Berkahwin Dengan Bipolar Disorder

Berkahwin Dengan Bipolar Disorder

As salam semua..
Aku just nak kongsikan pengalaman aku berkahwin dengan penghidap Bipolar Disorder. Secara ringkasnya, BD ni adalah gangguan ke atas psikologi seseorang yg boleh membuatkan perubahan mood swing yang sangat mendadak. tapi time dia normal, mood dia tak ubah seperti manusia biasa jadi tak ramai yang tahu jika seseorang tu sebenarnya penghidap Bipolar Disorder ataupun tak.

Aku berkenalan dengan suami aku yg merupakan teman sepejabat kira-kira 6 tahun yg lepas. kitorang mula rapat dalam 2 tahun kemudian sebelum masing2 setuju untuk bertunang & seterusnya bernikah.

Pada awal perkenalan semuanya nampak biasa. belum duduk serumah, jadi mood die yg selalu dia tunjukkan kat pejabat adalah mood orang normal. walaupun aku pernah terdengar family dia bercerita yang suami aku ni jenis panas baran tapi at that time tak terfikir pun sebab apa, aku cuma fikir yang setiap orang ada kelemahan masing2. ditambah pula sepanjang perkenalan aku dengan dia, dia tak pernah pun tunjuk sikap baran dia kat aku. aku cuma kenal dia seorang yang sangat romantik dan penuh kasih sayang, sangat2 mengambil berat & terlampau sayangkan mak dia. Pada aku, bila seorang anak lelaki lebih hormat kat mak dia, inshaAllah dia juga akan hormat wanita lain.. dan memang begitulah yang aku kenal peribadi dia sebelum aku ambil keputusan utk berkahwin dengan dia..

And the story begin bila selepas beberapa bulan kitorang berkahwin, bila masing2 kena ada komitmen untuk membantu ekonomi each other. aku mula perasan, bila dia stress pasal duit perbelanjaan tak cukup, dia akan jadi macam orang sasau, tiba2 bercakap dengan suara yang tinggi. start dari tu, memang kerap kitorang bergaduh. at first aku memang tak boleh terima langsung perubahan die macam tu sbb aku da biasa dilayan penuh hormat sebelum berkahwin. tapi bila tiba2 diherdik tanpa sebab, aku jadi frust. aku jadi x kenal siapa suami aku tu. ditambah pulak, setiap kali berlaku pertengkaran mulut dia akan menuduh aku macam2 perkara yang aku x pernah pun buat. dia juga akan membuat kenyataan yg bersifat provokasi supaya nampak kesalahan semua dtg dari aku. Dan yang paling teruk, dia akan ungkit segala kebaikan dia & mula menyumpah seranah aku dengan perkataan yang tak elok. Bila aku ambil keputusan utk berdiam diri, barulah dia akan cool semula & terus bercakap dengan aku macam biasa seolah2 tak ada apa2 yg berlaku sebelum tu & boleh pulak ajak bergurau, tapi bukan niat utk memujuk pun. aku memang makan hati sbb dia buat perasaan aku macam sampah. sesuka hati dia nak marah, sesuka hati dia nak suruh aku lupakan bnda yang da berlaku sekelip mata. Situasi ni berlarutan smpai usia perkahwinan masuk tahun kedua. Dan ketika inilah, hidup aku makin berpusing 360 darjah. aku da penat asyik diprovok dengan kesalahan yang aku x buat setiap bulan bila dia stress ttg sesuatu perkara esp pasal duit perbelanjaan. situasi ni menyebabkan hati aku jadi makin kering sehingga aku sanggup meninggi suara kat dia  sbb hati terlampau sakit. Dan bila aku lepaskan marah aku, dia akan naik tangan dengan alasan aku tak hormat pada dia. yes, memang betul aku berdosa sbb da tinggikan suara, tp kalau sepanjang 2 tahun asyik dipersalahkan, aku rasa macam da x larat nak tanggung makan hati. Dan kali ni dia da berani pulak pukul aku walaupun aku tengah mengandung anak dia waktu tu sampai kedudukan janin sedikit jatuh dari peranakan. Bila aku mengadu kat family dia, family dia cuma cakap yang diorg da pernah bagitau sebelum ni tentang panas baran dia tu. tinggal lagi, aku yang kena bijak utk kawal emosi suami aku. Walhal, diorang tak tau yang emosi suami aku berubah hanya disebabkan stress yg bukan berpunca dari aku.

Dan sekarang usia perkahwinan kitorang da masuk tahun keempat. ada masa aku dapat kawal emosi suami aku. tapi ada masa mood dia tetap swing tak tentu hala lebih2 lagi bila dah ada anak. kadang2 kesian tengok anak, kesilapan yang kecik je tapi diherdik macam anak tu da buat kesalahan jenayah berat. Tapi bila aku marahkan anak untuk tujuan mengajar, dia akan marahkan aku semula dengan alasan aku patut mengajar anak aku dengan cara yang betul , bukan dengan cara marah2. (sigh~~)

Terus terang aku katakan, sepanjang 4 tahun berkahwin adalah tempoh yang menyeksakan sampaikan aku rasa hati aku seolah-olah dah tak ada perasaan. Walaupun dalam keadaan dia normal, dia akan sayang aku selampau-lampaunya. Apa sahaja kehendak aku memang dia akan tunaikan dan dia x akan berkira pun untuk habiskan duit yang dia ada dalam poket semata2 untuk tunaikan apa saje yang aku nak. Pelukan dan ciuman sayang dia jugak memang x akan miss pada hari2 yang normal sehinggakan kawan2 & ahli keluarga aku sentiasa anggap akulah orang yg paling bahagia dalam dunia ni. Tapi siapa yang tahu, bila mood dia swing secara tiba2, aku bagaikan dihumban ke dalam neraka. Baru-baru ni, dia diberhentikan kerja kerana prestasi kerja yang kurang memuaskan. Dan detik neraka aku pun bermula bila setiap perkara yang aku buat sentiasa menjadi kesalahan besar kat mata dia. Sampai satu tahap, dia pukul aku ikut sukahati dia sampai aku x mampu langsung utk bangun berjalan. Dan bila dia tengok aku menangis mengerang kesakitan, dia tarik aku untuk baring sebelah dia dan dia akan usap2 kepala aku untuk tenangkan aku.. dia akan berkelakuan seperti orang normal kembali dan bercakap-cakap semula dengan aku, minta maaf supaya aku lupakan segera apa yang telah terjadi dan terus aku dilayan bagai puteri semula.. hurmm.. aku pun tak tau sampai bila aku akan berhadapan dengan situasi macamni lagi.

Aku bercerita kat sini bukanlah untuk mintak pendapat apa yang patut aku lakukan. Aku percaya orang akan suruh aku tinggalkan je lelaki macam tu. tp aku fikir, kalau aku tinggalkan dia, akan ada wanita lain yg akan ganti tempat aku dan orang tu akan tetap terima nasib yg sama mcm aku.. aku x sanggup.. aku da lalui benda ni selama 4 tahun, aku cuma harap aku mampu bertahan. aku jugak harap Allah s.w.t akan makbulkan doa aku supaya suami aku sedar tentang kelakuan dia. aku pun da buat research ttg penyakit tu dan aku percaya setiap penyakit tu ada kesembuhan dia. semua dengan izin Allah, cepat atau lambat, aku x bole berputus asa.. And siapa-siapa yang arif tentang penyakit ni, aku mohon tinggalkan la komen korang kat bawah. tolong aku untuk atasi masalah ni or else kongsilah tips whatsoever.. janganlah nasihatkan aku untuk bercerai sbb selagi aku mampu bersabar, benda ni tak akan jadi teruk pun sebenarnya. cuma, aku jugak manusia biasa.. kalau hilang sabar aku time mood dia swing mmg aku mendapat la..

So, doakan aku guys supaya aku kuat… aku harus terus bertarung dengan spesis Bipolar Disorder ni yang aku tak tahu bila & bagaimana pengakhirannya nanti.. jangan kecam suami aku, cuma jadikan cerita aku sebagai sandaran untuk kalian jika terjumpa dengan orang macamni sebab sangat sukar utk membezakan manusia normal dgn mereka2 yang ada BD ni.. untuk semua nasihat yang membina, aku ucapkan thanks a lot..

k… as salam..

-me-

– me

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments