Cara Kenal Skim Cepat Kaya/MLM

Assalamualaikum

Sempena hari Jumaat yang mulia ni aku nak kongsi cara untuk mengenal skim cepat kaya atau MLM memandangkan ia semakin menular dikalangan pelajar.

Tunjuk kereta mewah/duit berkepuk2.
*Geng2 diorang biasanya akan letak gambar kereta mewah atau duit berkepuk ni dekat iklan atau tunjuk masa jumpa. Jangan percaya la wei. Bukan duit diorang pun.

Guna title Datuk/Uztaz.
*Haa, biasanya pengasas dan leader yang top akan guna title. Geng² diorang akan mention la yang skim diorang ni diasaskan oleh Datuk/Uztaz. So ramai la tertipu bila tengok title yang power2 ni.

Anak syarikat/ kerjasama dengan syarikat yang gah.
*Ni pun antara taktik skim MLM. Konon nya anak syarikat kepada organisasi luar negara ataupun bekerjasama dengan syarikat besar XXX. Tapi semua tu drama je. Takdr kaitan pun.

Mengatakan bahawa skim mereka adalah ‘real business’
*MLMers akan claim bahawa apa yang diorang buat ni adalah bisnes sebenar. Bagi aku ni adalah satu penghinaan terhadap golongan bisnes yang betul2 buat bisnes.

Skim/bisnes ni tak payah cari orang.
*Bila korang nampak/dengar je ayat kat atas ni kemungkinan benda tu ialah skim cepat kaya adalah 110%. Masa tengah nak suruh kau masuk memang la tak payah cari orang. Kau masuk je skim baru kau nampak kebenaran yang pahit.

Pulangan keuntungan tinggi/tetap
*Fikir ikut logik la. Kalau labur 5k boleh dpt pulangan 10k dalam setahun tu kira tak logik. Selain tu pulangan pelaburan tetap dikira RIBA dalam islam.

Janji manissss
*Kalau korang perhati skim cepat kaya ni janji semua manis. ‘Sertai kami, anda akan kaya serta merta’. Pffftt. Diorang suka jual impian dekat bakal2 mangsa.

Sentimen agama dan bangsa digunakan
*Biasanya kalau ada orang yg cuba bongkar skim haram, geng diorang akan guna ayat ‘nak bantu melayu’, ‘melayu dengki nak tengak orang lain berjaya’, dan lain2. Silap2 lepas ni ada yang komen kat bawah.

Ni je la yang aku mampu fikir. Kalau korang ada extra tips boleh la kongsi2 dekat komen. Sharing is caring.

Apapun jangan korang gelap mata fikir duit. Hasil skim cepat kaya adalah haram.

Gerak dulu

– Incik Bos

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit