Dahagakan Perhatian

assalamualaikum and hai buat pembaca iium confession. semoga di bwh rahmatnya dan dikurniakan kesihatan yang baik ya semua. in shaa Allah.

terima kasih admin jika confession ini dpt disiarkan.

20 dan seorang mahasiswi seni bina.

aku seorang anak sulung drpd 3 beradik. bila org dgr seni bina pasti korang tau kan kesibukkan budak archi ni. siang entah ke mana malam pun entah ke mana. boleh dikatakan lifeless dan work under pressure. bkn mksud aku nak ckp course aku je yang busy. jgn salah faham tau :)

semoga apa yang aku cuba smpaikan mendapat perhatian drpd ibu bapa di luar sana mengenai ank2 mereka.

hidup aku kat u ni selalu je busy even weekend pun masa hanya dihabiskan untk siapkan project je. boleh kira brp kali keluar melepak setiap kali weekend.

aku mudah stress bila buat keje tapi stress aku ni jenis chill je. spnjg ak belajar kat sini mak ayh aku tak pernah call aku nak tanya mcm mana belajar ? okay tak stress ke tak makan ape harini macam mana belajar . tak pernah tau tanya aku. serius aku jeles dengan rumet aku yang selalu sembang psl family diorg. ibu diorg call tanya mcm mane blajar , makan ape harini. byk mana masalah aku ade pun aku takde sape nak luahkan.rumet aku lah tmpt aku luahkan. tunggu diorang call jauh sekali. tak pernah tau. aku prnh ws ibu aku yang aku stress tu pun aku dapat bluetick. kalau aku call diorang pun mesti tak smpai 15 minit. kawan aku punya sembang dengan mak dia pergh sejam tak cukup korang tau tak.
aku tak tau nak rasa sedih ke ape. lain orang stress, lain cara nak handle stress. ade kwan aku sorang ni , bila stress mesti nak tindik telinga. dah takde tmpt kosong aku tgk telinga dia haa. ade jugk yg stress ambik bnda yang bukan2. minta dijauhkan. kalau kat rumah pun , aku lebih suka duduk dalam bilik layan k-drama , movie ke apa sampai aku tak kesah pun duduk terperap dalam bilik. keluar bila nak makan lepas tu masuk bilik. parents aku selalu fikir yang aku tidur je memanjang memandangkan mnggu first mmg aku qada tidur lps balek drpd uni. aku harap apa yang aku lalui tak terjadi kat adik2 aku sebab aku tak nak diorang rasa apa yang aku rasa. sakit tau tak.

buat ibu bapa kat luar sana , apa yg sy cuba smpaikan ialah beri lah perhatian kerana bkn pada umur 1,2 hingga tingkatan 5 je yang perlukan perhatian. jangan fikir bila dah masuk uni pandai2 lah hidup sebab besar dah boleh fikir sendiri. kami yang berumur 20 pun masih perlukan perhatian dan kasih sayang anda.

– dandellion

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit