Anak Itu Saham Kita Di Akhirat

Assalamualaikum admin dan juga para readers iiumc sekalian. Ok I just nak share pengalaman I lepas baca confession tentang points tak bersedia nak kahwin lagi tu. I faham setiap orang views marriage in different ways. Tambahan sekarang banyak keluar cerita menakutkan tentang marriage life. But, but u can’t never deny that marriage is one of the sunnah. U keluar la alasan apa pun, forever alone ke, happy alone ke, tapi, tapi u tak boleh tipu diri sendiri kalau jauh dalam sudut hati u tu sebenarnya masih inginkan peneman hidup sebab hidup berpasangan tu fitrah. Betul kan? Cuba cek balik hati tu. So meh I convince yang tak nak kahwin tu dengan cerita I ni.

Ok tak nak panjang cerita, masa ni I masuk hospital sebab ada operation. And then ada 2 orang makcik duk sebelah and depan katil I. Makcik yang depan katil I ni (makcik A) dah tua dalam 50-an camtu umur dia and dia tak kahwin. Makcik yang tepi katil I ni (makcik B) pun dah tua juga cuma bezanya makcik ni kahwin and ada anak. So selama beberapa hari I duk hospital I perhatikan yang makcik A ni disebabkan dia tak kahwin dan takda anak, so takda orang jaga dia. Makcik a ni memang sakit teruk to the point dia tak leh bangun n kalau nak bangun pun kena ada orang tolong. So bila dah macam tu makcik a ni memang tak solat sebab takda yang nak uruskan dia. Nak harapkan nurse I tengok memang tak la sebab nurse hanya bantu sikit2 je. I nak tolong pun I sendiri tengah sakit. Berbeza dengan makcik b ni, pada mulanya I tengok makcik b ni pun tak berapa nak solat. Tapi masyaAllah u know the power of seorang anak ni betul2 hebat. Disebabkan ada anak yang jaga dia, anak dia yang urus semua benda, anak dia yang suruh ibu dia solat, yang tolong ambilkan wuduk, makcik b ni jadi terurus ibadah dia. Kondisi makcik b ni sama juga dengan makcik a which is dua2 terlantar tak boleh bangun.

So bila tengok keadaan ni I sedar apa yang ibu I cakap selama ni betul. I pun pada mulanya seorang yang refuse marriage tapi ibu I selalu nasihat untuk fikir jauh kedepan. Masa ni memang u rasa happy hidup single tapi nanti dah tua kalau u sakit sapa nak jaga? Kalau u mati sapa nak urus? Dalam kubur nanti sapa nak doa? At least kalau suami u tak jaga pun u ada anak2 yang sedia beri khidmat bakti pada u, mendoakan u. Nanti ada yang cakap kalau ada anak pun last sekali kena hantar rumah orang tua. Itu cerita lain. Kalau u betul2 pandai mendidik anak insyaAllah u takkan end up kat rumah orang tua. That’s why sebelum kahwin betulkan niat. Kalau Allah bagi rezeki u ada anak niat u akan jaga baik2 amanah Allah ni, didik dia elok2 untuk jadi saham akhirat u. Kalau u berjaya didik mereka dengan baik insyaAllah untung u dunia akhirat. Nanti mati esok2, merekalah yang menjadi penyalur pahala buat u. Sebab tu jangan hanya tahu membuat anak dan beranak je. Cara didik anak2 pun wajib tau supaya u tak rugi dunia akhirat.

So nasihat I buat yang tak nak kahwin tu, ‘tak nak’ ya (yang nak kahwin tapi tak sampai jodoh lagi tu jangan terasa pula), I mohon tolonglah simpan tanggapan negative tu untuk diri sendiri je. Jangan nak sebar2kan benda tak baik n menakut2kan orang lain. Kongsilah sesuatu yang ada manfaat. Memang ada yang takut nak kahwin sebab takut nak berhadapan dengan ujian rumahtangga tapi u kena ingat satu hal yang hidup ni sendiri adalah ujian. Kalau kahwin ada ujian, single pun ada ujian dia juga. Tetap kita kena hadapi. Apa2 pun u single ke, married ke, hati kena letak pada Allah. Sekiranya dapat yang baik2 alhamdulillah disyukuri n yang kurang itu diredhai disamping usaha untuk memperbaikinya. Wallahua’lam.

– Hana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit