Bukan Tomboy

Assalamualaikum. Harap admin siarkan konfesi utk sharekan kpd kalian semua. Perkenalkan aku seorang gadis berasal dari utara tanah air. Aku speaking utara naih.

Baca tajuk dan hampa mungkin tak boleh agak apa yg aku nk ceqita. Aku perempuan. Aku kasar . Aku tak ramai member perempuan . Aku tak ubah mcm lelaki. Hahaha. Boleh bayang tak? Gaya aku mmg mcm 100% lelaki. Jantina aku still perempuan. Hehe.

Kenapa jadi mcm tu? Tak payah ceqita sbb kalau aku ceqita 2 hari 1 malam pun tadak ending. For sure aku malu jadi perempuan. Aku segan nak pakai baju ketat-ketat ikut bentuk badan. Eiuu bukan aku lah weh. Aku dibesarkan dgn abg2 aku. So baju aku mmg bekas-bekas abg aku. Aku suka dgn gaya aku. Gaya bebas aku , jeans lusuh, baju gelebeh ( baju besar). Membe laki aku pun semua terima aku seadanya. Aku tak suka jadi perempuan. Lecey sbb kena bersiap, tempek bedak, shadow shadow apa jadah taktau, lipstik bagai. Aku tak suka. Rimas tali pusat aku tau.

Tapi… Kalau dah perempuan tu tetap perempuan kan? Mak aku dh start tegor cara aku berpakaian. Aku ni sensitif tau, lembut sgt hati aku. Hikss. Aku berubah slow slow. Tapi baju aku still curik curik pakai yg abg aku punya sbb apa? Sbb baju perempuan nowadays kecik nakmatey.. Ada lah jgk aku beli baju perempuan yg lain yg labuh labuh tapi nampak pelik bila aku pakai. Sokay penghijrahan perlu slow slow kan? Aku dh start pakai tudung. Even senget benget tapi aku comel. Gaya aku yg dulu mcm tomboy dh hilang sikit sikit.

Now aku dh 100% jadi muslimah sejati berkat doa mak abh abg2 aku. Dh tawu pasal brg2 make up , nama2 tudung dan byk lagi. Perubahan aku taklah drastik cuma aku jenis terbuka terima teguran. Fitrah perempuan mmg hatinya lembut selembut kain sutera. Point aku dkt sini, aku kesal tgok girls yg pakai ketat2, nak tayang dkt sapa? Habaq mai? Tak cukup duit ke nak beli baju besaq sikit? Aku ckp jujur dulu mmg aku takde duit sbbtu aku rembat baju abg aku + aku tak suka fashion org perempuan. Tapi Allah tu Maha Pengasih kan? Alhamdulilah aku dh jadi perempuan. Doakan aku supaya terus istiqomah eh. Aku mintak maaf kalau ada typo or terkasar bahasa. Mintak maaf jugaklah kalau tajuk tak sesuai biasalah aku bkn penulis yg berbakat setakat A+ Bahasa Melayu SPM je. Hehehe.

– Hakak Sado

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit