Anak Yang Terluka

Assalamualaikum..

Sini aku nak cerita sedikit apa yang terjadi pada diri aku sendiri..semoga Allah S.W.T beri ketenangan hati yang aku doa setiap kali selepas solat dan setiap kali aku berseorangan..

Aku, anak sulung dari 4 adik beradik. Sejak kecil mmg aku rasa perhatian mak dgn abah aku lebih utk adik lelaki aku..dia anak ke-2.semua dia minta selalu dapat walaupun kami keluarga yang susah. Ada satu masa aku masih ingat, Mak beli mainan baru utk adik aku ni..aku Tanya dekat Mak, kenapa Mak tak beli utk akak juga..Mak cakap Mak tak cukup duit..aku pun teringin nak main tapi adik aku tak bagi..Mak marah aku..aku masih kecil dan aku sanggup ambil dan sorok mainan tu supaya sama2 tak dapat main..adik aku cari merata mainan dia..esok tu Mak aku pergi beli mainan yg sama utk dia walaupun baru semalam Mak aku cakap tak cukup duit utk aku..aku diam….

Tahun bersilih ganti..aku selalu jadi sasaran kemarahan Mak dan abah bila adik aku mengadu walaupun bukan salah aku..setiap malam aku tidur lewat ulangkaji pelajaran..aku cakap pada diri aku..insyaAllah, satu hari nanti aku akan dapat kasih Sayang yg sama dari mak, abah kalau aku pandai dalam pelajaran..Alhamdulillah, aku dapat semua A dlm UPSR, PMR dan akhirnya diterima masuk ke MRSM yg terkemuka dlm Malaysia..tapi sayang..aku masih belum sempurna dimata mak,abah..

Aku seringkali makan hati setiap kali balik ke rumah..bila result aku sedikit kurang, aku dituduh tak fokus, tak ingat yg Mak abah ni susah..tapi..adik aku digantung sekolah, Mak abah sedikit tak buka mulut..aku disuruh diam takut nanti emosi adik aku terjejas..dia diberi handphone baru supaya Mak senang nak call nak bagi kata2 semangat…aku diam..

Alhamdulillah, aku akhirnya diterima masuk ke Universiti luar negara, bidang perubatan..aku meminati bidang perakaunan tapi disebabkan hasrat Mak abah nak tengok anak jadi doktor, aku buat demi mereka..sbb aku nak jadi anak yg baik dan disayangi..Allah S.W.T tahu niat aku..alhamdulillah, aku lulus walaupun hidup susah di negara org dan berbekalkan duit saraan dari MARA yg tak seberapa waktu itu..

Percaturan Allah S.W.T itu mmg sempurna..aku bertemu jodoh dinegara org dan aku bukan lagi tanggungan Mak abah..aku fikir sekurang2 nya dapat ringankan bebanan mak abah..adik aku, hampir dibuang kolej sebab tak cukup pointer..siang malam Mak fikir pasal adik..aku cuba beri nasihat sebagai seorang kakak..tapi Mak aku marah cakap aku tak memahami hati adik..aku diam..

Aku pulang sekejap ke Malaysia..aku tengok Mak abah bagi kereta pada adik aku semasa Di Universiti..katanya, senang dia nak bergerak..aku cakap kat mak..mak, biar la adik rasa susah sekarang supaya dia lebih berusaha..aku dimarahi..Mak tak bercakap dgn aku selama beberapa hari..katanya, aku dengki pada adik sendiri..aku diam..

Tahun bersilih ganti, aku bekerja di luar negara..aku balik, Mak abah bagitahu yang mereka sudah belikan kereta dan handphone baru untuk adik sbb dia baru nak mula kerja..aku cakap secara baik..kenapa Mak abah tak guna duit tu untuk keperluan Mak..kan Mak abah dah lama hidup susah…sekali lagi aku dianggap anak yang tak memahami…adik aku tak pernah rasa mcm mana ertinya. kesusahan dan perlunya usaha dari bawah utk berjaya…

Aku cuba senangkan hati Mak abah, belikan kereta pilihan mereka..buat rumah baru…aku sanggup hidup dalam bajet utk penuhi semua keperluan keluarga2 aku…sampai satu ketika, aku sedar abah cuma akan call aku bila perlukan duit..tapi aku masih cuba sedapkan hati aku lagi..dalam hati aku, aku bersyukur sekurang2nya abah ingat nak cari aku…

Untuk pendekkan cerita, adik aku pun dah berkahwin selepas Mak abah habiskan semua saving utk buat kenduri besar2an utk dia..aku cakap dekat Mak, kita buat saja secara sederhana..aku pun kenduri simple saja walaupun gaji aku dan suami lebih dari mampu..Mak abah bangkang seratus peratus pendapat aku dan bermula disini lah keluarga aku jadi haru biru..

Business adik aku merosot, hutang keliling pinggang..Mak abah hutang sana sini utk support adik aku..masa ni, Mak abah aku dah tak berani bagitahu aku lagi..aku tinggal jauh luar negara, jadi semua dirahsiakan dari aku..sampai satu ketika adik aku minta tolong pinjamkan duit..aku bagi tanpa banyak bertanya..Mak call bagitahu adik aku perlu Dana utk Projek dia..aku bagi setiap kali, tanpa aku sedari hampir setengah juta aku habiskan utk adik aku..aku buat loan utk bayar duit2 Along yg dia pinjam..

Syukur, Allah kuniakan suami yg memahami..Mak aku warning dekat aku jangan minta adik bayar balik lagi atau ungkit pasal duit takut nanti dia jadi gila…setiap kali dlm telefon, pertuturan mak semua mengenai adik.. aku seolah2 tenggelam dlm hidup mereka..

Aku nampak Mak abah berubah dari hari ke hari menjadi individu yg mementingkan diri sendiri dan mula tak peduli hati org lain…apabila aku tanya, mereka jawab yg mereka tengah serabut nak selesaikan masalah adik aku..tak ada masa nak fikir perasaan org lain…aku disini struggle nak bayar balik loan utk adik aku..pernahkah Mak abah terfikir, aku hampir separuh gila..duit saving utk anak2 aku habis sekian hari…aku buat demi Mak, abah..tapi kasih Sayang utk aku semakin jauh..

Setiap kali aku solat, aku doa pada Allah…aku dah cuba jadi anak yg baik…Engkau berilah aku sedikit rasa kasih Sayang Mak abah utk aku walaupun sekejap..30 tahun aku tunggu…sampai lah ketika ini, aku tak mampu lagi nak bantu adik aku dari wang ringgit..aku diherdik abah katanya aku seorang kakak yang tak guna..tak ingat yg adik tu susah..abah cakap dia dah tak nak dengar dari aku lagi..mak seperti sebelum ni, akan cuba defend adik dan abah aku..siang malam aku menangis…

Aku doa pada Allah….aku terima takdir ujian Dia ini..aku cuma harap Allah masih beri aku kekuatan untuk sentiasa menjadi Anak yang baik walaupun aku banyak kali terluka…

Luahan rasa seorang anak yang masih tercari2 kasih sayang sebenar seorang Mak dan abah…

– Anak yang terluka

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit