Give Up

Give Up

Assalammualaikum semua .

First of all thank you untuk admin sebab sudi publish confession aku ni .
Tajuk pun dah macam ayat ayat yang selalu motivator bagi waktu program kem bina semangat .
aku dah mati idea nak letak tajuk menarik . ahh lantaklah kan , orang putih kata ‘don’t judge a book by its cover kan ?’ so untuk confession aku ni ‘ don’t judge a story by its tittle’ haaa gitu kau .
ni bukan puchline ok, so tak perlu nak kecam hakak kata ‘ kau buat lawak ke ?’ ok , dah masuk point. Caution, entry ni panjang jugakla tapi insyaallah bermanfaat .

Masa lepas je aku berjaya habiskan diploma aku , memang pergh satu kelegaan . Alhamdulillah berjaya jugak habiskan.
Time tu membe aku semua kecoh nak cari kerja , aku boleh relax je selamba macam takde benda berlaku sebab aku dah target
after diploma , aku nak continue study untuk degree pulak . so , aku apply UPU jela senang .
Tapi disebabkan time tu aku macam sengal ubi main main ingat macam ok senang je nak dapat degree, so aku apply tanpa hantar
dokumen macam ic , result dan lain-lain yang pihak UPU nak , patot aku pelik kenapa semua orang macam huru hara balik rumah sebab nak settlekan dokumen untuk UPU tapi aku boleh diam macam takde benda berlaku .

Dalam proses nak tunggu result UPU tu , aku berdoa la moga adalah rezeki aku nak sambung degree sebab aku memang tak rasa langsung nak melangkah alam pekerjaan . Tapi , kita mampu merancang je tuhan yang tentukan . Ditakdirkan adalah sorang membe aku ni dia mcam menyedarkan aku la untuk bekerja dahulu . Aku macam tersedar tang ayat dia kata ‘Nurul, kalau ikutkan aku pun nak sambung belajar tapi aku taknak susahkan mak ayah aku. Aku nak sambung belajar guna duit aku sendiri . kita kerja byar duit pinjaman belajar dulu’ . something like that laa dia cakap tapi point dia , dia nak bukak minda aku laa suruh berfikir , adik beradik aku ni ramai , dah laa meminjam lepastu sambung degree kena meminjam lagi . Sekarang kerja bukan senang nak dapat , tapi rezeki siapa nak sangka kan ? then, aku slow talk dengan ayah aku and dia bagi green light . So , i make a move.

Nak cari kerja bukan bende senang weh , serious . Zaman sekarang pulak semua memanjang nak experience je then aku yang fresh ni macammana kan ? ada la sorang kawan aku ni beria suruh aku pergi interview company tempat dia praktical , ade dua kekosongan. So aku ajakla membe rapat aku sorang dengan harapan senang pergi kerja sama-sama , jimat duit minyak nanti . Akulah paling beria sedia everything siap hafal data fasal company but ended up aku tak dapat pun kerja tu tapi membe aku dapat . Terduduk aku baca whatsapp dia kata dia dapat kerja tu , kecewa dia tu masyaallah macam nampak boyfriend kau keluar makan siap bersuap dengan perempuan lain , malah lebih sakit dari tu .

Perjalanan aku tak terhenti setakat itu je , aku cuba cari kerja tempat lain jugak . Tak pernah-pernah pergi CC fokus cari kerja tetibe masa tu aku beria bukak segala laman web cari kerja . Siap upload segala resume tapi yang sangkut paut adalah satu dua je , interview pun tak lepas . Asik-asik dapat feedback dukacita je , stress dia hanya tuhan yang tahu . Aku pernah lah sampai tahap menangis , hahaha sebab macam kecewa gila tak dapat-dapat kerja . Even mintak kerja dekat kedai-kedai biasa pun macam tak sangkut langsung sampai aku rasa aku ni macam takde luck ke apa ? asek bala je . Astaghfirullahulazim.

Disamping usaha tu jangan putus berdoa. Aku mintak sangat semoga Allah swt berikan aku kerja yang terbaik . Nak Dapatkan yang terbaik tu maka mesti menunggu sebab Allah nak tengok sejauh mana kau mampu bersabar . Sampai tahap aku dah fedup gila rasa nak putus asa tu aku rasa kalau dapat kerja buat air pun lantaklah asalkan kerja . Time tu aku dah tak kira sangat aku ada diploma ke apa ke asalkan kerja . Tiba-tiba aku dapat panggilan dari satu company suruh datang interview . Aku pun macam blur gila ,tapi try nasiblah . Aku tak letak harapan tinggi sangat sebab company dia bukan calang-calang . Yang datang iv masa tu pun semua macam gila gah . Aku ni ibarat semut hitam je . Pulak tu masa iv tu dah fully english . Aku ni dahlaa grammar ke laut , maka terhasillah ‘aaaa,eee,aaaa,eeee’ siap ade english test grammar lagi memang aku rasa failed la kau kan .

Takdir siapa nak sangka tetibe esok aku dapat call dari company tu tentang job offer . Menitik air mata aku sebab gembira sangat , sampai berazam sungguh-sungguh nak kerja elok-elok . Aku nak ubah life family aku , nak tolong mak ayah . Niat nak study masih ada tapi tunggulah ade rezeki lebih insyaallah aku nak sambung . Environment kerja aku memang sangat best dapat pulak officemate yang gila sporting , sekepala , sejiwa memang buat aku sayang sangat dengan job aku ni .

Oh tentang UPU aku tu ? hahaha aku tak dapat pun then aku tak buat rayuan . Aku tahu nanti adalah yang cakap buat apa belajar tinggi-tinggi tapi kerja tak dapat . No ! ilmu tu sampai akhir hayat kau boleh tuntut . Kerja ni depend pada rezeki , sebab tu yang penting jangan putus asa ok .

Ok , sekian terima kasih .

– nurul r’roll

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments