Bapak Hero

Assalamualaikum. Terima kasih admin jika sudi menyiarkan apa yang saya ingin sampaikan. Cukup aku perkenalkan diri ku, seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai 2 org anak. Aku tinggal di sebuah negeri Pantai timur yang mana akan terlibat dengan monsun timur laut sekitar November-Januari .

Cerita ini tentang ayah ku yang ku panggil bapak. Bapak seorang pesara swasta berumur 62 tahun. Sewaktu menulis pengakuan in, aku sejujurnya berasa sangat sayu. Seperti mana bapak org lain, bapak ku sangat istimewa. Kerana dia lah nadi denyut keluarga selama ini. Walaupun bapak garang, ( dulu selalu makan rotan), tapi bapak seorang yang tidak pernah lupa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Walaupun dulu kami hidup susah, alhamdulillah adik-beradik 3 org sudah menamatkan pengajian dan bekerja. Tinggal seorang sahaja lagi yang sedang menimba ilmu di universiti.

Hari ini, buat pertama kali nya rumah ku dilanda banjir yang besar. Air masuk ke dalam rumah sehingga ke paras pinggang. Kereta juga terperangkap. Perumahan ini menjadi laut. Bekalan api terputus. Semua berlaku dengan pantas kerana kenaikan paras sungai yang mendadak. Bapak, walaupun anaknya ini sudah berkahwin tetap menjalankan tanggungjawab bertanyakan keperluan dan ingin mengambil cucu-cucunya.

Bapak bertolak seawal pukul 9 pg untuk menyelamatkan kami sekeluarga. Bapak cuba melalui 3 jalan tapi semua nya tersekat. Akhirnya bapak berjaya sampai ke jalan besar dan perlu mengharung air separas dada untuk mengambil kami. Apa yang membuatkan aku terharu apabila bapak dgn kudratnya berumur 62 tahun, mengangkat 2 anak ( 5 thn dan 6/12) sejauh 1-2 km untuk sampai ke jln besar. Aku tak dapat mengambil gambar , tapi yang pasti gambar itu telah terpahat dalam memori ku sehingga ke akhir hayat.

Ketika menulis pengakuan ini, aku berada di rumah bapak. Menangis sambil mendoakan kesejahteraan bapak dan ibuku. Tentu ada yang bertanya dimana suamiku. Suami ku ada, mengurus keperluan lain iaitu memindahkan barang dan sebagainya. Ya Allah, peliharalah kedua ibu-bapaku sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kami masih kecil. Bahagiakan mereka ya Allah. Murahkan rezeki mereka. Sihatkanlah tubuh badan mereka.

Aku sayang bapak

Anak bapak

– Anak bapak yang bertuah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit