Aku Seekor Tikus

Aku tak tahu sama ada cerita ni sesuai dipaparkan atau tidak tapi aku harap admin approve.Cerita bermula sejak habis spm.Result aku alhamdulillah.Everything was okey sampai satu hari tu.

Ayah.Ayah aku nak aku ambik aerospace or anything la engineering or medic.Bagi dia,dua bidang tu je available untuk anak2 dia.(part ni jangan condemn ayah aku okey.bagi aku semua bidang bagus2 cuma dimata orang seumur dia,both are bidang yang dibangga2kan)Btw abang aku ambik medic.Aku ni mmg dia dh didik dari kecil tanam minat untuk ambik aerospace.Aku akui aku minat bidang tu.Tapi aku rasa aku setakat minat yang aku rasa aku tak sanggup nak bersamanya for the rest of my life.maksud aku,bidang tu bukan jiwa aku.

Alkisah result spm keluar and yeah dia bangga.long short story aku dpt boleh la tawaran.aku dpt tawaran sambung engineering, dentistry and architecture.guess what.aku pilih architecture.ya.itu pilihan aku.walaupun both bidang tadi tu aq dpt tajaan.tapi aku tak pilih sebab aku rasa bukan takdir aku.aku dah istiqarah pun aku nmpak senibina je.

mesti ramai kata rugi lah tak terima.kawan2 aku yang tahu pasal ni pun turut membantah.apatah lagi kalau ayah aku.ya ayah aku tidak tahu menahu pasal ni.memang la aku happy sebab dpat apa yang aku apply tapi masa aku istiqarah aku nmpak senibina je.masa aku dpt tahu pun aku simpan seorang sbb aku tahu kalau family aku tahu mesti disuruh terima tawaran tersebut tnpa melihat bahawa hanya aku yang kena hadap semua tu di masa hadapan.btw aku mmg jenis yang pendiam dan berahsia dlm keluarga.

suatu hari tu mengubah segalanya bila suatu hari ayah aku tnya pasal sambung study.aku jawab aku ambik senibina.then ayah aku tnya senibina je???aku diam.start dari hari itu,hingga ke hari ini, everything when it come to architecture,ayah aku buat derrrkk je.dari hari first aku daftar semua aku buat sendiri.dia seolah2 dah tak mahu ambil tahu pasal aku.salah aku jugak sbb ignore dia punya permintaan.mesti ada yang kata aku kejam,derhaka dan sebagainya.tapi aku jenis bila masa aku dah target untuk something,aku mmg go for it.fyi,aku mmg minat architecture and aku nampak la jiwa hati otak aku ke arah situ.aku cuma rasa maybe aku tak leh go dgn engineering dgn dentistry sbb bnyak baca hafal2 nombor teori semua memang aku jenis tak kearah tu.

ada satu hari tu aku minta izin dia pergi program yang berasaskan senibina la.dia cakap lain kali la tak payah pergi and last dia ignore.aku minta adik aku tolong cakap benda ni kat dia as adik aku ni rapat dgn dia.at the same time adik aku ni ada la nak request something jugak.guess what,when it come pasal request aku nak pergi program tu dia senyap and dia layan apa yang adik aku request.patah hati aku weiii.senibina is all about my heart.sakit dia rasa macam putus cinta tau tak sbb kawan2 aku semua parents diaorg kasi.satu point keterbelakang aku dari diaorg sbb tak dapat ilmu masa program tu.

aku selalu jealous dengan kawan2 aku.most of them dapat support dari parent padu gila beb.ada sekali tu kan kawan aku cerita ayah dia crit untuk dia sbb ayah dia architect.kalau sembang pun pergi melancong satu tempat cakap pasal design, aesthetic ja. jealous aku.parent dia teman pi beli barang utk model la.save duit hahaha tapi tu bukan motif aku.aku boleh je keluarkan duit aku sendiri tapi tu lah.kalau aku cakap nk beli buku ke barang ke,ayah aku just bagi duit je.ye lah malas nak tunggu nak pilih barang bukan kejap.ni aku laa, org lain aku tak sure.

kawan aku selalu cerita kalau malam dia stress buat kerja dia call parent dia then lega.kalau aku call,diaorg tak habis2 ingatkan aku suruh baca buku sama jangan main2.kadang2 aku hantar la drawing or painting aku dlm group whatsapp family, tapi semua tak layan aku.Aku actual bukan nya nak perhatian sangat.aku boleh buat semua sendiri,and aku tak kisah.tapi sometimes bila aku rasa lemah gila mental aku down, aku nak org support aku,aku nak orang support apa yang aku suka buat especially from parent.kadang2 aku rasa menyesal sbb tak pergi utk engineering or dentistry.kadang2 aku rasa semua ni salah aku ke.aku cuma nak buat benda yang aku suka.thats it.sbb selama ni pun aku dah turutkan semua yang parent aku nak.nak aku dapat cemerlang aku dpt.nak aku masuk asrama aku masuk.Aku tak nafikan semua ni berkat doa mereka jugak tapi…ntahlah.

kawan aku selalu mengadu yang dia alone tak de pakwe/makwe.tapi aku???bagi aku x da pakwe/makwe,benda tak de hal la bro as long as semua suka kawan dgn kau.tapi aku???
ayah aku oke je dgn aku.makan pakai semua lengkap alhamdulillah.tapi kalau part architecture mesti dia lari dari aku.sampai tahap kalau kawan dia tnya anak dia sorang ni ambik apa dia tanya aku balik aku ambik apa.at the end aku yang jawab soalan pakcik tu.kalau orang tanya pasal abang aku cepat sangat katanya medic.

mesti ada yang tanya kenapa tajuk aku seekor tikus.first sbb aku mcm tikus ,sembunyikan apa yang aku rasa apa yang aku pendam.aku tak tahu kenapa aku tak boleh luah benda ni kat parent aku.second,aku mmg perahsia dlm family so that semua perasaan or buah fikiran aku selalu berkubur je tanpa ada pihak ambil tahu.jangan risau kalau kat kelas aku mmg akan luahkan pendapat aku cuma symptom “aku seekor tikus” ni berlaku bila aku kat rumah atau dengan family aku.

korang rasa apa aku patut buat???kadang2 aku rasa nak berhenti belajar and kerja kat mana2 minimarket sampai aku tua.maybe ni la org kata belajar tanpa berkat ibu bapa.hurm ntah la.sekian.terima kasih

p/s:maaf bahasa rojak pasar semua

– ?Rattata?

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit