Cantik VS Tak Cantik

Kau pernah nampak kan perempuan pakai seksi, baju ketat, tudung atas dada? Then next few minutes kau nampak perempuan pakai tudung labuh, baju longgar, ayu je. Aku sokong dorang pakai longgar, Islam kan suruh perempuan cover diri dorang sebab dorang berharga.

But aku pernah la nampak satu video ni, ‘makwe cun vs makwe tak cun’, in other words, perempuan cantik versus tak cantik la. Jangan tanya camne aku boleh tengok video tu, aku pun taktau. First scene, dia tunjuk ‘awek cun’ dulu. Baju dan seluar ketat, pakai makeup tebal, tudung tak fully tutup dada. Then dia tunjuk perempuan tu selfie dengan laki. Laki berebut nak selfie dengan dia. Kejap perempuan tu selfie dengan laki kanan, then laki kiri, dorang berebut nak selfie.

Then dia tunjuk ‘awek tak cun’, pakai baju kurung, tak makeup tebal. Laki taknak selfie dengan dia. Dorang halau perempuan tu bila dia nak selfie dengan dorang. Instead, dorang suruh perempuan tu ambik gambar dorang instead of three of them together macam yg scene ‘awek cun’ tu.

Then, the next scene. Still the same ‘makwe cun’, and she wanted to go somewhere yg orang takleh masuk (pak guard tu control la tempat tu). Pak guard tanya buat apa dia nak masuk, perempuan tu sengih then duk gosok-gosok tangan/badan kat pak guard tu. Macam kucing. Dia buat muka cute. Jujur aku cakap, gedik jugak la. Laki tu tergoda maybe, terus dia bagi ‘awek cun’ tu masuk. Pastu dia tunjuk ‘awek tak cun’, another one this time, dia pakai baju kurung, tak makeup tebal, bertudung labuh. Cantik bagi aku. Pemakaian ikut Islam. Takde la menonjol mata bagi aku. Tapi pak guard tak bagi dia masuk. Perempuan tu kena marah.

Nampak apa yg aku nak sampaikan?

Perempuan cun – pakai seksi, baju ketat, tudung singkat, makeup tebal.

Perempuan tak cun – baju kurung, tudung labuh, makeup tak tebal.

Wow! Aku tak tahu pemikiran Malaysians camni eh? Apa salah perempuan ‘tak cun’ tu? Dia tutup aurat, dia jaga maruah dia, dia jaga hak suami dia. Tapi kenapa dia dicop sebab ‘tak cun’? Kalau kau salah sorang laki yg fikir camtu, seriously brother, aku tak setuju dengan kau. Fine, let’s say, kau kahwin dengan ‘makwe cun’ tu. Apa yg kau tengok after kau jadi suami, sama dgn apa yg orang tengok sebelum kau jadi suami. So apa yg specialnya? Bila dia merajuk ngan kau, buat cute dengan kau, apa yg kau nampak sebagai suami tu orang lain dah nampak sebagai ajnabi. So brother, kau tak rasa hak kau jadi suami tu kurang special?

Aku bagi contoh, Ali dengan Abu main game. Abu main game sampai level 5, tapi Ali dah sampai level 100, yg tak pernah orang main. Kiranya Ali ni laki first lah yg main level 100. Mesti Ali rasa special kan? Sebab dia dapat main game level 100, dia tahu apa yg jadi kat level tu, and dia sorang je tau. Tapi Abu tak rasa special pun, sebab dah berjuta orang main game level 5. Senang je main game sampai level 5 tu. Dah berjuta orang tau apa yg jadi kat level 5. Dia tak rasa bangga pun.

Sama lah dengan perempuan yg pakai seksi dengan perempuan tak pakai seksi.

Mesti kau bangga kan bila kau dapat jadi suami dia, dapat tahu pasal dia yg orang lain taktau. Tapi, kau mesti tak rasa bangga sangat bila kau dapat jadi suami kepada wanita yg tunjuk apa yg dia ‘ada’ kat orang yg dia tak kenal. Tak rasa special. Sebab apa yg dimiliki kau, orang lain dah tengok. Aku taktau contoh aku ni masuk akal ker tak, but anggap je la benda tu logik.

Aku rasa Malaysia ni negara Islam. Aku rasa ramai jugak umat Islam kat Malaysia ni. Tapi apasal korang judge perempuan yg tutup aurat, yg ikut apa yg Islam suruh, yg ikut perintah Allah, korang fikir dia ni ugly? Aku sedih jugak. Salahkah dia ikut apa yg Islam mahu? Salahkah dia menjaga hak suami dia? Kau ingat senang ker nak tutup aurat? Kau ingat senang ker perempuan nak ignore nafsu dia nak pakai makeup, pakai baju cantik, just untuk jaga aurat dia? Kau ingat senang ker perempuan kena caci, kena cop bajet alim, just sebab dia pakai tudung labuh? Kau ingat senang? Fikir, brother.

Oh, and to sisters too, cover your aurah. You’re important, you’re special. Take note, please :)

– Nik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit