Darah Daging

Assalamualaikum, saya Ell. Harap sangat confession saya akan tersiar dan diambil iktibar sepenuhnya oleh masyarakat diluar sana. Ianya penting, sangat penting!

Dah menjadi trend anak muda sekarang, hipster lah raver lah dan segala mak nenek yang pelik-pelik. Kadang tak boleh nak digest semua benda ni. Yelah, kita dulu selekeh ya amat. Kids nowadays umur belasan dah pandai dress up. Thats not main point actually.

Sedih, yes sedih sangat. Tempat tinggal saya ni takdelah bandar manapun. Ceruk kampung dipinggir bandar gitu. Bukan sedih sebab duduk kampung, tapi sedih sebab anak muda masa kini. Kedai makan yang empunya nya ISLAM punya berlambak, yang dipilihnya? Cafe hipsterrrr kononnya yang sah-sah jual arak dan mostly customer memang non-muslim. Allahuakbar, dik oh dik. Akak tak kisah kau nak pakai shawl terlilit leher sekalipun, tersembul anak rambut konon dan yang lelaki pakai short pant atas lutut. Sebab korang kan sukaaaaa gaya hipsterrrrr masa kini. Tapi bab makan yang akan jadi darah daging kau tu dik, janganlah kau buat main.

Fikir logik dik, rajin sangat ke pekerja restoran tu nak asing “pinggan/mangkuk/kuali/cawan/belanga ni untuk non-muslim, yang ni untuk muslim” ..ada masa ke dik? Akak taktau la kalau restoran lain rajin buat cemtu, alhamdulillah lah..tapi cafe-cafe hipster yang akak dok perati selama ni, tak rajin pun..akak berani cakaplah sebab akak pergi balik kerja lalu situ kot..and dapur dia jenis open sikit, terang tang tang hangpa yg lalu tu nampak botol minuman yang memabukkan tu..signboard pun dah siap letak jenama botol tu..tapi akak nengok korang rileks je teguk ayoooor kat situ..punya berlambaklah kedai lain, hipster punya pasal korang main bedal aje..

Hey mengkome, tak pernah terlintas ke terdetik ke kat hati tu? Sedangkan ada keraguan sikit, dikira syubhah tau..makanan minuman yang kita makan ni dik, jadi darah daging kita dik..kalau sumber haram dah sebati dalam diri kita dik, nauzubillah syaitan-syaitan lagi suka dik..akak sedih sangat ni, sebab benda dah terang lagi nyata depan mata hangpa..

Jangan butakan mata, jangan butakan hati kerana ikut trend dik..ingat dik, dunia akhir zaman la ni..darah daging tu dik, darah yang akan mengalir dalam diri kita..

Niat takkan pernah menghalalkan benda yang terang lagi bersuluh adalah haram, jangan dikejar trend. Kejarlah akhirat tu dik.

Sekian , kak Ell yang kecewa

– Ell

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit