Aku Bipolar Aku Ok

Since lately ni ramai orang confess pasal mental illness, aku pun tergerak hati jugak nak confess. Tapi cerita aku lain sikit. Sebab aku fun. Terlebih FUN. Aku harap sangat admin dapat approve cerita aku ni sebab aku nak try educate orang ramai pasal mental illness/disorder ni. Thanks Admin!

Aku Bipolar.

Ya, aku tau korang semua mesti fikir macam-macam yang negatif pasal aku. Mesti aku ni baran, tak reti jaga perasaan orang, ganas, suka pukul orang, psycho, gila, macam-macam lah. Sebab tu walaupun aku kadang-kadang ada comment kat post orang lain pasal mental disorder ni aku tak nak reveal apa diagnosis aku. Sebab dunia memang stigma terhadap aku. Aku sedih tau tak?? Lagi-lagi la pernah sekali dulu ada akak sorang ni post pasal laki dia suka pukul dia and dia rasa laki dia tu bipolar. Langsung tak, okay! Aku menyirap je baca. Aku rasa laki dia mungkin ada narcissistic personality disorder atau sociopathy, tapi aku bukan doktor nak diagnose dia.

Balik kat cerita aku. Aku ni perempuan. Umur 30. Single lagi. Aku tak pernah in a relationship lama-lama. Paling lama pun setahun. Aku ambik masa lebih 10 tahun nak dapatkan diploma & degree aku. Aku pernah dapat Dean’s List. Aku jugak pernah fail semua subjek. Sampai tergamam lecturer-lecturer aku. Admin-admin Universiti aku pun terkejut sekali. Aku memang bangga dengan degree aku, walaupun result CGPA aku bawah 3.00 je. Sebab aku sorang je yang tau susah senang aku nak dapat degree tu. Sebab aku bukan sakit fizikal. Jadi orang memang pandang sinis kat aku. Orang tak pernah nampak aku jatuh. Yang diorang nampak aku la yang menjatuhkan diri sendiri.

Bipolar ni ada phase dia. Manic Phase, Mixed Phase, & Depression Phase. Depression Phase aku lebih kurang sama macam kisah-kisah yang biasa korang baca la. Manic Phase pulak sangat fun. Aku akan jadi terlebih hyper, terlebih pandai, terlebih kreatif dan terlebih semua benda yang positiflah. Tapi sayangnya Manic Phase ni tak bertahan lama. Mixed Phase ni pulak sangat membuatkan aku stress. Sebab aku tak boleh nak cope dengan otak aku. Idea terlampau banyak lebih kurang macam manic phase. Tapi badan aku letih macam aku tengah depression. Minda aku pun sentiasa dalam panic mode. Aku pernah kena diagnose anxiety disorder masa aku tengah mixed phase.

Aku nak cerita bahagian yang best dulu ni, Manic Phase. Masa aku tengah manic phase ni la yang aku boleh Dean’s List. Aku memang suka sangat diri aku masa manic phase ni. Aku terlebih hyper, jalan biasa-biasa pun boleh nak main skip-skip lari-lari. Makan banyak tapi still kurus (Idaman semua perempuan kot). Mungkin sebab aku bakar banyak sangat kalori sebab aku jadi hyper. Idea datang mencurah-curah. Nak belajar pun senang. Lecturer aku bagi soalan pusing camne pun aku boleh jawab. Aku siap boleh pass IQ Test MENSA lagi.

Dari segi pergaulan dengan orang lain pulak, almost semua orang suka kawan dengan aku. Aku memang kelakar, rajin nak tolong orang solve problem, & mindset yang sentiasa positive. Ada la jugak yang tak best pasal Manic Phase ni.. Bank aku semua habis licin bhai!! Memang aku jadi boros habis shopping macam-macam. Perangai pelik-pelik pun keluar jugak. Aku punya confidence level boleh naik 100%. Aku boleh pakai eyeshadow dah macam pelangi, baju style pelik-pelik, lepas tu perasan aku ni la perempuan paling hot dalam dunia ni. Siap tak segan-segan confess kat laki yang aku minat. Bila aku ingat balik masa aku dah normal, pergh!! Malunya!!

Lepas dah 3-4 bulan Manic Phase, energy level aku pun drop. Lepas tu aku masuk Mixed Phase atau Depression Phase. Aku tak tau nak cakap Mixed Phase ke depression lagi teruk. Bagi aku dua-dua pun teruk in their own way. Masa Mixed phase aku sangat frust sebab aku tak dapat buat apa yang aku nak. Aku jadi semakin bodoh. Aku macam boleh rasa otak aku tengah hang masa nak cuba faham soalan atau problem. Memang sangat frustrating. Aku jadi marah sangat dengan diri aku sampai kadang-kadang orang lain pun kena tempias jugak. Masa ni la aku start hilang kawan-kawan yang sayang aku masa aku manic.

Masa ni jugak la aku akan berdepan dengan semua masalah yang aku dah buat masa aku tengah manic, takde duit, tercari gaduh dengan orang lain & kadang-kadang tengah injured sebab aku hyper sangat masa manic phase tu. Aku tak boleh follow through janji-janji yang aku dah buat dulu. Assignment pun banyak tergantung. Lecturer-lecturer aku pun start marah aku, dulu berangan nak buat project susah, sekarang habuk pun tarak. Aku dah tak boleh agak apa yang aku mampu buat & apa yang aku tak mampu nak buat. Sebab benchmark aku ialah otak aku masa aku manic. Aku cuma boleh plan tapi aku langsung tak boleh buat apa yang aku plan.

Lepas aku dah frust sangat dengan hidup aku, confirm la aku jadi depressed. Depression aku mungkin lain sikit kot. Aku jadi hilang energy terus. Tidur dekat nak 24 jam. Makan pun sekadar nak hidup. Aku pergi toilet pun merangkak. Aku memang tak larat langsung nak solat time ni. Hati aku kosong je. Aku langsung tak sedih, tak marah. Just kosong. Otak aku jangan cakap la, memang paling bodoh masa aku depressed. Langsung tak boleh fikir. Aku pernah rasa tak guna aku hidup, sebab aku menyusahkan orang lain. Kadang-kadang aku rasa masa depression ni otak aku start delete memori-memori aku. Banyak sangat dah kisah-kisah zaman sekolah yang aku tak ingat langsung. Sedar-sedar ada gambar..

So, basically, tu la hidup aku dari zaman sekolah menengah sampai sekarang. Manalah aku nak boleh ada long-term relationship. Siapa boleh bertahan dengan aku? Kawan baik pun berapa kerat je yang boleh terima aku. Aku serious tak kisah langsung kalau diorang tak faham aku, diorang terima aku pun aku dah bersyukur gila. Aku sekarang ni dah ok sikit. Dah jumpa psychiatrist ambik ubat. Diagnosis aku pun makan tahun jugak la nak jadi bipolar tu. Dulu major depressive disorder & anxiety. Prescription aku pulak mungkin ambik masa nak dapat yang perfect. Sekarang ubat aku buat aku rasa bodoh. Aku baca brain fog tu side effect normal untuk sesetengah prescription. Tahan jela.. Tak sanggup dah aku nak malu buat benda pelik ataupun frust mixed phase atau depression.

Parents aku langsung tak memahami yang aku ni sebenarnya sakit. Pernah diorang buang ubat aku. Aku withdrawal sampai kejang menggigil seminggu. Aku tak salahkan diorang. Sebab memang sifat manusia akan takut dengan sesuatu yang ganjil. Aku ni pelik, ganjil, minority. Satu dunia ni memang stigma terhadap aku & penghidap mental disorder lain. Apa lagi yang aku boleh buat? Kalau aku reveal yang aku bipolar, confirm boss aku pun cari alasan nak fired aku. Orang lain pulak mesti cerita macam-macam fitnah pasal aku. Unless kalau aku dah betul-betul berjaya, baru orang nak kagum dengan aku.

Kepada penghidap mental disorder yang lain, please la tunjukkan yang korang sebenarnya kuat. Orang lain langsung tak pernah merasa keperitan kita. Ramai yang cuma reti nak kondem. Konon macam kitorang ni lemah sangat sampai nak give up dengan cabaran yang bagi diorang biasa-biasa je. Kitorang ni diuji dengan brain chemical yang tak normal, energy level yang tak normal, emosi yang tak normal, mungkin jugak hormone levels yang tak normal. Campur lagi dengan stigma orang sekeliling yang tak nampak invisible illness kita. Tapi kita survive, & kita cari sendiri cara untuk cope, walaupun kadang-kadang bukan cara yang positif. Aku harap yang tak positif tu korang cuba la slow-slow ubah jadi positif ye. Aku pun ada jugak beberapa bad habit, ada yang aku dah berjaya buang, ada yang belum. Good luck!

We are here for a reason. Trust me, I’ve walked in a lot of shoes..

– Bipolar Bear

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit