Anak Dari Neraka

Assalamualaikum, pada yang bukan islam selamat sejahtera.

Aku salah seorang warga Perak, berumur 23 tahun. Permulaan, maafkan kalau kisah aku mungkin ada buat mana2 pihak terasa, aku cuma berharap kisah aku ni mungkin dijadikan tauladan yang baik atau buruk, dan aku tak harapkan simpati, melainkan dapat membuka mata ramai orang untuk apa yang aku bakal ceritakan ni, sama ada diterima dari segi baik aku atau keburukan aku. Aku bukan manusia berakhlak nabi, aku hamba biasa. Cerita aku bukan mahu memburukkan pihak berkenaan, cuma sekadar ingin berkongsi perasaan dari pihak aku.

Aku seorang perempuan anak bongsu yang datang dari keluarga yang agak strict dengan agama. Mak bapak aku sangat titik berat kan hal agama. Itu aku tak nafikan bagusnya mak bapak aku tak pernah berhenti nasihat kan kami adik bradik. Cuma, pernah tak korang terasa yang korang ni lah kambing hitam dalam keluarga korang, kambing yang tak pernah menyenangkan parent korang, kambing yang tak dapat membanggakan mereka. Ya, itu yang hampir setiap hari ada dalam fikiran aku. Aku tak pernah fikir aku ni anak yang baik, mungkin berdasarkan apa yang aku bakal cerita ni adalah kesilapan aku sendiri, atau tidak.

Bapak aku sangat lah strict sampai kan aku mengaku aku membesar dalam keadaan yang sentiasa takut. Takut yang sehinggakan membinasakan diri aku. Bila fikirkan balik aku rasa berdosa. Bapak aku bekas badan ketenteraan. Kebiasaan orang akkan cakap mak/bapak tentera ni sngt garang. Ya, aku mengaku. Bapak aku terlalu garang. Aku membesar dalam keadaan takut kan bapak aku. Tapi aku rebel. Aku rebel dari semua segi. Belajar, agama, perhubungan dengan lelaki. Tapi aku tak pernah terlanjur. Aku cuma bergaul tanpa batasan agama, berpegang2, bertempuk tampar. Sangat tak wajar bagi seorang anak yang mak bapak nya sngt stict bab agama.
Mungkin ada yang tak percaya, aku penah ‘makan’ rotan kayu sampai patah, hanger plastic sampai patah, tali pinggang sampai tercabut kepala tali pinggang dari aku kecik, badan aku berbelang kalah harimau. Mula persekolahan aku masa darjah 1, aku tak pernah lupa kisah ni, aku pernah menampar sorang budak perempuan di peha dia smpai merah. Mungkin aku tak sengaja, tapi mak budak ni datang rumah dan bagitahu mak bapak aku, habis aku dikerjakan. Bagi aku, aku baru darjah 1, mungkin aku tak sengaja, mungkin aku sengaja tapi tak berniat untuk bagi sakit macam tu. Aku cuba elak dari kena pukul dengan pusing2 dekat badan mak aku harapkan mak aku dapat halang, tapi takde reaksi.

Bapak aku pada aku sangat ego, bapak aku terlalu ‘Veto’. Sepanjang 23 tahun aku hidup, dia tak pernah dengar apa yang aku cuba nak luahkan setiap kali aku ada buat masalah, dengar kan aku cuba bagi tahu kenapa atau punca aku macam tu. Bila aku cuba bukak mulut bapak aku akan cakap aku kurang ajar dan aku akan kena penampar dia atau ‘alat2 menghukum’ dia. Akhirnya sampai sekarang aku pendam. Mak aku? Aku tak pernah luahkan kat mak aku, sebab mak aku susah nak bagi kata2 semangat, dia selalu cuba balik kan masalah tu pada aku. Adik bradik aku? Diorang rapat dengan mak bapak aku. Aku takut jadi benda yang sama dengan mak aku.

Aku belajar tak pernah pandai mase sekolah, aku bodoh sangat. Kalau kawan2 aku yang lain mak bapak ajar math dengan penuh sabar n nak bagi faham tapi tak pada aku. Aku slow, bapak aku sambil mengajar pun aku kene marah. Aku penah jadi kes dalam umur aku sekolah rendah aku dah fikir nak lari. Jujur aku cakap, tapi terhalang sebab kawan aku secara tak sengaja terlepas cakap depan bapak aku. Korang rasa ape jadi balik tu?

Sampai aku sekolah menengah aku baru tau boyfriend-2 ni. So aku cuba cari yang sudi jadi pendamping aku, tapi mana yang aku jumpa semua tak serious. Macam-2 hal. Masa ni lah jadinya benda yang aku rasa berdosa sangat, aku aniaya diri aku sendiri. Masa dalam tingkatan 2 – 3, aku kene tangkap dating kat tangga sekolah masa aktiviti koko waktu petang, aku sepatutnya ada taekwando. Tapi aku dengan ex-boyfriend aku takde buat apa-2. Dulu sekolah menengah aku pegi balik sekolah aku naik basikal. Balik dari sekolah petang tu aku serabut, aku takut sangat kalau cikgu bagi tahu bapak aku, sampaikan aku decide untuk pintas kereta yang jalan dari arah berlawanan. Aku accident. Kawan-2 yang berbasikal cuba halang tapi aku lagi laju. Aku terlambung hampir ke atas bumbung kereta tu tapi aku jatuh ketepi. Cermin depan kereta tu pecah. Mungkin ada yang tak percaya tapi ya ni yang aku buat. Aku nekad. Itu lah cubaan aku nak bunuh diri.

Selepas tu aku masih lagi bermasalah di rumah, depan parent aku bertudung cakap pergi rumah kawan, tapi aku ke mall dengan diorang dan aku bukak tudung. Bapak aku suruh sembahyang, aku masuk bilik lepas ambik air sembahyang aku baring, sampai cukup-2 masa macam sembahyang aku keluar cakap dah sembahyang. Berdosa lagi aku. Sampai satu tahap aku kantoi dengan bapak aku. Tangan aku dicucuhkan kat api dapur, bapak aku nak test aku tahan tak api dunia. Aku penah kena cili mulut sampaikan mulut aku pedih, sampai kena mata aku. Mungkin sebab tu sampai sekarang ni aku kuat makan pedas. Haha. Eh kelaut pulak. Aku cuba join group counselling kat sekolah, aku seronok dapat jumpa orang yang dengar dan simpan rahsia sedih aku.

Sampaikan aku tingkatan 4 yang paling aku tak boleh lupa, aku kena tampar masa aku mamai baru bangun tidur. Aku sorang kat rumah, aku tidur petang, aku tak Tarik langsir sliding door, aku tak pasang lampu, dan aku tak dengar mak bapak aku balik dari pasar malam. Lama baru aku tersedar, aku bukak pintu. Terus bapak aku membebel2. Aku mamai, bapak aku cuba Tarik tangan aku konon nak ajar aku cara Tarik langsir nak tutup, tapi aku Tarik kuat tangan aku bagi lepas. Bapak aku cakap aku kurang ajar terus tampar aku, aku terduduk tercengang, telinga aku berdesing. Itu pertama kali mak aku backing, sebab tampar aku masa aku baru bangun, bapak aku tersedar aku lari masuk bilik. Aku tak boleh tidur, telinga kanan aku sakit mencucuk, esok ke sekolah aku menangis tahan sakit. Sampai malam tu pun aku tak boleh tidur, sudahnya malam tu aku bagitahu mak aku. Esok nak taknak bapak aku bawakkan pegi klinik. Doktor cakap telinga aku berlubang sebesar mata pensel, doktor Tanya kenapa jadi macam tu, aku cakap aku bergaduh kat sekolah. Masa tu bapak aku ada kat dalam bilik tu, niat aku bukan sebab takut, tapi aku taknak doktor tu fikir bapak aku kaki dera. Lepas tu bapak aku cuba pujuk, aku terima. Semenjak tu bapak aku tak pernah naik tangan dah.

Tapi aku ingat sampai situ je, rupanya dia gunakan mental pulak. Selalu marah aku, ayat2 yang terlalu pedih. Sampai aku habis belajar dan ke kolej. Bila nk masuk kolej aku pilih untuk masuk terdekat dengan rumah supaya senang aku boleh temankan mak aku sebab bapak aku kerja dari malam sampai pagi. Mungkin sebabkan niat aku kat kolej aku jadi pelajar cemerlang setiap semester. Aku dekan setiap semester. Tapi bapak aku masih macam tu. Aku suka dengar lagu pakai headphone, aku suka baca novel/komik, aku suka tidur, itu hobi aku. Tapi itupun selalu jadi salah pada mata dia. Fikiran aku, ada mak bapak yang struggle nak suruh anak diorang lekat kat rumah, tapi bapak aku tak hargai pun. Aku tak dapat nak feeling hobi aku. Hobi aku tak berdosa.

Kat kolej ni lah aku jumpa boyfriend aku sekarang ni. Dia yang terbaik aku penah jumpa walaupun dia kekurangan dari semua segi. Tapi dia jaga aku, dia dengarkan aku. Tapi mak aku tak suka dia, sebabkan boyfriend aku ni jenis suka simpan rambut panjang dan aku suka dia ada janggut. Aku penah putus dengan dia semata2 sebab mak aku tak suka dia. Tapi dia masih berharap kat aku. Aku terima dia balik. Sebab bukan senang aku nak jumpa orang macam dia. Aku pedulikkan taste mak aku.

Aku pernah hampir setahun aku tak bercakap dengan mak aku sebab aku terasa bila suatu malam tu aku nak ke kelas malam tumpang kawan aku yang berkereta sebab hujan dan aku ni naik motor ulang alik kolej, mak aku cakap kasar2 dengan aku, mak aku sentiasa cakap kasar dengan aku dari dulu. Tapi malam tu aku terasa sebab elok aku pusing nk kluar rumah aku dengar dia cakap dengan adik dia a.k.a makcik aku, “dengan dia ni bukan boleh cakap elok2.” Aku sedih, bagi aku takpe tak boleh cakap dengan aku elok2, tapi jangan malukan aku. Aku sedih dan malu bila kalau ada adik sedara aku yang boleh lentok kat peha dia manja2 senyum2 gelak2. Tapi bila aku buat cepat je dia tepis dia cakap, “Panaslah!” Aku sedih.

Sampai lah sekarang aku dah kerja, aku pilih kerja dekat dengan rumah untuk teruskan teman mak aku. Tapi bapak aku masih ego dan veto. Aku jadi tertekan, aku semakin tak boleh bukak mulut, kadang2 bila aku cuba bagi pendapat aku disalah ertikan jadi kurang ajar. Aku orang kenal yang suka gelak dan selalu ceria. Tapi aku selalu sedih. Aku balik pada perangai aku yang binasa diri, aku toreh tangan aku, aku cakar badan aku sampai terkopek kulit, aku hantuk kepala kat dinding, aku tumbuk dinding smpai tangan aku lebam2, aku tumbuk muka aku sendiri sampai bengkak dan aku senyum senget. Orang Tanya aku cakap aku jatuh tersembam. Aku penah tumbuk muka aku sempai tepi mata kanan aku lebam. Aku tertekan, diorang tak pernah tahu masalah aku, suara aku. Sampaikan aku penah naik gila. Kadang2 aku stay kat office smpai malam untuk taknak balik rumah awal sangat.

Mak aku jaga mak dia sebabkan mak dia dah nyanyuk, takpe aku bagi nenek aku pakai bilik aku, aku korban kan ‘syurga’ aku tu. Nenek aku nyanyuk suka ke bilik air dan tukar baju banyak2 kali. Mak aku selalu sakit kepala. AKu cuba nak tolong, aku halang nenek aku pagi bilik air. Kalau dulu aku kene maki, sekarang ni aku kena ludah, kene pukul dengan nenek aku, sampaikan satu tahap aku naik tangan sebabkan nenek aku cuba nak lepaskan marah dia dengan tolak barang yang aku berbulan2 aku tengok dan fikir kemampuan aku nak beli. Aku bukan gaji besar. Berbulan2 aku Cuma mampu tengok. Jadi aku tampar lengan nenek aku, aku tolak nenek aku ke katil. Ya aku keterlaluan, tapi aku dah cukup sabar. Jadilah pergaduhan antara aku dengan mak aku sampaikan mak aku cakap kalau dia sakit dia taknak aku jaga. Perasaan aku sedih, aku korban pengalaman untuk berdikari dari masa belajar sampai lah aku kerja sebabkan mak aku. Tapi disebabkan aku naik angin sebabkan barang aku nak rosakkan mak aku cakap macam tu. Mak aku seakanakan cabarkan masa depan aku elok atau tak. Aku redha jelah. Sekarang aku Cuma diam dirumah.

Kisah aku, kalau ada yang tidak setuju dengan cara aku terima cara mak bapak aku takpe aku faham. Mungkin pada pandangan mak bapak aku adalah sebalik dari yang aku share kan ni. Aku tak nafikan ada pengajaran yang jadikan aku manusia sekarang. Alhamdulillah aku dah tak tinggal sembahyang. Terima kasih mak abah. Cuma aku harap mana yang mak bapak yang anak2 masih kecil atau masih belum terlambat aku bukan nak mengajar, tapi aku merayu supaya jangan lah bagi anak2 membesar dengan penuh ketakutan. Aku taknak tengok ada anak2 yang sengsara macam aku. Aku cerita pada pandangan seorang anak. Kasihankan lah anak, boleh pukul tapi jangan keterlaluan. Jadikan lah rumah tu sememangnya ‘Home Sweet Home’.
Sekian.

– Mary

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit