Aku Merancang, Allah Juga Merancang

Hai korang *hands up. Hahaha. Ok aku mula la, what the behind story of mine. Aku rasa dari tajuk pon korang dapat agak ni pasal apa kann ? Enjoy reading. Aku pernah kenal dengan someone, kita namakan dia malek (jauh simpang sangat dari nama asal, aku tibai je hahaha). Time tu aku tengah study dalam tahun akhir. Aku kenal dia dari media sosial. Mula-mula perkenalan terjadi sebab aku suka sangat tengok gambar-gambar yang dia post. Nature dan digabungkan dengan coretan islamic, kadang-kadang simple but just nice. Aku addict sikit dengan gambar sebab aku minat fotografi. Jadi aku banyak puji gambar-gambar dia. Dan yang lebih membuatkan aku tertarik sebab dia merendah diri dan senang untuk berhubung. Maybe time tu aku nak dapat feel kepuasan dia create gambar. Aku jadi lebih selesa bila dapat tahu dia single. Then, kitorang jadi kawan.

Tapi masa mula-mula kawan ni, aku tak terfikir langsung yang boleh kenal dia lebih rapat. Sebab tu cuma media sosial. Dan aku tak kenal dia siapa, especially gambar dia pon takda. Tambah lagi, antara aku dan malek ada jarak yang jauh. So memang totally aku kenal dia from zero. Aku pulak jenis tak reti sangat kawan dengan lelaki. Tapi aku boleh bersembang dengan malek sebab da selesa sikit dia single, matured minded dan ada kejiwaan islamic. Ohh lupa nak bagitahu, dia rahsiakan dari aku dia kerja apa tapi yang agak penting dia bagitahu lebih tua dari aku. Bagi aku, dia nak rahsiakan apa-apa yang personal terutama awal-awal berkawan tu takda masalah. As long aku tahu dia bekerja yang elok. Sejak aku selesa bersembang dengan malek, lama yang tak lama sangat boleh kata aku suka cara dia. Malek pon da tunjuk gambar. Dia ada rupa, manis orangnya. Tapi aku masih control perasaan, aku takkan lupakan yang aku kenal dia dari zero. Yang masa tu aku tak expect apa-apa kat dia.

Masa yang berlalu sampai aku habis belajar. Jap, lupa lagi nak bagitahu. Sebelum aku habis belajar, dia pernah tanya pasal kahwin. Bukan dia ajak aku kahwin, hahah. Contoh la dia tanya, bila nak kahwin. Sebabkan aku tengah belajar, aku memang tak fikir sangat pasal tu. Aku cuma jawap, bila sampai masanya aku kahwin. That time aku betul-betul sebentuk hati berserah pada ketentuanNya. simple to say ‘aku biasa’. Ok, sambung balik pasal aku lepas habis belajar. Bila da habis belajar ni kan, korang pernah tak rasa suatu kebebasan dan dengan usia kau yang semakin dewasa. Sejak tu, aku lebih open minded sikit untuk fikir pasal kahwin sebab dia agak kerap tanya aku. Still it is not a propose, hahah korang rilek dulu. We call it, discussion. Share an opinion. Yup, itu cara aku bersembang dengan dia. Dan yang memainkan peranan adalah soalan, supporting is jawapan hahaha. Tapi ni serius, setiap soalan dan jawapan sangat penting pada kita orang. Takda paksaan untuk menjawap, cuma jawap dengan tenang. Cehhh.

Sebulan lepas aku habis belajar, jarak yang jauh tapi dia datang tempat aku. Sebenarnya dia tak bagitahu aku pon nak datang, tapi aku dapat instinct. Dan tepat sekali jangkaan bila dia update gambar. Korang perasan tak aku dgn malek belum jumpa? Aku tak marah dia tak bagitahu aku, malah aku happy sangat dia sanggup datang tempat aku even tak jumpa aku. Sebab setakat yang aku kenal malek, dia bukan jenis banyak berjalan. Aku teruja cerita dengan malek pasal tempat aku. Dia pon suka, dan hati aku kuat katakan dia bukan datang dengan rasa kosong. I was mean dia terdorong dengan something he was looking kat sini. Tempat aku ni agak menjadi perbualan orang.

Skip to Oktober, aku ajak dia datang konvokesyen. Dia tak dapat bagi jawapan masa tu, mungkin nervous ada parents aku dan mungkin belum bersedia nak jumpa. But sebelum a week, dia bagitahu tak dapat datang sebab kerja. Aku faham sebab susah nanti dia nak minta cuti, distance. Cuma kalau dia dapat datang masa tu, u feel me right? Hahah. Time ni, aku dah kenal malek setahun and few month. Boleh imagine how I can get long dengan malek dari tak kenal antara satu sama lain, sampai pejam celik dah setahun lebih berkawan yang aku dengan malek hanya berhubung dalam satu-satunya media sosial tu tanpa medium lain and become closer. Seriously benda ni aku tak pernah terfikir yang aku boleh berkawan lama dengan lelaki, hanya dalam media sosial dan kita orang tak pernah jumpa. Tapi ada kepercayaan sebab jujur.

Masuk tahun baru, ada plan nak kahwin tapi mungkin bukan jodoh aku dengan malek. Kita orang settle cara baik, sebab aku dengan malek pon memang tak pernah bergaduh. Aku masih berkawan rapat dengan malek sampai dia bagitahu dah ada tunang. Aku cuba terima sebab lebih baik dia bagitahu dari aku terus anggap ada harapan. Dia tak bersalah, sebab aku dapat rasa ada sesuatu yang mempengaruhi keputusan dia. Dan bak kata malek “kita tetap kawan!”. Yup, aku dan malek masih berkawan sampai sekarang cuma dah tak rapat macam sebelum ni. Korang ingat dah habis ke? Sabar, baca lagi sikit cerita aku untuk kau tahu keadaan sekarang.

Aku dan malek masih berkawan kat media sosial, jadi dapat follow up life kita orang. Impact apa yang jadi mungkin lebih terkesan kat aku sebab aku alone sekarang kan, hahah. Forget to say, sejak habis belajar aku kerja dan kehidupan baru. So aku da boleh terima la sikit-sikit untuk move on almost seven month, terima dengan redha. Alhamdulillah, sebenarnya boleh kata tak patut amik masa yang terlalu lama untuk adapt bila kau lebih serahkan perkara yang Allah swt rahsiakan. Cuma lately, aku tergerak nak berhubung dengan dia sebab aku dapat rasa dia masih berat hati nak lepaskan aku. Atau mungkin dia teringatkan aku. Tapi aku tak contact dia, sebab aku taknak dia teragak-agak dengan keputusan dia.

Conclude, ini perancangan aku. Tapi jangan lupa ada Dia sebaik-baik perancang. Aku tak salahkan diri aku untuk merancang, sebab manusia tanpa perancangan takda hala tuju. Dan kau kena berusaha untuk capai sesuatu. Cuma kau jangan patah semangat bila apa yang kau rancang tak tercapai. Sebab Dia. Mesti ada hikmah kau tak dapat apa kau nak. Buka minda kita luas-luas. Aku pasti dan yakin yang aku kenal malek bukan suatu kebetulan, tapi bersebab yang Allah swt nak tunjukkan sesuatu pada kita orang. Sekian

– cik bintang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit