Berniaga Ke Syurga Atau Neraka?

Berniaga sampai ke syurga atau neraka??

Assalamualaikum
Aku harap confession aku ini dapat di siar kan. Aku bukan lah perniaga kerja kuli jaa. Sesungguhnya 90% pintu rezeki adalah dari perniagaan. Yess aku sangat la bersetuju tapi ade tapi jenis perniagaan yg macam mane??.

Demi Allah sesungguhnya org berniaga ni sangat la beruntung sebab kerja berniaga nie hubungan sangat lah dekat dengan Allah. Melalui perniagaan Allah ajar kita banyak nilai nilai murni. Contoh jujur amanah, redha, tawakal, percayakan Allah. Ade amalan doa zikir untuk orang berniaga. Allah ajar lagi sedekah jariah dalam berniaga. Belas kasihan Ihsan sesame insan dan haiwan. Contoh berniaga makanan kita boleh sedekah dengan kurangkan harga makanan, lebihan makanan boleh bagi kucing makan. Berniaga baju boleh sedekah pada fakir miskin. Berniaga ubat boleh kurangkan harga ubat sedekah lagi bagus. Banyak nilai nilai murni yg kita dapat. Aku menghormati orang berniaga.

Tapi sayang ada segelintir tertipu. Tertipu dengan permainan syaitan. Tidak jujur dalam berniaga kepada orang yg memerlukan di jual mahal. Orang yg penyalahgunaan ubat di jual murah. Demi apa demi keuntungan. Sayang sungguh sayang. Alangkah baiknya jikalau kita tahu brg yg kita jual akan di salah gunakan kita tak jual. Kita cegah kemungkaran. Kenapa perlu takot brg kita tak laku kenapa??Allah kan ada. Belum di kira soal gharar dan riba. Semakin berleluasa had keuntungan di kira dlm linkungan 30%-50% dari harga kos. Tapi di jual sehingga 1000% . Bukan tipu tapi realiti. Terdapat juga golongan yang sesuka hati meletak harga barang yg berbeza sesuka hati sesedap rasa. Ada juga yg menjual produk yg memudaratkan yg memberi kesan sampingan yg teruk. Seperti produk pelansingan produk pemutihan yg merbahaya. Sedangkan mereka tahu kesan sampingan tapi masih berdegil mahu berniaga sbb mendapat pulangan yg lumayan. Ade juga menjual makanan yg basi di panaskan semua. Jawapannya nak berniaga kena pandai takyah nak ikut peraturan sangat. Terdapat juga yg bersengkongkol dengan jin dan syaitan menggunakan pelaris. Janji untung janji untung…janji untung…Allahuakhbar

Ya Allah sedih rasanya sikap segelintir peniaga. Sayang seribu kali sayang. Sedangkan banyak pahala kita boleh peroleh tapi dosa juga yg kita pilih. Untuk siapa kita berniaga??ape tujuan kita berniaga??ape matlamat kita??untuk kaya??untuk mewah??untuk tunjuk pada siapa??……

Jangan tanya kenape perniagaan tak maju. Yang halal tetap halal. Yang haram tetap haram. Tiada istilah mengahalalkan cara. Bagi yg baru mula berniaga goodluck guys pilih janis perniagaan sebaik baiknya. Tetapkan pendirian. Keuntungan menggunung tinggi pon sekelip mata boleh habis. Ingat hidup kena berprinsip. Berniaga ade untung rugi ingat Allah jangan putus asa. Dah maju perniagaan jangan tamak. Ada pekerja yg baik jaga kebajikan pekerja jaga elok elok. Jangan kedekut banyakkan bersedekah. Percaya janji Allah. Aku belum ade kekuatan utk berniaga sendiri InsyaAllah suatu hari ini. Doakan aku berada di jalan yg lurus. Dunia dah tenat akhir zaman fitnah berleluasa aku takot.

Lastly ape tujuan hakiki kita hidup ni??sekadar bertanya jgn kecam saya..
– Puan Siti

– puan siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit