Baitul Muslim Yang Disalahertikan

Assalamualaikum and hi guys.

Firstly, thanks admin kalau publish my confession. seperti yang dinyatakan pada tajuk-Baitul Muslim yang di silap pandang.
apa mksud ni? ok ini nasihat general lah terutamanya untuk orang yang nak bawa agama.

Bagi sesiapa yang masih terpinga-pinga apa maksud Baitul Muslim ni… Baitul Muslim ni keluarga muslim. kebanyakan yang join-join usrah ni tahu lah. UIA lagi lah tahu. Tujuan Baitul Muslim ni senang kata nak bina keluarga Islam yang ramai. Jadi apa salahnya? ok salahnya bukan pada Baitul Muslim tu tapi orang yang melibatkan diri dalam Baitul Muslim.

antara point yang aku dapat listkan:

1) Diperkenalkan oleh senior-senior perkataan baitul muslim pada junior yang baru masuk. Kau faham jela junior baru masuk ni mentah mentah lagi. Nak-nak jiwa diorang memang jiwa baru masuk remaja.Bila dengar perkataan tu, habis gatal seluruh badan. Lepas tu digembar gemburkan cerita yang selalunya senior lelaki cop junior perempuan tapi bila junior lelaki nak cop kawan satu batch dia, tiba-tiba kena nasihat atas sebab muda. Jadi bila junior tu dah jadi senior dia akan cop junior perempuan yang cun sebab takut dirembat kawan dia. Nampak tak permainan dia? yang asalnya junior itu tertarik pada rakan sekelas dia(mungkin cinta) tapi atas sebab dia tak layak maka senior rembat. Junior tu bila jadi senior dia pilih perempuan lain bukan kerana agama sangat tapi kerana ego(takut single)dia cepat-cepat cop. lepastu mulalah, ramai yang berpura-pura baik sebab nak pikat perempuan/lelaki yang diorang nak. Yang asalnya masuk usrah sebab agama tiba-tiba sbb asyik dikelilingi dengan perkataan Baitul Muslim, dah lari niat. salah siapa?

2)Perempuan rasa bangga jika dah ada orang cop dia padahal mereka belum bersedia. kebanyakan stock yang dicop awal ni stock cantik-cantik. so siapa yang dah ada orang dari muda ni dikira laku lah. hmm aku confirm akan ada back up kata “mana ada, terima taqdim lelaki ni sbb Allah” . Pastu bila tanya bila nak kahwin ? Makayah dah tahu ? depa jawab ” kawen tu atas rancangan Allah. Hanya Allah yang merancang. Plannya lepas dia dan aku kerja la kot(4,5 tahun akan datang). Makayah belum tahu. Diorang tak bagi aku terlibat masa belajar. Ni aku terima sbb nak kenal-kenal dulu. sbb kan ad hadis nabi kalau ad lelaki baik pinang, kena terima ”
WHATTT
ni sama ja macam orang bercinta kau tahu tak. cuma versi islamik versi menjaga ‘sikit’. Kau cop/bertunang awal-awal waktu kau tak sedia and then kau membelakangkan makayah. Jasad kau potpet potpet cakap pasal islam, bagi tazkirah dekat adik-adik dan sahabat-sahabat tapi sedihnya hati kau asyik teringat-ingatkan lelaki/wanita yang kononnya bakal imam/makmum kau 5 tahun akan datang. sedih weh. kalau betul minat, plan lah elok-elok bila nak nikah, start minta restu makayah, ilmu kewangan dah settle – ini baru dikatakan BERTUNANG. dan dalam islam pun tak digalakkan bertunang lama-lama.

3)Salah ke memilih rupa? aku tak cakap dekat lelaki sebab biasanya diorang memang akan buat first step cop awek-awek cun ni. Ni berlaku kat pihak perempuan. contoh ada lelaki mentaqdim(cop) dia, tetapi perempuan ni tak berapa suka muka dia. aku tak cakap dia hodoh ke apa cuma perempuan ni tak tertarik. Kes ni berlaku ramai kat kawan aku, yg datang cop depa memang boleh dikira ada rupa lah. tapi perempuan ni dia tak tertarik. Tapi yang aku hairanya, kawan aku ni tetap terima lelaki tu atas sebab kesian, atas sebab ‘seruan telah tiba’, depa kata ” lepas kawen mungkin perasaan tertarik tu datang sendiri”.
hello denga’ sini, kalau sekarang pun kau tak tertarik dengan dia macam mana kau nak tertarik lepas kawen. sekarang ni kawan aku ni selalu macam mengeluh sbb sebenarnya aku tahu mmg dia tak minat pun lelaki tu tapi tak berani tolak. Kesian kawan aku ni tapi siapa suruh kau terima. kenalah komit. kan?
Dalam islam, surah Ar-Rum 21, ” dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.”

orang tua-tua dulu kata nak tahu dia tu jodoh kita ke tak, bila kita tengok dia kita rasa tenang. dia rasa lain macam. kalau tak rasa apa-apa maksudnya dia bukan untuk kau waktu tu. hensem macam mana pun memang bukan untuk kau. Mungkin 2 tahun akan datang bila kau terserempak dgn dia balik, tibatiba dapat zupp haa masatu mmg seruan telah tiba. Allah dah kasi hint dia tu jodoh hang. Tak payah nak siksa jiwa nak minat buat masa sekarang kalau diri sendiri masing tak terjaga. Jadi kat sini tak salah pilih rupa untuk berkahwin. Jangan konon tunjuk menjaga sangat taknak pilih rupa last-last merana. Nabi pun suruh sahabt tengok muka wanita yang sahabt tu nak nikah.

4) Ramai yang nikah awal sebab ikut trend. bukan kerana perintah Allah. Zaman sekarang ni siapa nikah awal, akan dipandang sebagai pasangan yang soleh solehah sbb konon nak hindar dari fitnah, nak elak zina. lepastu upload gmbar romantis kat laman sosial, undang zina kat sahabt-sahabat yang belum kawen ni. Oh ad jugak nikah sbb tercabar kawan-kawan dia semua dah nikah, aku kena nikah juga ni.

ok tu je pesanan aku. Sekali lagi aku nak clarify, yang aku tak pernah salahkan orang yang terlibat dgn baitul muslim ke atau nak nikah awal ke. cuma perbetulkan niat. siapkan dulu bekalan anda sebelum nak bina keluarga. aku kenal ramai kawan yang dulu kawen krn kenal join usrah tapi tak sampai setahun dah cerai sebab tak serasi. Nauzubillah. Allah tak minta kita kawen macam ni. Ni bukan apa yang islam ajar. satu lagi, tak payah lah bertunang lama-lama sangat. Kalau kau yakin dia tu jodoh kau, waktu convocation kau datang tanya makabapak dia yang dia ada orang tak, nak ajak kawen. kan senang. kau takyah nak cemarkan hati orang yang nak bawa islam ni.

‘Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’

love,

– senior dah tua

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit