Buli Mak

Assalamualaikum.

Firstly aku nak ucap terima kasih jika kisah ni disiarkan. Aku just nak respond kisah ‘Mak Kau, Babysitter kau’.

Kalau Elin tu ‘membuli’ mak dia, kisah aku pula pasal membuli makcik untuk jaga anak diaorg.

Kisahnya tentang keluarga sebelah suami aku. Makcik suami aku ni tak berkahwin. Dah tua dah, dekat umur 60 tahun pun ada. Yelah, agaknya tak berkahwin kot badan diaorg boleh tahan cergas lagi. Kalau berkahwin, beranak pinak macam aku ni..umur dah 60 tahun maybe ada ‘rosak’ sana sini kot..hahaha.

Makcik suami aku ni memang menjaga rumah tua. Keluarga belah suami aku ni, nak kata kedekut.. agaknya memang tahap kedekut pahit kot. Sebab rumah tua ni ditanggung perbelanjaan oleh pakcik suami aku yang boleh tahan kayanya. Daripada bil-bil (bil elektrik saje mencecah RM1000.. astro full channel aircond setiap bilik, peti sejuk 4 biji), peti sejuk 4 biji tu sentiasa penuh stok makanan sebab pekerja pakcik suami aku datang hantar. Diaorg beli gak rumah sendiri tapi tetap duduk kat rumah tua tu.

Itu satu hal lah.. anak-anak diaorg memang daripada lahir sampai besar panjang memang diasuh oleh makcik suami aku ni. Makcik suami aku tu siap mandi, suap makan, tidokan lepas tu lincah memasak pula.. sambil tu mengemas rumah pula. Aku tengok sampai tak sempat nak mandi dan solat dah orang tua tu.

Dah tu banyak pula songehnya anak-anak dia orang ni. Tak suka makan lauk itu, ini.. tak boleh panas, tak boleh nak bintat sikit pun. Dah pula makcik (tahap nenek lah dengan anak dia orang ni) spoilt kan diaorang pula. Siap dilepuk orang tua tu kalau tak dapat tgk TV channel diaorang, menjerit-jerit lah.. Aku pula yg geram aje tgk perangai anak diaorang ni.

Dah habis keje bukan terus balik. Pergi tgk movie dulu laki bini. Nnt pukul 9 malam baru sampai rumah, anak pun kekdg tu dah tido. Tu pun makcik suami aku takut budak-budak ni terjaga, dia biar je budak-budak tu tido dengan dia.

Bab makan, pakaian pun sama.. Siap kalau makcik lambat masak, diaorang boleh tanya ‘mama (gelaran untuk makcik suami aku) masak apa hari ni?’.. agak-agak kalau makcik suami aku lambat je masak, diaorang keluar pegi beli makanan sendiri. Kekdg tu orang tua tu dah penat-penat masak, sekali tgk diaorg dah siap-siap nak keluar pulak. Pakaian memang makcik aku yang tolong basuh, sidai, lipat.. dah siap lipat letak dlm bilik diaorg. Diaorg tinggal iron je nak pergi keje. Spender laki pun makcik suami yang hang, ooii… kalau aku, sumpah aku malu..

Takdirnya anak aku mengalami masalah kesihatan. Aku pun tinggal di rumah sendiri. Mak aku dah tua, tinggal jauh daripada aku. Tawakal aje aku hantar anak aku ke taska. Takde pilihan lain sebab time tu aku baru berpindah ke daerah ini, tak kenal orang dan tak tahu bakal pengasuh boleh menjaga anak aku yang special case ni. Siap lah keluarga suami aku ni mengumpat (aku terdengar time lalu nak ke bilik) mak aku cakap tak nak jaga cucu yang special condition ni. Aku pun siap ‘dimarahnya’ sebab percaya sangat pada orang. Perghhhh… mendidih aje aku dengar. Nasib baik laki aku tenangkan aku.

Korang duduk satu sen pun tak bayar dalam rumah tu, sesen pun tak bayar keringat makcik suami aku jaga anak korang (pernah 1 ketika makcik suami jaga 7 orang kanak-kanak daripada umur baby 2 bulan hingga 7 tahun). Makcik suami aku pula punya lah baik hati tak nak amik sesen pun sebab pada dia, sedut darah daging sendiri.. Aku pula anak special condition, duduk jauh daripada family aku dan suami, suami pula selalu keje outstation. Memang senang cite, aku seorang lah jaga anak.. lepas tu cakap aku percaya sangat orang yang nak mengasuh anak aku.. Mmg mcm siot lah..

Aku cakap kat suami, sambil bila lah diaorang tu nak menyusahkan makcik suami aku tu.. Dahlah anak-anak diaorg tu bukan mahram makcik (anak-anak diaorg mengikut nasab si ayah berbanding anak-anak lelaki aku yang jadi mahram diaorang). Dah umur 60 an tahun pun masih tak sempat nak solat dan beribadah sebab sibuk jaga anak-anak orang lain. Aku bukan nak jadi tuhan tolong hitung amal ibadah orang lain tapi jadi kesian kot kat makcik aku tu.

Makcik aku tu punya tak nak sedut darah daging sendiri tapi aku rasa anak-anak sedara dia lagi lah sedut darah daging dia kalau macam ni gayanya.. harap diaorang tu sedarlah diri sikit. Dah cukup tua kot orang tua tu. Dulu dia jaga korang, dah tu jaga anak korang pula.. sikit hari lagi kalau kahwin si kakak tu, beranak pula dia..entah-entah jaga cicit pulak orang tua tu.

Korang kalau dah berkahwin, beranak nanti.. tak payah lah pakai alasan tak percaya orang lain mengasuh anak korang padahal korang sekadar nak jimat duit hantar ke taska atau pengasuh , lagi teruk kalau menghambakan mak ayah korang..

– Puan S

– Puan S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit