Cyber Bully

As salam dan hi semua pembaca.

Saya nak meluahkan apa yang saya nampak berlaku di media sosial hari ini.
Kita semua tahu, kalau nama yang unik atau apa-apa yang sedikit kelainan terutamanya bahagian nama seseorang yang unik akan selalu disensasikan di page-page yang suka viral dan komen dari followernya, masyaAllah. Sedih.

Keunikan tersebut, menjadi punca untuk orang upload di media sosial. Ada orang upload dengan status yang positif dan ada yang negatif. Orang tidak akan ada masalah biasanya dengan yang positif. Bila yang negatif ni akan jadi satu masalah di mana bermulanya ‘cyber bully’. Kita tak sedar, mungkin kita juga pernah melakukannya.

Sepanjang penglibatan dalam dunia sosial ni, apa yang saya perhatikan, kalau keunikan itu diupload dengan niat negatif (untuk membahan) memang ramai yang akan share keunikan tersebut dan bermulalah sesi cyber bullying, bashing, hentam menghentam dan fikir kita sahaja yang betul. Tapi, bila perkara tersebut tidak betul/hanyalah salah faham, tiada pula perkataan maaf yang ada di status-status mereka untuk diviralkan.

Contoh yang paling senang dan sensasi, adalah nama seseorang. Bila nama seseorang itu unik dan lain sikit, ramai yang mula menghentam. Ada yang mengutuk, menghina, membodohkan, mengeji, mengata, mengumpat mak ayah tersebut serta komen dengan penuh amarah kata akan menyusahkan pelbagai pihak seperti tok kadi, pak bilal, penggali kubur, kerani, pakcik guard, cikgu dan sebagainya. Tak lupa juga yang secara tidak sedar telah mendoakan kematian untuk penama tersebut(nanti susah nak talkin bila dah mati, susah nak tulis nama kat batu nisan). Begitu gahnya menaip komen sehingga kita terlupa bahawa kita telah menjadi seorang ‘cyber bully’. Saya tidak pasti adakah masyarakat kita tahu bahawa ‘cyber bully’ ini meninggalkan kesan kepada banyak pihak? Anak-anak, ibu bapa, serta keluarga terdekat akan merasai kesan ‘cyber bully’ terutamanya mental dan emosi mereka.

Mungkin ada setengah dari kita akan kata, “ala, sekadar nama sahaja. Apa yang perlu dimalukan? Bukannya orang kenal muka pun!” Ya, betul tu. Tapi, adakah kita tahu akan mental mereka? Adakah kita tahu akan perasaan mereka? Komen anda adalah tanggungjawab anda. ‘Cyber bully’ ini boleh menyebabkan orang bunuh diri kerana tertekan dengan kritikan yang melampau seperti orang tiada agama/adab. Google sahajalah ‘cyber bully cases’ dan akan ada artikel mengenainya.

Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada Al-Quran dan Hadis, kita telah diajar dengan pelbagai cara untuk menegur seseorang. Jika mahu menegur seseorang secara terbuka, perlu ada adabnya. Kenapa masih lagi komen seperti orang tidak berpegang kepada agama? Pada pendapat saya tanpa merujuk kepada ustaz/ustazah bertauliah, komen yang buruk adalah berdosa. Kalau kita komen negatif sehingga mendorong seseorang itu membunuh diri, kita juga dikira berdosa besar kerana komen-komen negatif kita mendorong insan tersebut untuk membunuh atau mencederakan diri mereka (kalau salah sila tegur).

Mungkin ada kata, “nak guna sosial media kenalah hati kering. Pergi masuk gua lah kalau hati tak kering!” Tak semua orang memiliki hati yang kental dan jitu lebih-lebih lagi terhadap seseorang yang tidak dikenali dan tiba-tiba komen negatif kepada kita.

Penutup untuk ceritera yang tidak seberapa ini, kalau nak tegur di media sosial, tolonglah beradab. Jangan sampai jadi ‘cyber bully’. Kalau nak tegur, silalah cari empunya post asal/sesiapa betul2 mengetahuinya. Mungkin hari ini hari dia kena ‘cyber bully’. Esok lusa, kita tidak tahu adakah kita bakal menjadi mangsa ‘cyber bully’ seterusnya.

Terima kasih.

-Helios-

– Helios

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit