Anak Muda Kontemporari

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Thanks to admin IIUM Confessions kerana beri peluang post ini untuk disiarkan yg mungkin bermanfaat kepada umum.

Aku bukanlah seorang student degree, master mahupun PhD. Aku hanya seorang student diploma engineering yg sedang praktikal di ibu kota. Maaf kalau post ini ada membuatkan mana² pihak terguris hati.

Firstly aku nak cakap tolonglah jangan sibuk tengok tahap pendidikan dan membeza bezakan dengan pangkat time kerja nanti. Aku tahu sesetengah orang mementingkan pendidikan. Sampaikan memandang enteng terhadap golongan yg rendah tahap pendidikan. Kekadang bukan dia taknak sambung belajar, mungkin disebabkan faktor kewangan, keluarga menyebabkan mereka tidak dapat peluang tersebut.

Secondly. Ada la orang cakap, “Ah kau, dapat diploma pun nanti kau jadi macai jugak. Kena suruh buat kerja sana kerja sini. Kena berjemur panas, berpeluh. Lagipun apa yg kau belajar ni tak sama dengan apa yg kau kerja nanti”. Mostly yg cakap macam tu senior² tempat aku belajar dan kawan² yg lain. Memang pun berpeluh, kena panas. Dah kau student engineering. Memang kerja berat, kena panas apa semua lagi² kalau kau dapat project kena pergi site. Kalau kau nak duduk office kena acond, pergi belajar management sana. Memang kau duduk office, mengadap komputer, kertas pen apa semua. Benda yg kita belajar dan apa yg kita kena hadapi waktu kerja nanti aku boleh cakap memang jauh berbeza.

Orang yg ada degree atau master pun ada juga jadi kuli kena panas kena kotor. Tak kisah pun. Gaji sikit tak sampai RM2k okay je. Kau baru habis diploma dah bajet² tulis dekat resume expected salary mintak RM5k. Orang nak bayar gaji kau RM1.5k pun kau patut bersyukur. Itu namanya rezeki yg Allah dah tentukan. Pengalaman takde dah berlagak macam dah 20 tahun kerja. Sedar diri sikit. Tengok langit tu tinggi atau rendah.

Kau dapat kerja yg susah, kena panas, kotor, selekeh apa semua. Sabar. Itu rezeki kau yg Allah beri. Kau kena bersyukur. Mana tahu dengan kesabaran kau tu Allah akan balas dengan kejayaan pada suatu hari nanti. Ambil pengalaman dulu. Aku tengok anak muda zaman kontemporari ni banyak tak cekal hati. Hati lembut sangat. Lembik. Baru dapat kerja susah sikit, kena panas sikit, penat sikit, kena maki dengan bos, kena buli dengan senior tempat kerja, tempat kerja jauh dari rumah la dah mintak resign.

Itulah mentality anak muda zaman sekarang. Baru susah sikit dah mengalah. Apa ni? Macam mana kau nak harungi hidup kau dengan ada keluarga nanti? Macam mana?

Aku cakap semuanya daripada pengalaman dan pemerhatian aku. Ya, aku suka perhatikan dan membuat analisis perlakuan orang. Bukan nak tengok kesalahan orang tu, tapi untuk menjadikan pengajaran kepada aku untuk masa akan datang.

Lagi satu, cerita pasal gaji pula. Bila dah dapat gaji tu kena buat percaturan. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Untuk makan. Untuk duit minyak. Untuk kecemasan. Untuk parents. Untuk enjoy sikit². Untuk simpanan. Terpulang dekat kau nak bahagikan dalam bentuk macam mana. Yg penting duit untuk bagi kepada orang tua kau tu kena ada. Takyah banyak pun takpe, RM50 pun cukup(kalau gaji kau tak banyak la). Buat tanda kita berterima kasih kepada mereka. Kau bagi sikit pun mereka dah gembira. Orang tua ni taknak duit sangat pun. Mereka nak dihargai. Telefon selalu. Tanya khabar. Kalau cuti tu balik tengok orang tua lagi bagus.

Berbalik kepada gaji tadi, bukannya baru dapat gaji hari ni, kau dah enjoy sana sini. Shopping la, makan kedai mahal + hipster la, beli barang macam² la. Tengok esok duit gaji tinggal separuh. Kau nak makan apa dah hujung bulan nanti. Bijak menguruskan duit. Fikir masa hadapan kau. Bukan fikir nak puaskan nafsu je.

Kepada yg belum kahwin tu, fikir simpanan untuk bakal bini tu nanti. Tahu tahu la zaman sekarang kan. Nak minta hantaran mahal². Apa benda la. Dalam munakahat dalam islam, takde pulak cite pasal hantaran. Dalam Al-Quran? Dalam Hadis? Tak jumpa pulak aku. Please. Please jangan menyusahkan benda yg mudah. Hantaran tu adat je. Kalau ia menyusahkan, takpayah nak ada hantaran² ni.

Dalam hidup ini, jika kau tak respect orang lain. Memang ramai orang akan benci kau. Biar bodoh, tapi hidup tu jangan jadi kurang ajar.

Post ni sebenarnya nak menyedarkan anak muda zaman kontemporari yg semakin lalai dengan arus permodenan.

Aku ni bukan la bagus sangat pun. Aku sedar diri juga. Sebab aku asal dari kampung. Aku pun baru nak belajar² mengenal dunia. Apa² pun, chill & smile okay.

– Umair_Emkay

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit