Dilema Pelajar Melayu Yang Pemalu Dan Pemalas

Okay first sekali aku nak ucap thanks kat admin sebab sudi approve post ni. Sebelum apa-apa hal aku nak kenalkan diri aku dulu. Nama Exxx, lelaki and masih menuntut kat foundation uia. Aku sebenarnya dah lama follow post2 kat iiumc ni dan aku perasan takde sorang pun pernah tulis lagi pasal ni (ke ada? tak perasanlah bro). Aku terinspirasi dengan tajuk ni lepas habis khatam buku The Malay Dilemma. Btw tulisan aku ini mungkin tak sikit tak banyak akan menyentapkan hati para pembaca (kalau ada yg sudi bacalah). Saja aku letak tajuk melayu walaupun boleh je diaplikasi pemalu & pemalas tu kat bangsa lain (sebab ramai melayu je baca ni kih kih)

Aku mulakan confession ini dengan quote dari Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary :

“Sifat pemalu & pemalas ni orang melayu kena buang untuk bangsa ini lebih maju kehadapan”.

Nampak tak? Banyak je lagi sikap buruk lain yg kita kena buang tapi kenapa dia highlightkan pemalu dgn pemalas tu? Sebab sifat pemalu & pemalas nilah yang paling banyak bagi kesan kat pembangunan minda orang melayu. Okay tak payah nak citer pasal orang dewasalah (aku 20 pun tak sampai lagi ni), aku nak cerita pasal student U je kat confession ni.

Waktu dalam kelas, time lecturer explain explain & explain then tanya siapa ada soalan, haram jadah takde sorang pun nak angkat tangan beb. Acah2 macam semua dah faham, lepas tu belakang lecturer kutuk kata madam ajar tak faham, padahal kau je segan nak tanya. Segan sebab takde orang lain nak tanya selain kau? Segan sebab takut kau tertanya soalan bodoh? Takut kawan2 gelakkan kau? Dude, malu bertanya sesat jalan. Tak pernah lagi ah dalam sejarah orang bodoh jadi makin bodoh bila banyak bertanya, seriously. Kalau kat luar negara tu bila time kasi tanya soalan berebut2 beb diorang angkat tangan nak tanya.

Sedar tak sedar benda ni sebenarnya kita tak diajar dari kecil. Contoh time seekolah nak ketuk pintu bilik cikgu, bertolak2 siapa nak masuk bilik jumpa cikgu dulu, malu punya pasal. Time solat pulak bila suruh azan suruh jadi imam semua masing2 hala jari tunjuk orang lain. Nak malu apa doh azan dgn jadi imam, pleaselah. Lagi satu bila time semua buat salah, wow, takde sorang pun nak mengaku.(yg ni aku tak tahu takut ke malu, takut kot). Kalau kau tau siapa yg buat salah tu jangan segan2 nak bagitahu siapa. Berani kerana benar, takut kerana salah. Semua sifat2 malu ini ada dalam diri kau sejak kecil, sebab tu besar2 ramai antara kita jadi introvert. Introvert tu apa? Google lah nak, jangan malas…

Dan sifat pemalu ni jadi lebih leceh bila kau dah masuk Uni. Berapa ramai beb kawan2 aku projek tak siap sebab diorang group lain jantina. Yup, takde interaction among them. Assignment 3 bulan, 3 bulan tulah takde buat apa. Sebab apa? Sebab malu nak communicate dengan gender lain2. Dalam hal ni aku lebih salahkan lelaki dari perempuan sebab perempuan memang dah semulajadi sifat pemalu dia. Banyak pompuan aku jumpa cuma akan banyak cakap dengan lelaki yang dia dah biasa je. Tapi kalau lelaki pun nak kata ada sifat semulajadi pemalu tu macam, ughh, geli pulak. Nak malu apa tegur perempuan dulu, bukannya kau takde hidung.

Well memang malu tu sebahagian dari iman, tapi malu tak bertempat tu sebahagian dari diri kau.

Kita pergi ke sifat pemalas pulak. Sifat pemalas ni tak payah nak hurailah malas kat mana. Aku, kau, crush kau, lect kita semua pernah rasa malas. Student kalau kena malas ni, nak buat benda jahat pun malas, apatah lagi benda baik. Malas ini sebenarnya standard (semua orang ada), tapi malas lebih-lebih tu kau. Kita ambil contoh time study jelah eh, dari PMR, SPM, mid term, final exam semua study last minute je. Sebab malaskan nak study awal2? Tu yang bertangguh2 sampai akhir sem, lepas tu merungut assignment banyak, topic susah, lecturer tak tolong etc. Kau takut nak study awal2 sebab nanti orang panggil kau nerd Sudahnya kau join dorang study last minute. Kita pandai sama2, kita bodoh pun sama2 kan? Sedarlah sifat malas ni tak bawa apa2 dalam hidup korang kecuali kesusahan dan kepayahan.

Maybe ada orang kata, “Alah aku sejak tadika study last minute kot, aku pass je every exam”

Haah, lepas tu habis je exam kau tak ingat langsung apa yang kau dah belajar. Sebab apa? Sebab kau belajar untuk pass exam. Bukan untuk kejayaan hidup kau akan datang. Result yg kau dapat nanti hanya menunjukkan berapa fakta yg kau dah hafal, bukan berapa ilmu yg kau dah faham. :)

Apabila digabungkan dua2 sifat ni, perghh kau akan jadi graduan melayu paling tipikallah kat Malaysia ni. Dahlah pemalu nak bertegur dengan orang, pemalas pulak tu. Here’s a fact, hampir 200 ribu graduan pada tahun 2015 masih menganggur sehingga sekarang dan kebanyakkan majikan bagi alasan mereka tak amik graduan ni sebab diorang lack of communication skills and incapable of multitasking. Maksudnya bila suruh dia describe diri dia tak reti, dia ada bakat tapi tak boleh nak cakap (malulah ni). Kalau kau pun tak kenal diri kau macam mana orang lain nak kenal kau. Nak ambil kau kerja? Jauh sekalilah weh…. Bukan aku nak kata semua 200 ribu ni semua pemalu pemalas, tapi malu dan malas nilah antara faktor terbesar mereka ini payah nak dapat kerja. Faktor2 lain pulak adalah mungkin sebab terlalu memilih, muka tak cukup hensem/cantik dan tak cukup kelayakan akademik.

Akhir kata, aku menyeru menjerit memanggil semua student2 melayu kat luar sana untuk bangun, bangkitlah dari tidur dan bebaskanlah dari cengkaman sifat malu dan malas ni. Seriously ia tak bawak apa2 faedah pun kat korang. Tak perlu malu nak tanya soalan dalam kelas sebab semua orang pun sebenarnya taktau macam korang jugak. Tak perlulah takut nak start conversation dgn kaum berlainan jenis sebab at the end kau kena kawin jugak dgn dia. Tak perlu nak terikut2 dengan perangai malas kawan kau, sebab time kau susah nanti bukan dia boleh tolong pun. Berubahlah beb, agar bangsa melayu dapat melangkah lebih maju pada masa hadapan.

Aku habiskan confession ini jugak dengan quote dari Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary bila ditanya : adakah tuan rasa bangsa melayu boleh maju ke depan setanding dengan bangsa lain?

“Tiada sebab untuk bangsa melayu tak boleh maju. Cuma kita perlu usaha lebih sikit. Dan macam saya cakap tadi, sifat pemalu dan pemalas ini memang orang kita kena buang jauh2”

Thanks sebab sudi baca sampai habis :)

*confession ni tak applicable kat semua student melayu diluar sana. Kalau kau rasa kau extrovert, bukan pemalu, bukan pemalas so kau tak sepatutnya terasa dengan post ni. :)

*sedang dalam proses menjadi penulis tegar, kalau ada apa2 teguran membina pasal cara tulisan aku boleh state kat comment ty

– exil

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit