Dari Mana Datangnya Burung Tu?

assalamualaikum..
okay kisah yang aku nak cerita ni act tak seram pun. cuma aku nak mintak pandangan korang jelah.

kejadian ni berlaku dalam 8 tahun lepas masa aku form1. aku bersekolah kat sebuah sekolah budak2 pandai kat kuantan ni. aku tak pandai pun. cuma berbekalkan result upsr aku dapat sekolah tu. setahun je aku sekolah situ. aku bukan tak suka sekolah tu, cuma aku tak boleh fokus time belajar. yang duduk asrama tahu lah macamana keadaan bila terpaksa tahan mengantuk dalam kelas hahaha!

ok back to story. biasalah kalau dah nama pun asrama ada lah kisah seram nya kan. aku duduk dorm paling hujung dekat dengan tandas. katil double dacker and kitorang as junior kena ambik katil atas. dalam dorm aku seingat aku ada lah dalam 20 orang cemtu.

so dalam dorm aku sorang budak ni selalu sangat histeria. tak kira kat asrama tak kira kat sekolah even dalam surau pun dia boleh kena. budak dorm sebelah pun ada jugak sorang kena histeria. so bila dua2 kena akak2 senior temukan dorang kat dorm sebelah sebabnya sorang dirasuk oleh ibu sorang lagi anak.

bila dah macamtu kami ramai2 baca yasin then dengar salah sorang dari dua orang tu jerit ‘ibu tolong, sakit’ ha lebih kurang macamtu lah. tapi suara dia seriously macam budak umur 4 tahun. aku tak ingat sangat sebab aku tak tengok situasi tu camana cuma dengar akak2 senior dorm cerita je. then malam tu kami tidur ramai2 berhimpit. lepastu banyak lagilah kejadian pelik2 dia tu. kitorang berkawan je dengan dia macam biasa sebab alhamdulillah mak aku dah ajar aku cara nak berlindung dari makhluk halus ni.

ok ni point yang aku nak cerita sebenarnya. ada satu hari tu lepas makan malam dalam pukul 6.45 kitorang semua balik dorm nak ambik telekung nak pi surau. aku jalan dengan kawan aku yang selalu histeria tu. aku namakan dia rin lah. makin lama rin ni jalan makin depan makin laju. then semua orang dah naik dorm. dia boleh straight je sampai hujung bangunan then pergi belakang asrama dekat ampaian kain.

aku tak gelabah sebab aku dah perasan dia berubah masa makan tadi. so aku ni tak berani sangat aku suruh akak2 senior tengok dia kat belakang tu. akak2 senior tangkap dia tepat azan magrib then dia pun menjerit. kalini anak plak yang masuk dalam badan dia. akak2 senior pujuk dia pi surau then tolong dia amek wuduk, pakaikan telekung. mula2 dia takmau, suara budak2 sangat dia kata dia nak mak. akak senior form4 ni dia pandai sikit bab2 camni. so dia pujuk la ‘budak’ tu solat sama. pujuk punya pujuk dia angguk then solat sama dengan kami.

dia tak menjerit or lari. dia solat sama ngan kami, tapi sepanjang solat dia menangis. kami tak hiraukan pun. masa solat tu, dia pakai telekung semua lengkap. habis solat kami baca yasin. dia pun sama cuma dia tak baca. dia menangis jee sepanjang baca yasin. so ada gap antara magrib dengan isyak tu aku dengan dua orang kawan aku, ina ngan ilah lepak kat depan hostel ada kerusi batu depan tu. aku duduk mengadap bangunan form1 n form2..

kawan aku yang ina ni dia bukak mulut, ‘weh, rin pakai telekung tak tadi’ aku cakap ‘pakai, tapi mesti kau perasan dia macam tak pakai telekung kan’ dia macam terkejut. aku perasan benda sama jugak cuma malas nak tegur. kitorang jemaah belakang dia, sepanjang jemaah aku nampak dia punya kain baju kurung je. tak nampak kain telekung. habis solat tu aku tengok elok je lengkap dia pakai. so kitorang diam jelah.

taklama lepastu, aku nampak sekor burung besar ya amat sangat atas bumbung bangunan form1 n form2 tu. sangat2 besar warna hitam. dia terbang slow je lintas bangunan tu menghala ke bangunan asrama puteri. aku dah macam terkedu. aku pejam celik mata aku sebab aku ingat mimpi. biasalah budak2 lagi masatu. tak pasal aku tanya kawan aku si ina tu, ‘weh kau nampak tak burung tu besar gila’
aku siap tunjuk lagi dengan jari aku. ina macam tercari2 sebab dia tak nampak langsung burung sebesar alam tu. aku tanya kawan aku si ilah ni plak. jawapan dia ‘oh sorry, ilah rabun memang tak nampak’ aduhh sebesar separuh bangunan tu korang taknampak?

habis je aku tunjuk kat kawan2 aku burung tu uturn balik taktahu kemana. sampai burung tu hilang dari pandangan mata aku kawan2 aku tak nampak anugerah terindah tu. malam tu masa prep aku cerita lah kat kawan2 aku pasal benda tu. dorang boleh gelakkan aku weh. sedih gila kot! tapi aku tak tipu sumpah aku nampak. then benda tu berakhir kat situ je. sebulan lepastu, kawan aku yang paling over gelakkan aku dia cerita dekat aku. masa nak balik hostel, dia pandang belakang dia nampak burung yang aku cerita tu ikut kereta dia dari belakang. haa kan aku dah cakap. tapi dia kata macam dia sorang je perasan burung tu wujud then hilang macamtu je.

aku tak ingat aku cerita ke tak benda ni kat family aku. tapi yang pasti benda ni macam berakhir kat situ je. bila dah besar aku teringat cerita tu aku sendiri search pasal burung tu. tapi aku tak penah jumpa lagi burung tu even kat google sekalipun. habistu yang aku nampak tu apa? tapi aku bersyukur lepas kejadian tu takde la benda2 pelik jadi kat aku. alhamdulillah hijab aku masih tertutup. tapi yang aku tertanya sampai harini dari mana datang burung tu? dia duduk kat mana? terlepas dari zoo ke? guys yang pernah alami kejadian macam aku or korang tahu ke pasal benda2 ni sila lah inform kat ruangan komen. aku nak tahu sangat..

– iq

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit