Aku, Kau, dan Kita

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Terima kasih kalau admin sudi share. Ngeee.

Aku tak pasti topic apa yang hot dekat IIUM Confession sekarang ni. Tapi ni aku nak share pasal perasaan cinta dan sayang terhadap Malaysia. Jujur aku cakap, aku sedih jugak la sikittt kalau nak mengaku rakyat Malaysia (opssss sorry, tapi memang betul), dengan macam-macam perkara pelik dan unik yang berlaku. Malas nak cerita panjang sebab aku pun tak reti sangat. Btw,ni kan confession bukan berita kupasan hangat dan isu semasa. Hehehe…

Sedar tak sedar, ni dah masuk bulan 8. Kalau dulu, masuk je 1 Ogos, bendera Malaysia / Jalur Gemilang berkibar, dikibar, terkibar megah. Dekat kereta toksah cakap la. Besar ada, mini ada, semua ada. Aku dulu pantang nampak bendera plastic yang berapa sen dekat kedai runcit tu, berkobar-kobar nak beli sebab nak makan cekelat dia. Tapi dapat dekat mummy aku, dia pi buang pulak, sebab makanan tak sihat katanya. Haila.

Tapi sekarang ni macam tak meriah dah. Orang tak hairan pun bila duk sembang pasal merdeka. Dah takda semangat patriotic dalam diri masing-masing. Macam makan maggi ayam, rasa ayam takda cuma MSG je.

Nak buat macam mana, bukan salah kita ye dak? Bila sebut merdeka, secara amnya rakyat hidup tenang, aman damai, harmoni di bawah naungan pemimpin yang adil. Tapi bila tengok kita sekarang, toksah kata orang atas sana, kita pun sibuk nak bertekak berbalah dekat fb hal-hal yang kadang-kadang tak penting pun. Tapi ye la, nak ubah cara pemikiran orang bukan mudah. Benda ni ambik masa lama dari satu generasi ke generasi seterusnya. Kalau tak diberi peluang, sampai situ je la tak ke mana.

Tapi lagi, disebabkan musim Olympic ni, bila tengok bendera Malaysia berkibar di Rio (aku tengok ikut tv je la), lepas tu atlet2 kita pulak bertanding bersungguh-sungguh, aku rasa macam bangga kot. Malam ni fefeeling la kan badminton boleh masuk final. Hehehe… Ternampak penyokong Malaysia pelbagai kaum, duduk sama-sama sorak untuk atlet kita. Macam terharu gitu. Unik kan? Terharu tak terharu, hilang jugak la suara ni bersorak, demi Malaysia. Cewwah. Btw, kan best tengok macam tu. Takmo gado-gado k?

Mungkin tak rakyat Malaysia boleh hidup bersatu lagi lepas ni?

– Kiwi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit