First Impression

Salam. Saya berumur 23 tahun, sedang menuntut di salah satu ipta di selangor. Saya tak lah baik sangat, tak lemah lembut sopan ayu semua tu takdd langsung haha. Tapi insyaAllah, dalam proses memperbaiki diri. Baru berjinak-jinak dengan stokin, stongan (sarung tangan), dengan tudung 55′, kadang 50′.

Macam ni, sepanjang saya belajar diploma, saya ada perasan seorang pelajar perempuan ni. Dia sangat riang, suka bergelak ketawa dengan kawan-kawan dia. Biasalah tu. Pakaian dia, hurm ketat sana-sini. Kalau dia berjalan kat luar kelas ke, memana lah, mesti ada budak laki tegur dia. Pelik juga, macam mana ramai orang boleh kenal dia. Perangai dia ni, 100% berlawanan dengan perangai saya. Saya pendiam, pemalu, kalau nak bercakap dengan orang yang tak familiar, saya akan gagap (walaupun masa presentation saya ok je). So, saya memang elak jauh-jauh dengan orang macam ni. Takdelah benci ke apa, just taknak mendekatkan diri, nanti rimas. Haha.

Tapi dia ni, saya takde lah nak kisah sangat pasal dia. Masa tu, kalau nampak dia dengan geng, saya jauhkan diri je, sebab bising. Takde lah nak cakap “perempuan gedik datangg” dalam hati ke apa. Next, masa grad diploma. Giliran dia, kalau tak silap saya, 4 di depan saya. Dia datang lewat, lepas tu masa dia datang sempat lagi dia ajak budak laki depan saya berswafoto(selfie?), laki tu tak nak sebab staf tengah pandang-pandang, tapi dia tetap juga nak selfie dah tu dia pegang tangan laki tu tarik laki tu keluar barisan untuk selfie. Kitorang yang jadi ‘saksi kejadian’ tu terkejut lah. Beb! Dia pegang tangan koott, tanjat tite. Masa tu lah, mula ada pandangan buruk sikit haha. Eh, dia pegang tangan laki macam tu je, like wow! Tapi sebab dah grad dah so saya fikir ‘yay! Lepas ni tak jumpa dah, takyah fikir pasal dia pegang tangan laki ke apa dah.’

Ditakdirkan tuhan, saya sambung degree ditempat saya sekarang. Masa tu tengah mengemas barang dekat bilik kolej, ada orang bagi salam nak masuk bilik. Ohh roommate saya kot. Betapa terkejutnya saya tengok dia yang buka pintu hukhuk, dia pun terkejut tengok saya dan dengan excitednya dia datang peluk saya. Terkedu juga masa tu. Masa tu terfikir “sejak bila kita dalam hubungan yang akan gembira sampai nak memeluk kalau jumpa?” Haha jahatkan?

Masa dia datang tu, dalam pukul 6 ptg. Dia datang dengan freehair dan pakai t-shirt tidur je. Rumah dia dekat, agaknya tunggu ayah dia balik kerja, baru datang masuk kolej. Tapi peliknya, sepanjang diploma rasanya saya tak pernah tengok dia freehair. Macam-macam saya fikir. Antaranya, mungkin dia pakai tudung dekat uni je(?), mungkin dlm perjalanan dia tidur je dlm kereta, pastu ayah dia hantar sampai pintu depan blok, pastu dia keluar kereta sambil berlari-lari (?), mungkin dia berubah(?). Mungkin. Entah. Saya buat keputusan untuk layan je dia macam dulu. Buat tak kesah, jauhkan diri dari perhatian orang ramai. Tapi masalahnya, tanggapan saya pada dia dah berubah. Lagi2 bila nampak dia freehair masa masuk kolej haritu, tapi keluar pegi kelas ke apa pakai tudung. Takdelah sampai anggap dia jahat buruk ke apa, just ‘not as practicing as i do?’. Haaa kiranya anggap diri ni lebih lah dari dia. Lebih warak sikit hah gitu ayat senangnya.

Lama-kelamaan lepas dua bulan duduk sebilik. Saya insaf! Kenapa? Sebab saya perasan yang dia ni, bila masuk waktu solat, habis je azan, dia terus pakai telekung. Tu maknanya dia, sebelum masuk waktu lagi, dia dah get ready untuk solat. Solat dia pun lagi lama dari saya haha. Tak kelam kabut. Lepas tu, walaupun dia ni jenis bising, dia tak kacau orang. Bising dia tu, bising kosong je lah dengan geng dia. Bukannya bising mengata mencerca mengumpat orang ke apa. Alah biasanya, geng yang senyap ni lah yang kuat mengata. Diam kat depan, kat belakang haa macam guruh(sapa setuju angkat tangan!). Tapi dia ni, depan kita ke belakang kita ke, bising je selalu. Celah mana nak mengumpatnya haha. Lepas tu yang saya perasan, dia sangat rapat dengan ibu bapanya, rajin tolong ibunya kalau ibu sakit tak dapat hantar adik ke sekolah. Dia lah ulang alik dari rumah-sekolah-uni berminggu-minggu tanpa mengeluh pun. Bukan senang tu. Humm. Insaf saya lepas kenal dengan dia! Saya mampu doakan je mana yang baik untuk dia. Moga dia berubah lebih baik dan tak lupa, saya yang patut berubah. Insaf sikit boleh? Rasa diri lebih konon! Pft

Saya mengaku lah, salah saya juga menilai orang dari perjumpaan pertama dan dari segi luaran sahaja. Tapi jangan ingat first impression tak penting, nak pi interview jangan bising-bising nah, tang tu jugak fail nanti hehe.

– Silkygirl

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit