Dia Mak Ayah Kedua

Assalamualaikum , nie nak cerita sikit pasal nenek . Aku pelik dekat cucu yang macam takde feel nak jumpa nenek or atok diaorang . Jujur aku cakap diaorang hilang satu nikmat besar yang sedia ada depan mata sendiri . Bukan bagi aku sorang lah kebanyakkan orang akui apa yang aku rasa nie iaitu nenek , atok nie ibarat mak ayah kita juga but for me atok nenek nie lebih special cause first , dia akan bela kita , dia akan buatkan kita selesa dengan dia but yang penting kau kena selami and berkenalan dengan atok nenek kau lah .

Nie tak balik kampung , salam diam duduk lepastu main phone , bebual dengan adik-beradik sendiri macam tak pernah jumpa dekat rumah tu . Lepastu bila nenek atok tak berapa rapat dengan kau , mulalah canang cakap tak boleh masuk dengan atok nenek kau belah ayah lah mak lah . Pernah ke kau selami nenek atok kau ? Pernah tanya khabar ? Balik setahun 10 kali ke ? Atau balik time raya je ? Lepas tu cakap kau tak rapat dengan atok nenek kau ? Haishhh weiii balik kampung pun boleh kira dengan jari lepastu tak geti nak duduk semeja dengan atok nenek bila balik kampung . And then Mengharapkan atok nenek kau rapat dengan kau ? Change your life please ! Aku bukan apa aku takut kau kena dengan cucu kau nanti .

12 Tahun Allah bagi pinjam nenek dekat aku , aku 4 beradik and kitaorang memang rapat sebab keluarga aku teman nenek setelah arwah atok meninggal, kau tahu apa nenek rasa ? First , nenek excited nak jumpa cucu dia sampaikan aku dan kakak aku tolong dia buat itu ini padahal dia penat sebab dia dah berumur , tapi disebabkan cucu jauh dia sanggup buat apa saja asalkan cucu dia ada depan mata ? Kau tahu tak perasaan nenek time tu ? And perasaan aku yang sentiasa dengan nenek bila tengok nenek aku buat something special but cucu yang datang tu macam tak berguna , tak ada perasaan . Aku jadi marah sumpah seranah semua sebab nenek aku penat and penat dia tak berbaloi bagi aku mungkin bagi nenek berbaloi sebab dapat jumpa cucu lain .

Dapat pulak mak ayah tak geti bertegas dengan anak , memang lemak lah kan hidup kau tu ! Asal balik kampung je cucu nenek aku duduk dalam kereta motif apa pun aku tak tahulah . Yang si maknya pulak macam budak kecik merengek nak balik alasan anak bising nak balik . Wei pakcik aku nak jumpa mak dia wei bukannya jumpa perempuan lain . Nenek aku bukan main excited wei bila pakcik aku balik (Rumah nenek rumah pangsa) but aku nampak muka nenek berubah bila hanya anak dia je naik but menantu dan cucu tak naik alasan dia sebab angah along asyik bergaduh je . Haishhhh punya excited nenek aku nak jumpa budak-budak tu , yang budak-budak tu duduk dalam kereta je . Apa nak jadi weiii . Aku dah lama perhati je perangai sepupu-sepupu aku nie .

Nenek aku tak pernah cerita excited dia kalau cucu lain balik depan kitaorang 4 beradik sebab dia akan tahu yang kitaorang macam marah , kecewa and jeles . Mana aku tak marah wei bila nenek aku excited sangat tetiba cucu tak naik yang naik bapak dia je . Mana aku tak kecewa kalau aku sendiri tengok muka nenek berubah lepas cucu dia tu buat macam tu , kalau nenek 10 kali kecewa aku 10 kali ganda kecewa sebab aku tak suka orang buat nenek kecewa even cucu dia sendiri . Wei kau kalau nak tahu nenek nie kalau harta beribu duit pun beribu ada dalam tangan dia sanggup lepaskan semata-mata untuk cucu dia tau . Dia sanggup buat apa , sampaikan aku yang tengok dia buat something tu aku sempat cakap ‘ diaorang tak payah balik pun takpe nek , nenek je penat diaorang bukanya happy duduk pun jejauh ‘ nenek diam je . Yelah nak jumpa cucu kan .

Bila satu hari ditakdirkan nenek sakit sampai koma 5 hari yang lain sibuk baru nak balik , nenek dah macam tak bernyawa memasing sanggup tunggu dekat hospital . Apa korang dapat masa nie ? Masa nenek hidup bernyawa , korang buat apa ? Tak berfungsi langsung weiiii . Aku sedih sangat . Nenek nak sangat cucu-cucu dia masa dia nampak , masa dia boleh berjalan tapi masa dah terlantar dekat hospital korang baru nak muncul , baru nak tunjuk muka , weiiii takde function weii , nenek tak nampak muka korang pun . Aku ingat lagi sebelum dia koma dia teringin nak jumpa cucu dia sorang tu but masa dia nampak , dia boleh bergerak takde pulak cucu sorang tu datang . Aku sakit hati wei , benci pun ye .

Aku anggap nenek macam mak ayah aku tau , aku rapat dengan dia , aku pernah nangis depan nenek sebab takut ayah marah padahal ayah tak marah pun dekat aku tapi takut tu menyebabkan aku cari nenek , aku takde duit jajan nenek bagi , nenek ajar aku ngaji , nenek masak apa yang aku nak makan , nenek bobok aku dengan kakak time tidur , nenek sanggup tunggu kitaorang tidur dulu baru dia tidur , semua nenek . Nenek bagi apa aku nak tapi bila cucu lain buat macam tu dekat dia aku jadi marah , benci sebab aku tahu nenek baik sangat tapi cucu dia yang lain tak pernah nak cuba rapat dengan dia , tak pernah nak bertanya khabar semua tapi nenek terlampau excited sampaikan duit raya dia nak sediakan walaupun dia tahu duit dia tak banyak dan dia mengharapkan duit dari anak-anak dia . Ini semua dia buat demi cucu dia .

Sampaikan sekarang nenek dah lama tinggalkan aku dan semua kenangan pahit manis yang dia alami dan aku tahu , aku ingat sampai sekarang . Sampai sekarang aku masih terasa seperti dia siapkan aku untuk pergi ke sekolah , dia cium aku , dia bobok aku , dia masakkan lauk kegemaran aku dan sampai sekarang juga aku teringat cucu-cucu nenek yang lain buat dekat nenek . Aku tak boleh lupa sebab aku anggap nenek mak ayah kedua aku . Sakit dia , sakitlah aku , Suka dia , sukalah aku .

Nie aku nak sarankan kepada yang ada nenek tu cubalah , cuba untuk rapat dengan dia selami hati perasaan nenek . Nenek nie dia tak kisah benda lain tapi dia kisah cucu dia . Dia sanggup buat apa je untuk cucu dia . Jujur aku cakap nikmat ada nenek nie memang paling best pernah aku rasa sebab dialah pembela , dialah pencerita dan dialah segalanya . Percaya cakap aku kalau korang rapat dengan nenek umur kau dah 30-an 40-an sekalipun kenangan dengan atok nenek kau paling tersemat didalam hati . Sampai sekarang aku tak boleh lupakan nenek . Aku bersyukur sangat-sangat Allah bagi aku kehidupan nikmatnya dengan nenek .

Kepada yang takde atok nenek tu aku paham lah sebab aku pun rasa macam mana sakitnya merindui orang yang dah tiada dan kepada yang ada , hargailah dia , nie cuti sekolah cubalah duduk seminggu ke dua minggu di kampung umtuk kenal dengan lebih rapat lagi dengan dia . Trust me ia pasti bahagia . Maaf kalau confess nie panjang sangat . Bagi aku nie berguna untuk cucu-cucu yang tak hargai atok nenek nie . Okaylah Assalamualaikum .

-Nuri-

– Nuri

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit