Disebalik ‘Kesenangan’ Aku

Assalamualaikum,

JD a.k.a Jane Doe a.k.a rahsia haha aku perempuan tau. Okay berbalik kepada tujuan asal aku menaip confession ni, aku ada benda nak confess. Tapi kita mulakan dengan sedikit pengenalan supaya korang boleh faham confession aku.

Sekarang aku berada di tahun akhir ijazah sarjana muda, masa tahun 2, aku ditakdirkan tidak mendapat kolej kediaman sebab tak aktif berprogram. Hal berkait dengan confession aku bermula disaat aku mula duduk luar masa tahun 2. Bayangkan, tahun 2 kita baru setahun jagung, kena duduk luar. Kawasan keliling universiti sendiri pun belum habis hadam, kena duduk luar pula. Maka aku dan beberapa kawan lain yang senasib, merondalah di beberapa kawasan perumahan terdekat, itupun paling dekat sampai 7km jaraknya dengan U aku. Jauhkan?

Tambahan lagi, yang paling dekat itu sangat sangat sangat terpencil, bus rapid pun tak masuk. Nak naik bus kena jalan mengharungi kawasan pembinaan, dan hutan sebelum sampai ke tempat tunggu bus, bahaya untuk perempuan. Dalam kami ramai-ramai, aku la yang paling sikit jumlah adik beradik. Selepas je kami berjaya menemukan rumah sewa untuk kami berlapan, kami pun plan macam mana nak ke kelas, kami decide untuk ambil rumah sewa yang jauh lagi daripada yang terpencil tu atas faktor keselamatan kami. Cuma masalah yang sama timbul lagi, macam mana nak ke kelas? Hahahah sebab rumah yang ni selamat memang selamat, kawasan kejiranan ramai orang, but then, again, nak tunggu bus sampai berkilometer kena jalan. Kalau 1, 2 takpe. Lebih dari tu. Masih lagi berisiko untuk kami.

Masa berbincang, timbullah isu siapa boleh bawa kereta, kami cuma perlu 2 je kereta untuk ke kelas, sebab kami berlapan. Seorang daripada kami memang ada kereta extra dekat rumah yang dah lama tak digunakan, so ada lagi satu kereta kami perlukan sekarang sebab kami ni lain lain kos jadi tak boleh juga nak gerak sekali lapan satu kereta. Lepas mengambil kira beberapa perkara, aku decide untuk bawa kereta.

1) Sebab aku paling sikit adik beradik yang perlu mak aku tanggung. Mak setuju untuk tolong bayarkan kereta. Lagipun bagi aku, tak apalah, aku akan pakai kereta tu lama, sampai kerja. Bukan untuk jangka masa pendek.

2)Diorang ramai lebih kurang berkemampuan sebab mak ayah masih ramai tanggungan, adik beradik masih bersekolah pun ramai dan kereta extra pun tak ada.

So aku pun start la bawa kereta sejak duduk luar. Bermulalah episod bila semua orang ingat hidup aku ‘senang’ sebab aku bawa kereta ke univerisiti.

Sejak aku bawa kereta ke universiti, beberapa orang kenalan yang tak pernah kisah pasal aku, tiba-tiba muncul. Ajak keluar sana sini, minta hantarkan pergi sana sini. Sedangkan kami tak rapat, dan sebelum ni boleh je diorang sewa kereta pergi sana sini sendiri. Tapi aku tolonglah kalau situasi mereka tu kritikal. Cuma masa ni aku dapat detect lah ramai yang pernah buat buruk pasal aku pun datang cari aku nak ajak pergi sana sini semua.

Tak lupa jugak ada yang tak pernah rapat, nak pinjam kereta aku. Ada tu kenal pun tak. Padahal aku bukannya buat servis kereta sewa. Banyak lagi student buat kereta sewa, kereta aku jadi mangsa? Alasan pakai ayat “Kita kan kawan.” aik sebelum ni aku susah kau tolong aku pun tak…..buat jahat cerita pasal aku pulak tu.

Disebabkan aku banyak menolak diorang punya permintaan untuk pinjam kereta, keluarlah rumors, pasal aku ni hidup dah la senang ada kereta mak ayah bagi, tapi tak nak kasi orang pinjam. Kawan sendiri (kononnya padahal just sama lecture je) pulak tu. Keluar rumors kata “Senanglah nak pergi intern jauh jauh, ada kereta. Kami ni ha mampu minta yang dekat kampung je la” selepas diorang tahu aku apply tempat intern luar dari negeri rumah aku. Statement “Kau mana tahu hidup susah, pergi intern semua nanti kereta dah tersedia” pun turut keluar.

Peh, pedih dan sakit hati aku. Yang mereka nampak kesenangan, mereka tak tahu apa yang berlaku disebalik “kesenangan” tu. Pertama sekali, aku bayar downpayment kereta guna duit aku. Aku ulang, DOWNPAYMENT DUIT AKU. Duit tu dari akaun yang tak pernah bersentuh, dalam tu semua duit yang aku dapat sejak kecik, anugerah akademik masa sekolah, duit pakcik makcik bagi, duit raya yang mak aku memang akan ambil dulu sebelum aku sempat guna (dari kecik sampai sekarang), duit yang arwah ayah aku pernah hadiahkan setiap kali hari jadi aku, semua dalam akaun tu. Yang memang mak aku suruh jaga untuk kegunaan hari yang memerlukan. So masa peristiwa kena duduk luar tu lah aku guna duit tu untuk bayar downpayment kereta aku. Perjanjian aku dengan mak aku, aku akan sambung bayar monthly kalau intern aku dapat elaun yang cukup untuk bayar kereta tu monthly.

Diorang tak tahu pasal ni. Yang diorang nampak senangnya aku ada kereta? Diorang tak tahu aku buat bisnes online jual barang nak dapat duit belanja lebih sebab aku tak dapat biasiswa pun, aku pakai ptptn, untuk jimat, aku bisnes online jual barang cari duit poket lebih sebab aku tak nak susahkan mak aku lagi, tak nak minta duit belanja lagi sebab aku cuma ada mak aku je weh. Aku takde ayah. Itupun jual online kadang kala ada turun naik laku untung dia. Sebab sekarang ramai pesaing. Aku juga pernah jual jajan dekat kolej kediaman, nak cari duit untuk minyak kereta kalau nak balik kampung (kebiasaannya cukuplahh duit hasil jualan tu sebab rumah aku tak jauh mana pun walaupun luar dari negeri U aku so minyak tak pakai banyak mana) or duit minyak untuk keluar ke mana mana.

Kadang-kadang bila aku free tak busy tests assignments tu semua, aku keluar buat teksi untuk student. Ambil dan hantar student U ke terminal bus, atau ke bandar. Semua untuk duit belanja sendiri, kalau ada lebih kadang-kadang aku buat duit tu untuk beli keperluan aku. Penat weh part yang kerja hantar orang sana sini tu. Kadang-kadang kerja part time hujung minggu kalau rajin la, dekat hotel tolong set up dewan semua. Tapi takpelah, sebab aku dapat duit belanja juga. Untuk makan minum aku. Pernah juga la capai rm250 aku guna untuk servis kereta.

Penat lelah aku, orang tak nampak. Yang mereka tahu, datang pada aku mintak kereta. Pernah sekali aku bagi wlaupun aku tak rapat dengan orang tu sebab dia kata terdesak, emergency, tapi sebab aku busy tak dapat hantar, aku bagi pinjam kereta. Dan aku sangat kecewa bila aku dapat semula kereta aku, daripada full bar minyak 8, jadi 3 bar kalau ikut kiraan harga minyak sekarang, baki tu bersamaan rm15 je. Perasaan aku masa aku ambil semula kunci kereta tu Allah je tahu. Sedih sebab dia tak bagi duit minyak pun. Aku sudahlah tak minta duit sewa pun sebab aku nak tolong dia, tapi dia pakai minyak sebanyak tu, tak hulur semula duit minyak. Bagi dia aku mampu isi semula kot minyak tu. Hmmm.

Okay itu je aku nak cerita. Aku bukan nak menunjuk atau berlagak dengan usaha aku, tapi aku nak nyatakan betapa penatnya aku sebenarnya untuk ‘kesenangan’ yang orang nampak. Aku buat semua tu bukan nak menunjuk pun tapi untuk aku sendiri survive sehingga aku habis belajar. Sesiapa yang selalu sangka kawan dia kaya hidup senang sebab ada kereta, fikirkan semula. Jenis pinjam kereta kawan sebab tak nak sewa kereta dengan orang lain yang kena bayar sewa kereta, lepastu tak reti hulur duit minyak, fikir balik tindakan korang tu. Kami buat macam macam untuk duit belanja makan dan duit kereta kami. Silalah belajar untuk bertimbang rasa dan ada rasa empati dalam diri.

Maaf kalau sedikit emosi, tapi inilah yang terpendam bila rasa dipergunakan dan lepastu ada orang kata hidup kita senang, walhal tak pun.

– JD

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit