Berniaga Biar Jujur

Assalamualaikum. Just wanna share pengalaman aku being cheated by online seller.

Dua tahun lepas, aku ada tengok di fb akak ni jahit sendiri tudung labuh, katanya lah kan. Aku pun tengah mencari2 seller tudung labuh. Aku tertariklah ngan akak ni. Kat facebook kemain eh baik dgn orang tu orang ni. Disebabkan dia punya keramahan dan kelembutan dgn kengkawan dia kat facebook tu lah aku percaya. And that was my first time nak try pakai tudung labuh so taktahu sgt mana nak cari. Tertipunyaaa haha. So kalau aku update pasal keburukan dia berniaga pun sah sah takde orang percaya. Sbb dah tentu dia jahit elok je kalau customer dari kalangan kawan sendiri. Lagipun dia berpurdah. Aku ni pakai tutup ala kadar je haa. Org mesti lebih percayakan pemakaian dan perwatakan dia di facebook.

Okay ceritanya, aku order dua helai tudung labuh kat dia. Dah lah ambik masa almost sebulan utk siapkan padahal janji seminggu je pre order. Bila lepas seminggu lebih order tunggu takde update tudung dah siap ke camne, dia cakap bagi masa seminggu sebab dia student and tengah minggu exam. Okay fine takpe aku okay lagi. Then minggu seterusnya aku text sbb takde update lagi, dia cakap sorry2 whatsapp problem. Habis semua number customer hilang. Suruh hantar semula detail. Dah tahu masalah fon, kenapa tak update kat facebook tu minta sesiapa yg ada order, tlg whatsapp semula sbb maklumat customer hilang. Alasan lapuk je dia bagi. Kalau seller jujur, dia dah update kat facebook masalah ni sbb order customer tu penting utk dia.

At last dah aku asyik tanya je dia pun fed up kut. Aku bayar penuh almost rm100 total untuk 2 helai tudung je kutttt. Aku agak tu mahal tapi takpelah sbb pre-order so aku expect elok lah. Time tu (2 years ago kut) susah gila nak cari penjual tudung labuh yg ready stock tapi bentuk bujur yg aku nak. Orait then tudung sampai. Guess what, kecewanya bila buka parcel. Tudung carik sana sini, jahit mcm jahit karung guni. Potongan satu tudung dgn tudung yg lain pun tak sama. Request potongan bujur, dapat potongan segitiga. Labuh setiap tudung pun tak sama. Labuh belakang terlajak lah apa lah. Yg bestnya, kualiti kain pun tak sama. Satu elok satu buruk yakmat kualitinya.

Aku whatsapp dia. Kenapa tudung saya camni camtu. Aku tanya dia kenapa tudung 1 dan tudung 2 tak sama. Aku siap hantar gambar aku pakai utk tunjuk labuh depan belakang tudung tak sama. Serious tak sama. Serious jahitan tak elok. Sampai ke harini dia tak reply whatsapp aku. Geram jugakkk. At last aku relakan jelah sbb benda dah sampai. Tudung tu aku simpan dan tak pakai till now. Sbb satu carik and satu lagi jahit macam apa je. Seller tu pulak, aku cari fb dia dah tak jumpa. Taktau lah deactive dah ke atau block aku.

Mesti korang mcm menyampah kan baca confession camni. Rasa mcm apa lah dia ni cerewet gila. Tak. Kalau korang yang alami, mesti akan pertahankan hak korang sebagai pembeli sbb dah bayar dekat rm100 kut. Basically aku bukannya jenis cerewet pun kalau setakat cacat cela sikit takpe je. Ini dah lebih haha. And aku jenis pantang orang tak tepati janji. Dah dia cakap seminggu so seminggu jelah. Dah lebih seminggu, update apa pun tak. Mananye tak bengang kan. Bukan salah aku push dia. Aku pun nak pakai tudung tu pi event. Jgn lah bagi alasan melampau sgt. Setakat dia cakap tlg faham sbb dia student and tgh exam aku boleh consider je. Tapi tu bukan alasan utk lambatkan kerja and langgar janji sendiri. Haha keh emo pulak.

So nasihat kpd peniaga online, jujurlah dalam berjual beli. Tak kira lah kau tudung singkat ke, tudung labuh sampai ke kaki ke, berpurdah ke. Jgn menipu dlm berniaga. Menipu tak bermaksud tipu duit je. Tipu kualiti dsb juga boleh jadi menipu dlm perniagaan. Integriti tu penting. Aku pun online seller so aku tau camne kerenah customer tapi takdelah tahap menganiaya macam ni. Orang dah bayar. Kita kena lah give the best service.

Sekian tu je pengalaman aku sbg pembeli. Sekarang masih je beli online tapi dah berhati hati. Kaji habis habisan baru beli hehe.

– Wan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit