Cerai dan Syaitan

Assalammualaikum wbt.

Sebelum aku tulis panjang-panjang kat bawah ni, aku nak warning yang confession ni mungkin agak panjang dan bercerita tentang masalah penceraian yang ada sekarang ni. Kalau korang rase tak relevan, maka skip je la confession ni.

Banyak dah aku baca kat IIUM online ni cerita pasal masalah perkahwinan – lelaki baik, perempuan bermasalah; perempuan elok, lelaki pulak tak guna bla..bla.. Aku sebagai orang yang menguruskan masalah penceraian orang ni, satu je aku nak cakap, syaitan tu kerja die adalah untuk menghasut supaya robohlah sebuah masjid yang dibina dengan ikatan yang sah. Kahwin ni kan, kalau ikut hadith Rasulullah SAW, ibarat dah menyempurnakan separuh dari iman, sebab tu la lagi syaitan tak suka. Lagi-lagi dengan ikatan perkahwinan ni akan lahir generasi penyambung dakwah Rasulullah, makin la syaitan benci. Dibisikkan dalam telinga lelaki dan perempuan, ada je kurangnya isteri tu, ade je silap si suami, walhal waktu belum sah jadi suami isteri, orang tu lah yang paling baik di mata lelaki/ perempuan tersebut.

Ramai yang datang untuk permohonan cerai ni, kadang-kadang alasan tak masuk akal. Bab domestic violence lain cerita la, sebab kes tu memang selalunya akan dapat priority untuk bercerai. Tapi tu pun buat aku geram jugak sebab bila dah elok-elok buatkan proses permohonan fasakh, nanti client datang suruh tarik balik permohonan sebab hubungan dengan suami elok balik. Puan-puan sekalian, kalau anda pernah dipukul sampai lebam-lebam semua, that is a cue for you to move away from the marriage. Tak payah risau kata nabi tak mengaku umat kalau isteri mintak cerai bagai atau bergegar arasy la kalau isteri mintak cerai ke ape, takde pun hadith macam tu. Bercerai pun ade fasa harus, makruh, wajib dan haram jugak. Bila anda dan anak-anak dah didera, tak kira la physical or mental dan dengan meneruskan perkahwinan tu akan menyakiti kesihatan physical dan mental anda, wajib la anda tinggalkan je suami tersebut. Tak payah bagi peluang ketiga dan keempat dah, lagi-lagi habitual offender ni. Sila kesiankan diri anda dan anak-anak dari kesiankan pasangan yang menyakiti anda tu. Kalau betul nak bagi peluang, suruh suami gi rujuk pakar psikiatri dulu, sebab mungkin die ada masalah mental yang memerlukan rawatan. Ni serious tau, bukan saje-saje nak sarcastic. Eh, banyak plak ulasan aku pasal kes domestic abuse ni. Padahal nak ulas pasal benda lain.

Ok, berbalik kepada point aku yang utama, pasal masalah penceraian yang disebabkan oleh ketidaksempurnaan pasangan dan sikap toleransi yang rendah pada ketidaksempurnaan tersebut. Kenapa kalau orang lain buat, suami atau isteri takde la rase sakit hati melampau, tapi bila pasangan sendiri yang buat, melampau-lampau sakit hati sampai rasa nak bercerai? Sebab syaitan la tu. Ade je yang tak kena. Tambah pulak, mengadu kat channel yang salah. Mengadu kat kawan-kawan atau orang yang berat sebelah, yang cuma dengar cerita si pengadu, pastu terus jatuh hukum pasangan si Polan ni bersalah dan bagi nasihat pada pengadu – “mohon bercerai/ kahwin lain”. Si pengadu pulak, bila bercerita, ibarat diri die la pasangan yang paling soleh, takde cacat celanya bagi pihak dia. Maka tercipta la satu formula penceraian; syaitan + nafsu + hakim tak bertauliah aka orang penghasut = bercerai.
Aku selalu baca kat fb, prosedur nak bercerai ni menyusahkan orang la, menganiaya la dan sebagainya. Tau tak, ingat senang-senang ke nak bagi cerai? Bayangkan orang yang bagi cerai ni ibarat meruntuhkan masjid, takkan la senang-senang je nak robohkan benda yang elok di mata Allah? Sebab tu la ade certain states yang require kalau nak bercerai, pasangan kena melalui proses kaunseling, sebab kadang-kadang orang yang nak bercerai ni saling tak berkomunikasi antara satu sama lain.

Aku bagi contoh kalau suami curang/ cari perempuan lain. Suami tak puas hati cara isteri layan dia di rumah, tapi die tak bagitau kat wife die pasal benda tu. Kalau die bagitau pun, kadang-kadang wife ego, takleh terima. Maka tercetuslah pergaduhan kat situ. Syaitan dan nafsu pulak bisik pada suami, cari je perempuan lain, sebab ‘halal’ je untuk suami kahwin lain. Padahal, poligami tu dibenarkan atas sebab nak membela nasib perempuan dan anak-anak yatim, bukan untuk memuaskan nafsu lelaki semata-mata. Malas nak kupas pasal isu poligami ni sebab ibarat macam gaduhkan pasal ‘hen and egg – which came first’; takkan ade kesudahannye. Isteri pulak tak boleh terima bila suami ada perempuan lain, lalu diserang suami tanpa menilai kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Banyak sebenarnya kes-kes yang kalau korang kat tempat aku, rase serba-salah nak proseskan permohonan cerai tersebut. Kahwin sebab nafsu, cerai pun sebab nafsu jugak. Dan tak jugak dinafikan, ade kes-kes yang akan buatkan korang rase takut nak kahwin sebab kes penderaan yang ekstrem. Tapi, harus diingatkan, sekiranya ada orang yang datang mengadu pada anda tentang masalah rumah tangga mereka, sila lapangkan dada dan jangan terus menghukum pasangan pengadu tersebut. Jangan ambil alih tugas syaitan untuk menghasut orang bercerai senang-senang. Faham je kalau kite rasa kesian pada kawan/adik beradik kita tu, tapi jadik la pendengar yang bijak; jangan diajar benda yang bukan-bukan. Akhir kata, sebaik-baik pendengar tu adalah Allah SWT. Pendengar masalah anda atau pembaca kat IIUM confession ni selalunya akan menilai dari satu sudut je, maka wujudlah cadangan supaya anda bercerai. Mintak supaya Allah bagi petunjuk pada anda dan seandainya penceraian tu lebih mendatangkan keuntungan pada kedua-dua belah pihak; maka sila jangan ragu-ragu atau takut untuk dicop ‘janda’ ke duda ke ape. Sekiranya ada yang tak berpuas hati dengan ape yang aku luahkan ni, sila datang tempat aku kerja untuk experience sendiri proses permohonan cerai yang ada ni. Macam nak nangis banyaknye kes cerai ni! Huuu~

– Qanun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit