Dia Tetap Abah Aku

Hai,nama aku Ara aku berusia 26 tahun,aku mempunya keluarga yang sederhana,Agak bahagia tetapi abah aku seorang penagih dadah.Ya..aku anak penagih dadah.Hidup aku dari kecil selalu dihina orang,semua orang tahu abah penagih,pandang serong pada keluarga kami.Mak buka kedai makan pada mulanya memang laku sebab masakan mak sedap.tetapi lama kelamaan tiada orang datang kerana abah,kerana orang jijik makan dikedai seorang penagih dadah.

Aku pergi sekolah orang ejek aku,hina aku.kebanyakkan tidak mahu berkawan dengan aku,mungkin mereka fikir anak penagih tentunya ada HIV.Abah juga ambil daun ketum yang dijadikan air atau serbuk untuk kawal keinginannya terhadap dadah.Bila disekolah kawan-kawan satu kelas panggil aku “Ara anak man ketum” banyak kali mereka ulang ayat yang sama,walau aku menangis mereka akan tetap panggil sebegitu.
Tahukah mereka aku tidak mahu dilahirkan sebagai anak penagih dadah.

Abah tetap abah aku,dia tetap darah daging aku,Berapa kali abah masuk pusat serenti dan tetap sama bila dia sudah keluar.Mak sampai sakit memikirkan abah,tetapi walau abah aku seperti itu,dia tidak pernah abaikan tanggungjawab dia.Kalau duit gaji abah Rm2000 dia akan ambil rm50 sahaja yang selebihnya semua diberi kepada mak.
Kadang-kadang hati ingin sekali beritahu abah tentang apa yang berlaku disekolah,tetapi mulut tetap tertutup rapat kerana ingin menjaga hati abah,mungkin ada sebab kenapa abah jadi sebegitu.kerana dari pandangan mata aku abah seorang yang penyayang dan baik.

Abah pergi masjid bila waktu magrib setiap malam,walau abah sebaik mana orang kampung tetap menhina kami sekeluarga.Sampai saat ini aku takut untuk berkhawin kerana status ayah aku yang mungkin membuat siapa pun tidak mahu menerimaku.Now Abah dah semakin pulih,dia mengambil ubat di klinik setiap minggu,ubat methadon.
Abah sudah tidak mengambil dadah tetapi caci maki dan sifat jijik orang sekeliling masih kami lalui.

Abah bersabarlah,Semoga abah kuat untuk berubah dan terus berubah.

– ARA

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit