Bah bah bah!

Assalamualaikum. Saya merupakan pelajar universiti berasal daripada sabah dan belajar di semenanjung. Saya menghantar confession ni sebab sedih dengan beberapa warga semenanjung. Beberapa sahaja k! Mungkin kalau dilihat permasalahan ini agak simple tetapi bila ia dibiarkan berterusan maka akan bertambahlah manusia yang suka menjadikan negeri sebagai bahan lawaknya. Maka wujudlah juga satu budaya “Rakyat Malaysia yang ‘Kelakar’ tak bertempat” dan tanpa sedar negara lain sedang menertawakan kita disebabkan budaya ini. Ya la, satu Malaysia, tapi bila bahas pasal negeri lagi lagi sabah, mula la keluar kenyataan atau soalan yang agak menyakitkan hati.

Pertama, bila saya beritahu yang saya asal sabah, soalan ini selalu ditanya, “awak duduk sabah area yg naik sampan tu ke?”. Sekali kena tanya boleh tahan lagi, ni kalau suda berkali kali macam saya mau belikan dia buku teks Geografi atau paling pun beli kan PETA SABAH! Bagi hadam supaya dia tau yang sabah ni pun ada kawasan tanah. Bukan semua kawasan air, siap pakai sampan. Amboiii

Kedua! Kenapa la kesian ditanya benda ni “kat sana senang tak nak call orang? Elektrik waktu malam ada tak?” Heihhh ni aku tak faham, dia tanya sebab memang tak tau atau saja pancing kemarahan.nasib baik sabar. Untuk pengetahuan semua ya, Alhamdulillah setakat ini kampung saya ada elektrik, signal pun takda masalah, lagi2 signal astro lancar jak orang tgok superspontan tu haa. K ni boleh terima lagi laa. Sebab mungkin dekat rumah dia selalu tak dapat line. Positif positif

Ketiga. Penggunaan bahasa sabah masha Allah! Saya faham ramai yg baru belajar untuk cakap sabah, dan memang ramai pun yang nak belajar. Tapi kannn, jangan la diperolok olok kan dialek tu. Kami sabahan, berusaha juga la belajar cakap semenanjung walaupun kadang terkeluar slang sabah tu. Haaa bila tersalah sikit, gelak. Tak cukup gelak, bahan. Haihhh kau datang sabah, kau ‘olok olok’ bahasa sabah memang siap kau kena hantam sana. Bukan marah, ni geram jak geram. Haha.

Terbaru, masalah rasuah berjuta juta oleh Pihak Jabatan air lalalala. Ni lagi satu, yang terlibat rasuah tu orang lain. Yang kau libatkan satu sabah tu kenapa? “Hei hei, korang ada dapat tak satu juta dari menteri?” Lahaiiii simpan sikit bangang tu bang oi. Bila semua benda pun mau diperlawakkan, maka wujudlah manusia manusia yang bercakap guna lutut, tak guna otak.

Last la last! Tolong la please, berhenti mention rumah atas pokok! Tak lawak k tak lawak! malas la cakap, sakit kepala kalau fikir balik.

Banyak lagi laaa ayat2 yang diajukan kepada sabahan dan tidak sepatutnya dikeluarkan dari mulut yang bernama MAHASISWA! banyak benda lagi kau boleh jadikan bahan lawak kau, contoh, sila la guna ayat chia chia chia kau sebagai bekalan. Tak perlu kot jadikan negeri sebagai bahan lawak. Silalah jaga pertuturan anda untuk kebaikan dan kesejahteraan bersama.

– Sabahan!

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit