Bukan Senang Jadi Cikgu

Aku nak share sikit psl pengalaman aku. Sebenarnya aku bukan cikgu, just a student. Tapi aku start jadi tutor private masa cuti sem asasi dulu. Kebetulan time tu aku tengah pokai pastu jiran aku, anak dia injured main ragbi so dapat MC 2 bulan kot. Tapi sebab dia nak SPM kan, jadi aku pon offer nak ajar dia silibus addmath yg dia tak belajar lg, sejam RM10. Tu first time aku jadi tuor. Tapi, aku tak rasa susah sangat mengajar anak jiran aku ni, sebab yelah budak tu pun jenis cepat tangkap, family pon agak berada la jugak.

Pastu lama aku terfikir… macam mana dengan budak-budak yang datang daripada family biasa, yang kena struggle untuk faham dalam kelas kat sekolah, yang tak pergi tuisyen pon sebab parents x mampu, yang tak duduk asrama? Kadang-kadang aku rasa macam ‘education is privilage, not a right anymore’.

Tapi aku teruskan hidup macam biasa dan tinggalkan persoalan tu sampai la aku masuk degree. Btw, aku bukan budak UIA. Kat kampus aku ni ada group student underground. Mula-mula aku skeptik jugak la sebab depa ni macam grup budak rebel. And image depa pon selalu diburuk-burukkan. Tapi aku stalk jugak la apa yang depa buat. Dan dalam aku stalk2 tu, aku impress dengan depa. Depa buat mcm-mcm, dari tuisyen free, buku jalanan, feed homeless, free market, buat forum/syarahan di luar pagar universiti. Pastu aku terfikir, setakat ni apa yang aku dah buat?

Jadi, masa cuti sem yang panjang ni(baca: panjang yang sampai orang pon hairan, kena buang universiti ke budak ni?), aku join program yang dianjurkan oleh karyah surau kat taman perumahan aku ni. Just jadi tutor untuk budak-budak spm, ajar subjek sains. Seorang tutor ajar 4 atau 5 orang pelajar. Kiranya lebih fokus la.

Mencabar jugak mengajar budak-budak spm ni, sebab diorang bukan dari-pada sekolah yang sama. Ada sekolah yang belajar dalam bahasa melayu, ada yang belajar dalam bahasa inggeris. Bayangkan aku terang panjang-panjang dalam bahasa melayu, aku ingat semua faham and okay la kan. Tiba-tiba masa diorang jawab soalan, ada sorang student jawab dlm bahasa inggeris. And masa tu aku rasa bersalah sgt tak tanya awal-awal. Tp dia ckp ‘eh xpe, still faham lg’.

Aku rasa yang sistem pendidikan Malaysia ni caca marba pulak.

Tapi nanti dulu… mengajar budak spm tak se-mencabar ajar budak sekolah rendah nak upsr. Kebetulan program tutor spm tu dah habis so aku pon kembali mereput. Pastu ada la pakcik ni tengah mencari budak-budak U yang tengah cuti semester untuk tolong dia mengajar budak-budak darjah 6. Aku pon join jelah. Aku ingat… alah silibus sekolah rendah. Takde hal lah…

Weh, no way xder hal! Memang lagi besar hal dia!

Pertama, tentang silibus. Jadi aku belek-belek modul kelas tambahan yang ditaja oleh lembaga zakat pulau pinang. Zakat Pulau Pinang bagi modul soalan upsr ikut topik untuk semua sekolah rendah yang terlibat (aku tak sure semua sekolah dapat ke tak). Kiranya ni salah satu contribution zakat penang la. Okay itu bukan topiknya. Sebenarnya aku bukak-bukak modul tu, ya ampun, apesal silibus diorang dh macam silibus matematik form 2 zmn aku dulu???? Bayangkan darjah 6 dah kena cari unknown X, Y bagai… Tapi budak-budak ni pandai-pandai jugak la… aku expect student yg cepat tangkap, buat soalan laju gila ni budak kelas depan2… rupanya bukan. N aku rasa la kan… rasa je… yang join tuisyen free ni bukan budak kelas depan. Aku rasa jelah…huhu

Kedua, punyalah susah aku naik mintak perhatian budak-budak ni. Aku lost control. Macam-macam hal. ‘Cikgu nak p tandas la’., pastu angkut geng pulak p toilet lol.. ‘cikgu, nak isi air kat water cooler’… mula2 aku pon ok.. pastu ‘wait a minute… ada water cooler ke kat kantin?’,’tak, nak amik air kat flat sebelah sekolah ni’… ya ampunn, macam-macam akal nk ngelat budak2 ni…hahahah. Aku respect gila kat cikgu sekolah rendah lepas mengajar budak-budak ni. Dan aku rasa, kalau lah, aku ni parents yang dah ada anak darjah 6 sekarang, aku akan sangat bangga even anak aku dapat C untuk matematik UPSR.

Dan masa nak balik, baru aku tau yang before this, pakcik yang handle tuisyen ni, dia handle sorg2 je. Dua buah kelas, dia sorang yang handle. Plus, dia bukan cikgu. Dia cuma one of the parent yang concern dengan anak-anak kat sekolah ni. Pastu aku pon… ya allah, di saat cikgu-cikgu dikecam dengan pelbagai rungutan dan saman ibu bapa, masih ada parents yg sudi nk rasa apa yg cikgu2 rasa. Dan parents2 yg asyik blame cikgu tu, try la volunteer mengajar. Then u know how it feels…

Dan, pengalaman mengajar budak sekolah rendah ni sangat menyentak hati aku. Bukan senang weh… bukan senang… Sebab itu, aku sangat respect pada cikgu2 di luar sana. Dengan sistem pelajarannya, dengan kerenah ibu bapa zaman sekarang. Sumbangan aku ni sangatlah kecil… aku join volunteer ni masa cuti ni je… tu pon baru nak start… macam mana dengan student yg join TFTN, Kelas Rakyat, dll tu? Mesti lagi hebat cabarannya, dengan study lg…

– Bukan Cikgu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit