Doakan

Salam semua. Aku harap sangat-sangat admin sudi share post aku ni. Ni kali pertama aku tulis kat sini.

Kisahnya bermula 5 tahun lepas, masa ni aku berusia 22 tahun. Aku ada jiran, yang rumahnya betul-betul depan rumah aku. Jiran aku ni aku namakan sebagai F perempuan, sopan, bijak. Semua yang baik-baik ada pada dia.

Nak dijadikan cerita mak aku dan mak dia ni kira macam bff la, dan diorang rancang nak jodohkan kami berdua. Aku on je sebab aku dah lama berkenan dekat F ni. Bayangkan kami berjiran dari kecik lagi dan memang aku tengok F ni hari hari. Tapi sejak F meningkat dewasa aku dah jarang boleh tengok dia.

Kalau aku pergi beraya rumah dia pun memang tak dapat tengok, pemalu dia tu tahap gaban. Kadang-kadang aku pulak sakit hati. Cuma aku friend la dekat FB dia, tapi satu gambar terkini dia pun tak de. Jadi dah 5 tahun, aku tak tengok F ni depan-depan.

Lepas F ni habis matrik, mak aku masuk merisik dia. Bagi cincin je masa tu, mak dia terima tapi F senyap je. Aku bagi no telefon dia tak ws ke apa ke.

F sekarang belajar di sebuah universiti di ibu kota, u ni memang terkenal. Sedangkan aku hanya belajar diploma je. Sebab aku ni tak pandai mana pun. F ni ambil jurusan doktor, semua orang kg suka dengan dia ni sebab bakal doktor la katakan.

2016, cukup 4 tahun dari tarikh merisik F tu tiba-tiba mak F datang rumah aku. Cakap F terhilangkan cincin merisik aku bagi tu. Aku mula tu rasa nak marah sangat-sangat. Aku dah nampak F ni tak serius, aku je yang terhegeh dekat dia. Tapi mak aku pujuk cakap rilex la dia tak sengaja kot.

Jadi aku minta dengan mak dia, nanti tahun 2017 *dah masuk pun, aku nak terus kahwin dengan F. F tolak,sebab dia tak habis lagi belajar. Ok fine, aku dengar cakap dia. Dengan syarat, tolong la bagi peluang aku jumpa dia face to face.

Awal Januari baru-baru ni aku datang KL dari pantai timur semata-mata nak jumpa F. Bayangkan macam mana excitednya aku, dah lama gila aku tak jumpa ,sembang dengan dia.

Bila aku jumpa dia, serious aku tak cam muka dia lain sangat. Dulu dia berisi sikit sekarang muka dia macam kurus, tapi ada 1 benda yang aku cam dia. Dia ada parut atas kening. Ni sebab jatuh basikal masa umur 10 tahun.

Banyak benda yang kami bincangkan, tapi F ni pemalu, cakap sikit senyap,cakap sikit senyap. Aku tanya dia boleh tak kalau kita kahwin tahun ni. Dia jawap bagi dia 2 minggu nanti dia fikirkan.

Lepas 2 minggu tu, buat kali pertama F ws aku*sebelum ni dia ws mak aku je. Dia minta aku datang ke hospital. Aku ingatkan nak dating ke apa. Rupa-rupanya F bawak aku jumpa doktor yang rawat dia. Dia sakit, ya allah. Masa ni ada mak dia dan mak aku sekali. Doktor tu explain dari A sampai Z tentang penyakit F ni.

Balik tu aku bingung, aku jadi sedih sangat-sangat. Rupa-rupanya F ni dah lama sakit, tapi family dia je yang tahu. Dan selama ni dia tak layan aku sebab dia tak nak aku berharap pada dia.

Dan selama ni jugak aku dah salah sangka dekat F ni,aku ingat dia ni sombong, mentang-mentang belajar doktor, tak pandang budak diploma macam aku ni. Ya allah aku salah. Maafkan aku F.

Esok 17/1/2017, F akan menjalani pembedahan pertama dia. Masa aku tulis ni, aku baru je lepas melawat dia. Siang tadi kami lakukan solat hajat untuk dia. Korang yang baca ni, mohon doakan F kuat dan selamat jalani pembedahan ni.
Dan F dipanjang umur, dan jodoh kami berdua kuat.

– Anas

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit