Dendam Yang Sweet II

Dendam Yang Sweet II

Aku jarang menulis sebenarnya, memang bukan bidang aku pun. Tak sangka pulak korang semua cool dan sempoi nak mati. Ok kali ni aku cuma nak clear up pasal ramai yg menggeletis gelabah nak tau pasal apa jadi dgn 30 balang kuih dan muih sila nikmati kawan tu kan? Hahaha. Yg aku pun bengap taknak habiskan cerita, ya lah dah spesis malas mcm aku ni ingat suka sangat nak buat part 1,2,3? Hehehe. Dan ada sedikit benda serious jugak yg aku nak highlight (ni bukan bajet rakan surau takpun ajk persatuan mahasiswa islam).

(Baca Part I: http://www.iiumc.com/dendam-yang-sweet/)

Ok! Baca sambil makan cekodok k? Kali ni tak ada pengiraan angka2 yg rumit, just kita kira balang2 kuih ja, aku taknak korang pening mcm part 1. Haha.

Setelah aku selesai cakap pasal declaration hutang2 tersebut. Kak Bun terus diam, masa tu pun aku dah atas motor nak gerak balik, dia masih kat pintu pagar. Dengan baju kelawar warna putih dah mcm pontianak obes aku tengok (bayangkan Kak Bun ni pontianak, mesti terbang pun rendah ja, dah buntal sgt, pastu tak rasa seram langsung, rasa nak penyepak lagi ada la). Ok dah dah.. Aku pun sampai di rumah dan terus packing2 barang nak balik kampung sebab tiket bas aku pukul 11:30 malam, masa tu takda kereta lagi (tarawih pun lebur la malam tu). Kawan2 serumah ada yg dah tarawih kat kampung dah. Jadi aku pun call bonda tercinta, tanya pasal persiapan semua, kuih dan muih wajik dan dodol jangan dilupakan peninggalan nenek dah ada ka belum. Macam tulah aku tanya mak aku, dan dia pun boleh tahan balas sambil menyanyi jugak. Mak aku cakap along dan angah dah beli semua. Campur dengan anak2 murid ayah aku sedekah punya la banyak (ayah aku ni imam merangkap guru Quran kat kampung aku), bukan kuih ja, kain pelikat segala kain orang sedekah, dah macam pasar jalan tar dah jadinya.

Jadi, aku masih di dalam rumah keseorangan, mengerut dahi sambil duk garu2 dagu. Apa aku nak buat dgn kuih 30 balang ni? Banyak woi. Mak aku pesan jangan beli banyak2. Aku pun bukak la satu balang, mmmmmm sedap. Apa nama tah kuih ni, yg ala2 kuih org kaya. Rasa dia tak ubah macam sample yg aku rasa. Tapi sambil mengunyah tu dalam hati “nasib hang la Kak Bun”. Aku pun tinggalkan sebalang atas peti ais (utk dijamah sambil tgk EPL lepas raya nanti), hahaha. Tanpa berlengah, dalam masa yg sama jugak aku terus gerak ke LRT station, lalu menuju ke puduraya. Ada lagi sejam lebih untuk aku bertolak ke kampung halaman menaiki bas.

Dari situ aku dapat idea, ada 30 balang, 10 untuk mak (of course la, dia ni awek aku dunia akhirat), lagi 20 balang aku sedekah ja kat sapa2 (eh, 19 la. Hahaha). Duit? RM1000? Kena fitnah sampai jadi budak stor? Sabar, teruskan membaca.

Masa on the way nak ke puduraya tu aku bagi beberapa balang kat makcik mintak sedekah, aunty jual buah, makcik toilet, akak2 yg naik train sekali, adik2 student, awek sebelah seat pun aku bagi (walaupun dia bajet lawa). Makcik mulut murai yg jaga kaunter tiket bas pun dpt sebalang. Sampai la driver bas pun aku bagi 2,3 balang. Siap kitorang sahur sama2 dgn kuih mahal tersebut. Thanks Kak Bun! Kalau akak baca. Di tahap ini, saya dah tak perlukan pun RM1000 tu, redha saya mengatasi segala, dicampur dgn perasaan puas! (gelak jahat). Gila kalau aku jual balik pun sapa nak beli kuih mahal2 ni? Cukupla aku gantikan dgn sebuah pengajaran yg tak ternilai utk Kak Bun yg dicintai. Walaupun akak dah amik duit sy RM1000, lepas tu akak fitnah sy sampai hampir2 nak kena buang kerja dan gaji sy dah jadi separuh daripada gaji technician, kena tendang ke HQ pulak dua kali ganda jauh. Takpa lah, Allah ada. Biarla aku beraya dgn baju tahun lepas. Janji dapat tengok muka mak (even aku dah janji nak belikan baju raya bagi mak ayah, sayangnya misi gagal). Budak stor beb, gaji alahai.

Keesokannya (2 hari sebelum raya) aku pun dah ada di kampung halaman. Nak dijadikan cerita, ini terang-terangan kuasa Allah. Bulan puasa pulak tu. Aku dapat call dari seorang uncle cina, yg aku kenal masa di rumah kawan aku, dia kawan kpd bapak kawan aku. Uncle ni orang bisnes, pernah kitorang borak2 dan dia pernah tanya aku study mana, bidang apa semua. Dia ni seorang taukeh cina yg sangat2 baik hati. Walaupun aku duk bahan2 pelat cina dia, tapi dia memang cool. Borak punya borak dalam phone tu, dia bagi aku job design & printing. Total up semua keuntungan aku RM4000, siap bankin terus, bincang lepas raya katanya. Mak aih! Masa tu aku terduduk, termenung, ter arghhhh taktau nak cakap apa. Aku pun cekau siap2 la duit untung, just tinggal part modal ja. Beraya sakan aku tahun tu, bagi mak aku RM3000, aku enjoy RM1000 (banyak RM4000 tu utk fresh grad mcm aku). Part ni masih buat aku termenung kalau fikir balik, kuasa rezeki ni jangan main2. Apa yg aku buat cuma sabar dan chill ja, siap bagi kuih yg sedap kat entah sapa2 aku tak kenal. Last2 aku dapat ketul lebih dari tu, alahai. Aku punya seronok time tu macam nak call Kak Bun bagitau dan send gambar pegang duit tersengih macam kutu2 MLM duk buat tu. Hahahaha.

Setelah aidilfitri pun melabuhkan tirainya, dipendekkan cerita aku pulang ke kota utk menjalani rutin harian macam biasa. Kisah kuih muih aku ni mendapat liputan hangat dikalangan staf2 bank di situ. Macam2 versi aku dengar, unplugged, keroncong, dangdut, metal pun ada. Cuma yg takda versi theater musical ja (mungkin event company sibuk dgn open house raya kot). Aku pun terfikir ni mesti Kak Bun yg bukak pekung dia sendiri, aku buat cool ja lah. Ya lah, lagipun aku dah kena tendang jauh ke HQ, tak tau sangat perkembangan. Informer2 aku bagitau konon dia cakap budak printer pencuri tu dah kencing dia, order kuih banyak2 tapi tak bayar (ya memang aku tak bayar pun! hahahaha). Dia tak tau semua staf kat situ baik gila dgn aku. Diorang tau aku macam mana. Siap jadi informer rasmi aku. Walaupun ada yg tak suka sebab aku suka bahan diorang. Haaaa kes kecurian tu pulak dah settle, ada warga asing yg duk pi gagau ketoi staf kat situ (gagau tu curi la, ketoi tu duit). Boss aku pulak offer suruh sambung contract utk jadi trainner budak2 technician, tapi aku dapat better offer dari itu, so aku belah dan tolak secara profesional.

Dipendekkan cerita lagi, Kak Bun pulak dah jadi semakin pendiam dan kurang bercampur dgn staf2 yg lain (dengar cerita nak resign dan buat bisnes, harap2 customer dia tak macam aku la. Hahahaha). Wallahu alam. Mungkin dia malu dgn sikap dia yg dulu, aniaya sesama officemate sampai kena buang kerja, ramai yg sakit hati dgn dia sebenarnya. Aku pun dah malas nak amik tau, yg aku tau bisnes laki dia lingkup, keta baru kena tarik (waja pintu lain2 color tu aku taktau. Hahaha). Bagusla tu. Dah jatuh miskin baru nak fikir berubah la, hidayah la, keinsafan la hapa, abby adabi la, zul yah…opppss! Cuma aku berdoa agar dia terus berubah, dan dimurahkan rezeki dia sekeluarga. Dan aku harap takda lagi mangsa2 yg tersepit mcm yg aku kena ni. Amin ya Allah mudah-mudahan. Lagipun aku revenge takda la teruk sangat pun. Cuma kesian la jugak fikir balik dia duk bergelumang dgn tepung sambil duk kira untung last2 budak printer kencing depan2 muka. Hahaha. Kirim salam abang ya kak. Aircond tu jgn pasang selalu sangat, bill api mahal! Hehehe.

Huh! Sekarang aku nak refresh balik, semua kisah2 yg aku cerita ni berlaku 6 tahun lepas. Waktu tu aku baru nak menapak di alam pekerjaan. Aku ni laki la (belum 30). Ada pulak minah tu cakap aku young woman. Hehehe. Mungkin aku tak mention kot, maaf. Sekarang dah tak kerja kat stor gelap menakutkan tu lagi dah. Aku dah jadi creative director utk sebuah syarikat IT antarabangsa, di KL. Background aku ialah multimedia, art & design (ni bukan masuk lif angkat bakul sendiri bajet bagus malaikat persatuan belia warisan desa pertanian adalah perniagaan). Ya lah kerja budak printer / stor dulu tu pun dah lari bidang, tapi aku cool ja hadap. Mula2 nak menapak kan? Biasalah, jangan memilih sangat kerja ni. Pesanan utk adik2 student, ni lah exam sebenar ko dik, the real life. Apa yg korang hadap sekarang ni semua berlaku di dalam pagar kolej ja. Ingat! Belajar tu ilmu, kerja tu rezeki. Jangan percaya sgt mitos yg bidang itu bidang ini susah nak dapat kerja. Rezeki Allah bagi, bukan interviewer bagi. Korang pejam mata, habiskan ja. Dan sehingga sekarang jugak aku kekalkan nilai2 yg baik utk staf di bawah aku (walaupun mulut aku hanat). Makcik cleaner pun selalu breakfast dgn aku, bangla parking lagi la, siap ajak balik dhaka lepak sana. Yg pasti, budak printer kt office aku sekarang lah yg paling bahagia. Aku dah mcm abang kandung diorang. Hahaha.

Korang semua kawan2 aku yg sangat2 cool dan sempoi gila aku nak ingatkan kat sini, bab hutang ni banyak tertulis di dalam “buku besar” kita, selak ja chapter Al-Baqarah. Superhero-superhero kita pun banyak bawak hadis pasal hutang ni (Bukhari & Muslim). Nak nafi apa lagi? Hutang tetap hutang, kalau mati pun kita boleh tuntut hutang tu dari waris si mati(mengikut terma dan syarat laaa. Kang hidup balik arwah tu). Itu bab hutang, bab hasad dengki sesama manusia ni lagi la panjang kalau nak cerita, apa yg aku boleh huraikan, jadilah seorang yg cool dan sempoi. Dari situlah benda-benda hasad dengki negatif semuanya susah nak bersarang dalam perut pedai kita ni. Aku ni bukan la ahli rakan surau taman sentosa pun. Cuma nak ingatkan utk diri aku sendiri dan utk kawan2 aku yg cool semua ni. Kepada yg kat atas tu, ingat semua ni Allah yg bagi, dan Allah jugak yg boleh tarik balik. Allah tu sapa? Pak menakan hang? Tak……
Insya Allah kita jumpa lagi. Berbuat baiklah sesama kita. Jaga restu mak ayah.

Sekian.

– Budak Printer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments