg sedih. ayah bagi rm1 kongsi 3 orang, 3 orang? ye 3 orang. so setiap kami dapatlah 30sen sorang, lebih seposen tu kadang2 aku simpan atau bagi kat adik aku.

Sebenarnya masa sekolah tu, ada abg tapi akulah selalu jadi orang tengah mintak duit dengan ayah dan pegang duit rm1 tu bahagi kat adik dan abg. mungkin sebab tu jugak kot aku jadi akauntan. hakhak.

Proses pembelajaran hidup susah aku ni bukan habis situ je, sampai sekolah menengah pun aku bawak duit sikit je. kalau kat sekolah menengah, ayah bagi duit saku rm10 kongsi kat kami 3 orang. setiap orang dapat rm3.

Duit tu untuk seminggu tau. so pandai-pandailah ko. ayah bagi duit tambang yang cukup2 p sekolah jugak, tapi tak ingt dh berapa.

Setiap hari aku guna 50sen untuk makan di kantin. tu tak kira lagi kalau ada kelas tambahan kena pandai2lah ko makan. aku selalu bawak air masak ke sekolah tu sebabnya duit 50sen tu lebih dari cukup je bagi aku beli kuih 2 bijik.
Selalu cukup je, sebab aku rasa ada lagi orang yang lebih susah dari aku.

hah, tu kisah zaman kecik aku…zaman u malas nak citer.

Tadi pergi makan dengan kawan, aku risau juga bila kawan ajak makan ni akan keluar banyak duit. so aku prepare la duit lebih sikit. tengok baki bank tinggal rm35 je, tu je duit gaji aku bulan ni tinggal.

Nak buat camne kan, sebab hidup ni memang mencabar. tapi bersyukurlah aku bergaji dan bujang, nasiblah aku belum berkahwin dan ada komitmen lain. so cukuplah, dan oklah kalau takder duit aku masak megi je makan.

Jadi, nasihat aku buat kawan2 di luar sana. plan lah betul2 sementara masih bujang ni. biarlah kita berkorban dulu berlapar. insyaALLAH kalau dah stabil nanti bolehlah, dapat hidup selesa sikit.

Nasihat aku jugak, kumpullah aset banyak2. jangan dh dapt gaji, terus pakai kete mahal2. kalau setakat nak naik balik kg pun kete viva atau myvi pun boleh.

Apa yang penting belilah rumah dulu takpun beli tanah untuk hari tua. kalau nak ikut aku beli tanah dan rumah sekaligus pun boleh, tapi kena berkorbanlah ikat perut.

insyaALLAH hidup kita akan selalu dipermudahkan kalau kita selalu mempermudahkan urusan orang lain. dan selalu tolong dan sedekah sedara mara.

inilah kisah seorang akauntan di zaman milenia, kisah korang? cuba share.

~Mr. Akauntan ~

– Mr. Akauntan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit