Dengarlah Teguran Anak-anak

Assalamualaikum readers. Thank you admin if confession saya di approve.

Saya dah lama tak baca IIUMC ni semenjak busy dengan final exam. Bila saya bukak je, nampak post pasal ibu dikulikan, ibu dihambakan, dan nampak comments readers lain pasal mak ayah dah pesan tanak jaga anak.

Saya berumur 23 tahun dan sedang menyambung Masters. Dulu student UIA, sekarang ni tak lagi. Saya berkahwin awal semasa masih second year degree. Semuanya indah2 belaka sehinggalah saat saya hamil dan beranak.

Suami saya tegas inginkan saya terus sambung Masters walaupun dah ada anak sebab saya muda lagi. Habis je degree, saya terus beranak, and alhamdulillah, saya terus berjaya mendapat tempat utk Masters.

Saya sentiasa utarakan pada suami, macam mana dgn anak bila saya study nanti? Mak saya jauh nun di timur, so memang not a chance lah nak hantar sana walaupun mak saya dgn sudi rela hati nak jaga cucu sulung sementara saya study, tp saya dgn suami yg berat hati sebab jauh sangat nak hantar. So suami cakap, takpe, mak dia ada. Masa tu saya masih duduk bersama mentua, so bila suami sendiri cakap camtu, saya rasa lega sikit. Sehinggalah, selepas saya melahirkan anak.

Seperti biasa, masa pantang, ramai sanak saudara yg datang nak tengok baby kan. Masa tu, mak saya pun datang jaga saya pantang. Walaupun mak mentua saya cakap nak jaga, tapi mak saya takut saya tak terjaga, so mak saya datang dan menumpang rumah mentua sebab nak jaga saya pantang. Which is, nasib baik jugak. Sebab mak saya memang jaga dari hujung rambut sampai hujung kaki. Bila dah minggu kedua mak saya balik, mentua saya jaga saya acuh tak acuh. Masa tu kawan2 mentua datang dan tanya, lepas mak saya balik, mentua saya pulak ambik alih jaga saya. Mentua saya terus jawab, eh dah dua minggu, sihat dah tu nak jaga diri sendiri. Terus mak saya rasa down, ingatkan anak dia akan dijaga dgn baik, tapi awal2 lagi dia dah dengar macam tu.

Masa sanak saudara pulak datang, bila ada makcik yg tanya saya nak kerja ke apa ke, terus suami jawab dia nak saya study. Makcik tu pulak tanya, siapa nak jaga baby, suami saya cakap, mak saya jauh, so mak suami yg paling dekat nak jaga. Terus mak suami saya cakap depan org ramai dia takkan jaga anak saya. Muka suami saya terus berubah, sebab antonasi mak mentua saya cakap tu a bit mengejutkan semua yg ada kat situ.

Selepas tu, saya terus cakap dengan suami, tak apa, kalau mak tanak jaga, kita cari pengasuh lain. Walaupun hati saya takut dengan pengasuh yg tak kenal, takut dengan taska yg mcm2 jadi, tapi utk sedapkan hati suami, saya cakap camtu.

Then saya nekad, kalau mentua tanak jaga, okay. Biar saya jaga ikut cara saya, bukan cara mentua. Saya dgn suami pun dah terasa dengan cara mentua saya macam tu. Sebelum anak saya lahir lagi, saya dah nekad, saya tanak biasakan anak saya asyik berdukung aje. Sebab saya dah banyak pengalaman jaga budak masa lepas SPM, and kawan saya sendiri menangis, bila pengasuh anak dia suruh dia datang ambik anak dia, sebab pengasuh dia tak tahan anak dia asyik nak berdukung aje. Kalau letak menangis. Tapi apakan daya, duduk rumah mentua, mentua rules kan.

From day 1, saya dah sediakan anak saya swing nuna tu utk dia baring tengah2 ruang tamu, takde la duduk dalam baby cot dalam bilik je kan. Tapi, mentua saya cakap dia too small nak letak atas tu. Lepas tu asyik bawak anak saya masuk dalam bilik dia, bila anak saya berak, terus dia cakap busuk, dia tanak pegang. Bagi kat saya cuci, then dia ambik balik. Saya yg dalam pantang nak bond dgn anak saya pun takde masa. Sampai saya menangis sorang2 dalam bilik, sampai saya tak bercakap dengan suami. Saya ada tegur, jangan lah asyik pegang dia je, nanti dia asyik nak kena dukung sampai besar, saya yg susah (sebab kami nak pindah lepas habis pantang), pengasuh yg susah. Tapi diorang buat tak peduli je. Lagilah menangis saya sebab bagi diorang semua benda tu kecik.

Sampailah saya tak tahan, suami saya hantar saya balik kat rumah mak saya. Alhamdulillah, anak saya dah tak berapa kena pegang, mak saya pun tegur mula2, kenapa masa baru balik rumah mak saya tu, anak saya asyik menangis je bila letak, mak saya terus cakap, ni mesti selalu kena dukung ni. Macam mana nak buat kerja nanti kalau asyik nak berdukung. Sedih bila dengar mak saya sendiri cakap camtu. Bukan saya yang nak dia macam tu mak, dah duduk rumah mentua, ikut dia punya rules lah. Hmmm.

Bila saya dah habis pantang 100 hari, saya balik rumah mentua pulak. Masa tu, sekali lagi, diorang semua asyik dukung dia je. Tapi tu lah, anak saya ni, macam tau2 je atok dia tanak jaga dia, so bila saya takde, dia menangis bila diorg bawak dia masuk dalam bilik, bila saya keluar tak sampai 15 minit pun dia menangis bagai nak rak. Bagaikan dia tau, atok dia tanak jaga, dia pun tanak dengan atok dia. Part diorang asyik dukung dia tu, bukan saya takde tegur, saya tegur, last2 saya jugak yg sakit hati. Bila saya sakit hati, sy buat mcm mana? Saya ajak suami saya keluar, anak saya tinggalkan. Lepas tu bila saya balik je, terus mentua saya complaint, anak saya asyik berdukung, tanak duduk langsung. Then terus saya dgn nada sinis cakap, dah tiap2 hari kena dukung memang la dia macam tu. Macam tu rasa bila dia dengan pengasuh dia. Kesian pengasuh dia nanti. Terus mentua saya diam.

Sebulan je masuk rumah mentua, saya paksa suami keluar rumah. Masa tu saya mengandung balik, anak saya pulak masa tu asyik nak berdukung and tido pun nak kat tangan je. Anak saya pada asalnya, jenis boleh tido sendiri. Letak je atas katil dah boleh tido sendiri. Tapi penangan mentua saya, suka sangat tidokan anak saya kat tangan, sampai anak saya dah biasa. Dah lah nak tidokan anak saya tu siap kena henjut2 lagi badan tu, lama2 saya bleeding dan keguguran. Bila dah gugur dan dalam pantang, memang tak la saya nak tidokan anak saya camtu kan. Harapkan mentua nak jaga anak saya time saya pantang? No way. Nak jaga anak saya at least saya boleh pantang betul2? No way. Last, saya nangis cakap kat suami, saya tak pernah biasakan anak saya camni. Ni semua mak dia yg ajar, tapi bagi alasan, tanak jaga anak saya, sebab anak sy susah nak dijaga. Dah dia sendiri yg ajar macam2, sampai sy sendiri susah nak jaga. Suami saya belikan buai, so senang sikitlah saya. Tapi saya pantang mcm tak pantang. Mintak izin suami nak balik berpantang dgn mak saya, mentua saya cakap tak payah, sebab dah sihat. Sihat ape nya ummiiii, kalau dah tangan saya rasa sakit2, dalam pantang pun kena uruskan anak. Tapi saya berkeras nak balik rumah mak saya. Mentua saya tanak saya balik sebab dia tanak jauh dengan cucu dia.

sekarang ni saya pun dah nak masuk 2 tahun dah. Mentua saya cakap anak saya susah asyik nak berbuai aje, kalau takde buai, dia tak boleh tido. Terus mentua saya cakap anak2 dia dulu tido tak pakai buai pun. Saya pun memang tanak dia pakai buai. Kalau saya nak biasakan dia pakai buai, dah lama saya beli masa dalam pantang lagi. Tapi saya beli bila saya dah terdesak. Mentua saya sekarang salahkan saya pulak sebab asyik dukung anak je dulu masa kecik2. Ya Allah, tahan jelah perasaan ni.

So saya nak ingatkan kepada ibu2 bapa2 ipar duai kat luar sana, kalau taknak jaga cucu, its okay. Tapi jangan lah ajar benda2 yg parents budak tu sendiri tanak. Malu okay asyik tukar pengasuh 2,3 kali dengan alasan “maaf dik, akak tak mampu jaga anak adik. Dia asyik nak berdukung aje, tanak diletak, akak pun ada banyak kerja lain.” Siap bila pergi jumpa nurse KK, “ohhh suka dukung ye anak awak ni. Susah la awak nak buat kerja kat rumah macam ni”. Tak pun jumpa kawan, “eh kenapa anak kau suka dukung eh? Ni mesti kau selalu sangat pegang dia masa dia kecik2 dulu sampai terbiasa bila dah besar” Hati ibu mana tak meronta2 bila dengar org cakap camtu. Itu tak termasuk lagi bab asyik nak menyuap makanan dalam mulut anak saya masa dia belum boleh makan.

Dah hampir 2 tahun, tapi semua benda yg jadi tu saya ingat sampai sekarang. Saya pulak tak ready nak pregnant balik, sebab takut benda yg sama jadi. Nanti diorang layan benda yg sama pada baby baru, meroyan la saya kalau camtu. Pendek kata, bila tak kulikan ibu bapa, ibu bapa pulak besar kepala. Kalau nak cerita semua, memang panjang la confession saya ni.

Sekian.

– Sofya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit