Asam Boi Dan PTSD

Assalamualaikum & hai semua
mekasih admin kalau approve confession aku.

Aku nak share tentang adik aku yang ada PTSD supaya korang yang baca ni lebih aware tentang mental illness nih. haha
Ok sebagai permulaan aku nak cerita macam mana adik aku boleh ada PTSD yang effect cara hidup dia sampai sekarang.
Segalanya bermula semasa aku berusia 7tahun, adik aku 6tahun dan arwah kakak aku 7tahun. ye kami kembar. beza beberapa minit je.
waktu tu zaman takde teknologi tahun awal 2000. so kiteorang pun mainlah macam kanak-kanak riang waktu petang, waktu tu seingat aku kiteorang main teng-teng. gegirl biasalah. haha. oh lupe nak cerita, adik aku ni jenis takut orang tak tentu pasal, so masa tu aku dengan arwah kakak aku main teng-teng depan rumah berdua je dan dia tengok kiteorang dari tepi pintu masuk rumah je. Lepastu, mak aku panggil dia. beberapa minit dia lari-lari anak datang kat kiteorang bawak asam boi. so kirenye mak aku panggil dia sebab nak bagi asam boi dan suruh share asam boi lah dengan kiteorang. dia pun bagi seorang sebiji, tapi kat tangan dia ada baki lagi 2 biji. total 5bijik sebenarnya, satu dia dah makan, 2 bagi kiteorang, 2 lagi dia pegang. So, kakak aku nampak, dan dia rampas dari adik aku. adik aku mereengek mintak dia pulangkan dan kakak aku terus sumbat dalam mulut 2bijik asam boi yang dia baru amek dari adik aku tu. kau bayangkan 3biji sekali dia ngap. then, adik aku dengan kakak aku bergelut kat situ pasal asam boi. mula-mula nampak kelakar sebab pasal asam boi kot, then tolak menolak, debik-debik manja dan lari-lari antara kakak dan adik aku nih bertukar tragedi bila kakak aku tercekik 3bijik asam boi dia sebab dia tersungkur. tapi waktu ni adik aku kurang akal so dia ingat akak aku main-main, dia pun terus debik terus menerus akak aku. aku pun masa ni, duk gelak je tengok dorang. bodohnya aku. aku tak perasan pun yang dia sebenarnya tengah meronta sesak nafas.
adik aku atas badan kakak aku masa nih, pukul-pukul dan merengek-rengek nak asam boi dia balik kat akak aku yang tengah bertarung nyawa nak bernafas. beberapa minit kemudian akak aku kaku, adik aku ingat dia pura-pura pengsan. so dia berhenti dan tolak-tolak kakak aku cakap “kau takyah tipu pengsan la kaklong”. aku yang sebagai by stander masa tu tah macam mane datang idea suruh adik aku nyorok sebab nak tunggu akak aku bangun. so kiteorang pun menyorok laa tepi kereta sambil ngendap-ngendap akak aku yang sebenarnya dah unconscious terbaring je. lame weh kiteorang tunggu dia, kiteorang ingat dia nak bagi line betul-betul clear baru dia bangun. sekali dia tak bangun-bangun. aku dah pelik masa tu tapi aku abaikan perasaan tu. bodohnya aku ya Allah.
berapa minit kemudian mak aku keluar, mungkin instinct seorang ibu dan luar rumah sunyi masa tu, dia tergerak hati keluar dan pandang kakak aku, cakap “kaklonng kenapa baring kat luar rumah ni? kan kotor” dan bila mak aku tengok kakak aku tak respon terus dia gelabah lari-lari anak kat kakak aku. usap-usap kepala diaa, tepuk-tepuk pipi dia. lepastu jerit nama aku dengan adik aku sambil tanya kaklong kenapa. kiteorang cuak ah gak masa tu, ingat kakak saja nak kenakan kiteorang biar kena marah dengan mak. kiteorang pun cerita A sampai Z apa yang berlaku, dan sampai sekarang aku takleh lupa muka mak aku bila dia dengar cerita kiteorang. dia check dada kakak aku, cuba bukak mulut kakak aku, rasa nafas dia, rasa nadi…takde. mak aku angkat akak aku masuk rumah, call ambulans sebab mak aku tak reti bawak kereta dan bapak aku guna motor masa tu. cemas weh. dan kakak aku meninggal sebab lambat sampai hospital, ambulans lambat gile weh. dan salah aku dengan adik aku jugak. dan macam tulah kakak aku pergi.

aku terasa kehilangan, yelah separuh jiwa aku pergi dulu tapi aku taktahu benda ni effect teruk kat adik aku, dia salahkan diri level teruk. dia tak makan, nangis siang malam, ngigau, kurang tidur pun ada dan murung. sebelum ni dia takut orang, tapi lepastu dia jadi terus anti sosial. duduk je dalam rumah. sedih weh tengok 6tahun pasif dan anti sosial. dan paling teruk dia tak pernah sentuh langsung asam boi sampai sekarang. masa 7tahun baru start sekolah, dia cam orang histeria bila kawan-kawan dia offer asam boi kat dia. sampai cikgu panggil aku yang tengah belajar dan mak aku datang sekolah suruh tenangkan dia. “salah adik”, “adik bunuh kaklong” dia ulang-ulang. cikgu cakap dia muntah masa kawan dia offer asam boi tu kat dia, tutup telinga dan menangis. Lama weh nak tenangkan. bila mak aku datang pun dia muntah lagi, mual teringat kejadian tu mungkin. lepastu dia demam panas teruk sampai warded. and doctor diagnosed dia PTSD bile mak aku cerita kat doktor and dia dirujuk psychiatrist.

lepas seminggu, dia datang sekolah macam biasa and yes, rumours spread pasal dia. dan ade budak-budak lelaki yang kurang didikan mak bapak buli dia. dorang gelak-gelakkan dia,ejek dia dan makan asam boi depan dia, pastu offer dia asam boi. aku pun pernah terdengar budak-budak perempuan kelas dia cakap dia mengada-ngada tak boleh nampak asam boi dan gelak-gelak. tak senang aku nak memerut masa tu kau tahu! adik aku kot kau gossip dalam jamban. aku keluar jamban dan buat jelingan padu pastu tanya kau pahal kutuk adik aku kat diorang sampai dorang blah laju-laju. tahu takut, dan adik aku acting out sampai kecoh satu sekolah banyak kali.so untuk tenangkan dia. solution terakhir pihak sekolah, guru besar benarkan mak aku duduk kat pintu belakang untuk jaga dia memandangkan mak aku suri rumah.

sejak dari tu, keadaan ok sikit, takde lagi gangguan budak-budak setan dan mean girls cuma adik aku takde kawan sebab sape je yang nak kawan dengan budak yang berkepit dengan mak dia 24jam kann *sarcasm* aku taknak cerita part aku yang jadi kaunter pertanyaan cikgu-cikgu dan rakan-rakan haha. mak aku duduk kat belakang kelas adik aku sampai dia darjah 5. then keadaan slow down. adik aku dah tak mudah kena panic attack macam dulu. masuk darjah 6, dia pergi sekolah sendiri tanpa mak aku teman. alhamdulillah.

adik aku dah 20tahun dah sekarang, cantik(promote adik sendiri hihi) tapi gambar kakak aku, cerita pasal kakak aku dan asam boi merupakan benda sensitif kat dia. kalau kat meja makan, tengah borak-borak sekali terkeluar pasal akak aku mesti dia tarik muka. kat pasar malam lalu kat tong air asam boi pun dia rasa mual,terus dia tekup mulut. dia tak pernah ikut kami sekeluarga ziarah kubur kakak aku. mungkin kedengaran kelakar, “alaa asam boi je pun”, “dah ajal dia”, “over-react gile”. mungkin pada korang. tapi tak pada pesakit PTSD. dan aku harap confession nih mampu membuka mata masyarakat Malaysia tentang mental illness yang selalu orang bersikap dismissive dan ambil remeh. “get over it”, “someone else had it worse”, banyak lagi lah aku pernah dilontarkan bahas macam ni dari orang-orang yang tak pernah nak faham bila aku cuba jelaskan situasi adik aku.
dan please ajar anak untuk respect orang lain, jangan jadi macam budak-budak lelaki yang pernah buli adik aku dan gossip girls yang kecik-kecik dah pandai gossip jamban. hahaha. dan hati-hati supaya kecuaian yang berlaku kat family aku ni tak berlaku kat family korang. salam sayang dan assalamualaikum…

– ririn

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit