Berkat Tanggung Hutang Adik Beradik

Salam semua. Aku terasa teringin sangat kongsi pengalaman aku berkaitan hutang dekat page confession ni bila aku terbaca post menanggung hutang sebelum ni.

Aku kenalkan diri aku S. Aku berumur 25 tahun dan menetap di bandar Kuala Lumpur. Aku merupakan graduan universiti tempatan. Disebabkan aku belum ada rezeki di bidang pengajian aku, aku beralih arah bekerja di sebuah syarikat kecil sebagai kerani am. Gaji aku tak banyak jika dibandingkan dengan ijazah aku. Tapi Alhamdulillah aku bersyukur walaupun sakit nak hidup di bandar ni.

Walaupun aku ni hidup dengan mak ayah aku, aku kena tanggung banyak tanggungjawab. Salah satunya tanggung adik aku yang malas bekerja(alasan kerja dia dapat memenatkan). Dan tanggung hutang abang aku. Kenapa aku yang kena tanggung? Meh aku kongsi, oh ni bukan bukak aib ok. Ni aku nak kongsi, berkat kesabaran aku menanggung hutang orang lain.

Pertama sekali, adik aku. Dia umur dalam 21 tahun. Dah macam-macam kerja dia buat, tapi jenis panas baran, darah muda, jenis tak menyabar.. Mana dia mampu bertahan kerja lama kalau perangai macam tu kan. Aku rasa dari dia lepas SPM sampai sekarang ade lah dia kerja lebih 10 kerja. Kerja 3 bulan berhenti… Kerja 2 bulan berhenti… oh lepas dia berenti tu, dia akan duduk kat rumah dekat 4 ke 5 bulan. Katanya nak berehat.. Erm dah puas aku dan mak ayah aku nasihatkan. Tapi jenis masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Dia tak layan. Yang dia tau, dia akan minta duit kat mak dan ayah aku. Ayah aku selalu jugak marahkan dia.. Tapi dia tetap tak amik pusing. Dia akan mintak duit kat mak aku. Ni kadang-kadang menyebabkan aku sakit hati.. Sebab kalau mak aku cakap mak aku tak cukup duit nak bagi, dia akan marah-marah mak aku. Jerit kuat-kuat cakap kalau kedekut dengan anak, baik tak payah beranakkan dia. Kau tau tak perasaan aku masa tu? Jadinya aku ni malas nak rungsingkan mak aku dengan kata-kata adik aku tu. Aku akan bagi duit kat mak dalam RM250-300 untuk cover duit belanja rumah dan adik aku. Untuk pengetahuan semua, adik aku dah tak hormatkan aku dah bila aku mula kerja kerani. Dia perli-perli cakap belajar habis beribu, tinggi-tinggi, last-last kerja kerani capuk je. Aku pernah balas balik, cakap gaji kerani tu lah aku hulur kat dia yang jenis tak bekerja, lintah darat, tapi dia akan balas balik sampai kau penat dan dia memang nak menang. Aku pulak malas nak bising banyak-banyak. Aku akan diam. Kadang-kadang aku menangis jugak yelah cuba kau kat tempat aku. Cuba kau rasa. Sengsara perasaan sendiri ni susah nak digambarkan..

Kedua, aku menanggung hutang bulanan yang sepatutnya dibayar oleh abang aku. Hutang internet serba laju yang kebanyakkan kita semua gunakan ni lah. Dia beria paksa aku langgan internet untuk dipasang kat rumah. Katanya dia akan bayar. Aku beria tolak, dia paksa jugak. Dia cakap nama dia dah banyak guna untuk komitmen lain. Jadi aku terpaksa setuju. Dalam masa sebulan dua memang okay, dia bayar.. Menjak- menjak ni dalam 3-4 bulan lepas, aku yang kena tanggung. Katanya gaji lambat masuk. Aku bising jugak, tapi dia buat tak tau je.. internet tu tak pakai pun kat rumah aku ni sebab masing-masing dah ada mobile data. Lastnya, aku yang bayar sebab aku tanak nama aku disenarai hitamkan. Sebulan aku kena bayar dekat RM170 dah. Sakitnya hati aku mula-mula. Hanya Allah yang tahu.

Aku ni dahlah ada komitmen sendiri seperti insurans, ptptn lagi, asb lagi. Sakit wei. Korang bayangkan gaji aku seribu, tapi macam-macam aku kena bayar. Mula-mula aku sakit hati, nak menangis bila terbayangkan nasib aku ni. Sampaikan aku tak boleh nak menyimpan sikit pun gaji aku ni. Walaupun aku dah habis berjimat. Kadang-kadang tak beli topup, mobile data hatta makeup yang murah pun untuk aku pakai ni pun aku tak beli. Aku pergi keje jalan kaki je. Nak jimat punya pasal. Ikutkan mak aku suruh naik bas. Tapi aku sanggup jalan kaki sebab aku nak jimat.. Takkan nak mintak duit dekat ayah aku? Abang aku pun tak hulur duit kat ayah aku. Mak aku pun dia jarang bagi. Dia tau belanja diri dia je. Aku hari-hari bawak bekal g tempat kerja hatta nasik kosong lauk ikan bilis goreng ngan kicap je aku sanggup. Kat tempat kerja aku, kawan-kawan aku dah paham sangat keadaan ekonomi aku. Aku tak kisah dah apa orang nak cakap. Yang aku tahu,aku kena buat sesuatu dengan hidup aku. Jadi, hujung minggu aku kerja di kedai serbanika untuk cover hutang-hutang tu.

Kau tahu apa hasil berkat kesabaran aku selama ni? Allah kurniakan aku mak ayah yang sihat walafiat tanpa sebarang penyakit dikala usia emas mereka. Mungkin nampak kecil di mata korang. Tapi nampak berkat dia bila Ayah aku masih boleh bekerja walaupun dah nak masuk usia 60. Mak aku masih boleh melihat dekat dan jauh dengan elok. Dapat kawan-kawan yang memahami, yang sudi dengar cerita sedih dan gembira aku, dapat salam mak ayah aku sebelum pergi kerja. (tak semua dapat) Dapat kesihatan yang baik ( alhamdullilah dkt setahun lebih aku tak diserang demam, batuk dan sebagainya) tanak riak nanti kena pulak. Hihi tapi aku memang jenis susah sakit.Itu semua aku tanamkan kat diri aku, Allah nak bagi aku rasa payah sikit sekarang. Mungkin lama-lama nanti aku senang sikit siapa tahu kan? Bukan aku nak suruh korang tanggung hutang adik-beradik mahupun kawan-kawan korang. Aku cuma nak kongsikan, apa yang jadi dalam hidup kita ni memang kadang-kadang rumit tapi percayalah, adalah hikmah disebaliknya tu. Antara nampak atau tidak je hikmah tu. Jadi, bertabahlah sentiasa dalam kehidupanmu yang penuh onak dan liku.

Yang kerja keras,
-S-

– S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit