Dipuja Di Luar, Durjana Di Dalam

Hi. Nama aku Nuurien. (bukan nama sebenar). Thanks kepada admin kalau siarkan confession aku. Sekali lagi hi korang. Aku nak mintak pendapat dari korang. Aku seorang mahasiswi dari IPT tempatan. Jadi sekarang bulan dua belas. U aku dah start bercuti semester. Cuti-cuti ni apa lagi, usung beg balik ke rumah lah kan? Hee.. Rumah lah tempat paling best nak rileks2, ada ibu ada ayah. Boleh tatap. Aku ni bukan lah tak betah pisah dengan ibu ayah. Sedari sekolah menengah lagi, aku dihantar ke asrama penuh oleh ibu ayah. Demi mendapatkan pendidikan yang lebih berkualiti. Oke. Aku bukan nak bercerita mengenai sekolah aku dulu. Tapi, aku nak bercerita apa yang sedang aku hadapi sekarang. Tekanan. Ya, tekanan.

Aku seorang gadis. Anak ketiga daripada lima. Ada seorang abang, yang sudah berkahwin awal tahun ini. Dan seorang kakak yang masih further study di salah satu IPT tempatan juga. Cumanya kakak di IPTA, manakala aku di IPTS. Oke. Jadinya abang dah bekerja di luar daerah. Tinggal dan membina keluarganya sendiri di luar daerah. Kakak pula, selaku pelajar IPTA, pasti lah berada di kolej universitinya. Dek kerana sistem cuti-belajar yang diamalkan oleh sebahagian IPTS ini berbeza dengan sistem IPTA makanya, aku pulang ke rumah menemani ibu ayah, adik perempuan ku dan adik bongsu ku; seorang lelaki. Umur adik yang bongsu baru 8 tahun. Manakala yang di bawah aku ni umurnya 17, baru selesai SPM lah baru-baru ini.

Apa yang buat mood cuti aku terbang melayang dan membuatkan aku tertekan adalah sikap adik aku yang keempat ni atau senang digelar Acik. Perempuan, pemalassssss tahap baru keluar gua. Hobinya dari pagi adalah tidurrr, tidurrrrrrrr dan tidurrrrrrrrrrr. Sehinggalah matahari dah nak tenggelam. Aku buka langsir dan tingkap di biliknya. Dia akan bangun merengus dan kembali tutup. Sebab alasannya panas, tak boleh tidur. “Woi kau sedar tak sekarang nak masuk zohor dah??!!” Sikapnya yang inilah yang buatkan aku sakit hati, sakit kepala, sakit mata, sakit segala-galanya. Jangan katakan aku, ibu beleter pun dia tak bangun. Kebal! Aku kadang geram teramat. Sampai macam nak mencarut pun ada. Baju bersepah di bilik dia. Jenis tukar pakaian dalam bilik tak reti angkut baju busuk masuk dalam mesin. Selagi ibu atau aku tak kutip, selagi tu la menggunung. Dalam bilik air pulak, pad menimbun. Tak de inisiatif langsung nak kemaskan atau kumpulkan dan bakar. Kecuali ibu yang akan buat sebab ibu dah tak tahan. Dia tidur dari pagi sampai tengahari. Lepastu bangun, perkara pertama dia buat. Pegang fon. Yes! Memang celaka la handfon ni. Dia dengan tak basuh mukanya, rambut berserabai mengadap fon berjam-jam. Entah lah apa yang dilayannya pun tak tahu.

Lepastu dengan tak mandinya, gi gosok gigi terus makan. Aku yang tengah makan ni pun tak tertelan nasi. Rambut serabut, mengembang. Muka tak bersih. Datang makan. Aku sabar lagi. Masih tak mencarut lagi. Bukan apa, kalau korang la menghadap situasi macam ni, gamaknya dah berperang satu rumah. Anak dara saja. Tahu tidur, makan, main fon. Penyapu pun dia tak pernah pegang tau. Kedudukan penyapu pun aku jamin dia tak tahu. Dia TAK PERNAH keluar dari rumah hatta nak sidai baju pun. Aktiviti dia hanya berlegar dalam rumah. Selfie depan cermin. Then crop; set as profile picture whatsapp. KEPALA BANA dia! Tak pun, upload insta. Beratus kauuu komen dia. Kebanyakannya komen datang dari lelaki. “Subhanallah indahnyaa anti.” “Untungnyaaaaa siapa yang dapat anti sebagai zaujah.” Sebelum ni selalu baca, orang hot di media sosial ni kebanyakkannya pengotor! Yes! Kali ni aku hadir kan lagi satu bukti nak katakan memang betul! PENGOTOR! PEMALAS! Aku tak kata semua tapiii kebanyakkannya. EEIII AKU SEBAGAI KAKAK DIA DAH HABIS PERANG MULUT NAK SEKOLAHKAN DIA, GAGAL. JANGAN KATA AKU, IBU AKU TU. SETIAP PAGI WAJIB DENGAR SUARA DIA BERTEMPIK KEJUTKAN ADIK AKU YANG SORANG NI. TAPI MACAM AKU KATA, DIA KEBAL!

Kadang aku sedih, kenapa ibu dan abah yang baik. Yang selalu gi kuliah agama sana sini perlu dapat adik aku yang macam tu. Aku yang kadang-kadang balik cuti pun naik gila. Sanggup balik ke universiti balik weh semata-mata nak jauhkan diri dari dia. Tapi, kesian la ibu aku. Cuti ni je la, ibu dapat rehat pun. Adik aku sekolah harian. Lain daripada aku, ayong dan along. Kami bertiga dulu dihantar ke sekolah asrama. Adik aku ni pun patutnya dihantar di asrama sekolahnya. Tapi, korang bayangkan. Tengah malam, dia panjat pagar asrama nak lari balik rumah. Mau tak mau, terpaksa biarkan dia duduk di rumah. Tapi, dia duduk di rumah bukan menyenangkan ibu abah. Membebankan lagi ada la. Tegur tak larat tegur dah. Marah, mengamuk, nasihat secara lembut semua tak jalan. Marah ada ja jawapannya. Budak ni pandai menjawab. Kita marah dia. SEbakul dia mengungkit kekurangan kita. Contohnya macam, aku ni tak pandai drive kereta. So dia akan balas “Alaaa. Kau pun menyusahkan juga ibu abah. Nak pergi sana sini semua dengan ibu abah, patutnya umur dah besar. Pandai la drive sendiri. Aku tak pe la. Baru 17. Belum 18. 18 nanti pandai lah aku.” Aku kadang terdiam. Malas nak panjang-panjangkan gaduh. Sebab dia kalau gaduh, emosional terlebih. Mula la nak meleleh airmata, berdrama. Jenis bila tegur, susah nak ngaku kesalahan sendiri. So, memang kena diammmmmkann jeee. Kebal sangat sampai aku yang macam nak naik gila urus rumah yang ada makhluk cenni. Kadang, aku pernah doa. “Kau kalau tak boleh bawa manfaat pada ibu abah, aku minta Tuhan cabut je nyawa kau cepat2. Senang ibu abah. Tak tanggung biawak hidup.”

Kitorang pernah gaduh besar sebab aku tak tahan sangat dengan perangai dia. Siap sepak-terajang-tarik rambut bagai. Puncanya aku dah cukup hilang sabar dengan perangai dia. Aku bukan apa, aku kesiankan ibu. Ibu dan tua. Ibu bukan orang gaji. Sampai bila ibu masih nak menatang minyak yang penuh pada dia. Bagi aku, ibu tak bertegas dengan anak-anak. Ibu hanya nasihat di mulut, marah di mulut. Cuba ibu mengajar melalui tindakan. Kalau jam 8 dia belum celik, ambil hanger. Hayun di betisnya. Baru segar biji matanya. Kalau aku ini banyak kuasa dan tenaga untu lawan tumbuk-terajang-tarik rambut dari dia. Lama dah aku balun dia. Aku pun boleh sabar. Aku tak tahu macam mana ibu boleh bersabar dengan dia.

Sesiapa, apa perlu aku buat dengan adik aku yang ni? Aku sekarang tertekan. Tegur pun tak jalan. Tak tegur aku yang menggigil menahan marah seorang diri. Last highlight. Aku tak marah sangat tapi lebih kepada aku kesiankan ibu. Bagi anak-anak yang lain, tolonglah. Tolonglah ubah sikap “anak raja” bila ada dengan ibu. Ibu itu kunci syurga kita bukan orang gaji tak bergaji kita. Orang gaji lebih untung. Buat kerja penat, dibayar. Ibu? Macam nak patah pinggang buat kerja rumah, tapi tiada bayaran. Kesianlah ibu kita. Bagi aku, mati hidup adik aku, aku dah malas nak kisah. Aku patah hati, sakit hati dengan dia. Cantik di luar. Bukan main vogue di luar. Tapi di rumah, innalillah.

Terima kasih sebab sudi baca dan kongsi masalah ni bersama. Beribu-ribu ucapan terima kasih aku ucapkan pada yang sudi share penyelesaian. Aku dah mati kutu, jalan buntu dah. TQ.

– -mati kutu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit