Assalamualaikum. Terima kasih admin klu approve.
Semoga apa yang aku post nie orang orang yang dalam kategori penyakit nie boleh ambik iktibar skit. Skit ke banyak simptomnya harap bertaubatlah secepat mungkin.
Haa yang nie apa yang aku rasa sekarang dengan member group project and esaimen aku. Sebelum nie aku memang alami jugak benda nie, tapi aku positifkan minda aku. Dan sekarang susah untuk aku positif dah bila selalu sangat dbelaku. Aku rasa ramai yang mengalami apa yang aku rasa nie tapi berdiam diri je. nie secara umum aku nak cakap sebab aku rasa penyakit nie dah melarat dah.
Buat korang korang yang bergelar MEMBER dalam mane mane group project ke, esaimen project ke, cuba lah bagi sepenuh commitment bila nak buat part korang dalam group tu. Aku tak mintak ko buat perfect part ko tapi aku mintak ko buat sungguh-sungguh. Part yang ko buat tu adalah antara part part dalam group project ko, dan ape yang ko buat dalam part ko tu akan effect markah group ko. Ko faham tak? Aku tak kisah kalau markah part yang ko buat semberona je tu ko dapat untuk ko sendiri, tapi aku kisah bila part tu orang lain pon ikut effect same.
Kalau korang-korang nie orang orang kuat buat program dalam U, pom pang sana sini, join itu ini, tak malu ke buat perangai macam tu kat member group sendiri. Aku tahu busy bila aktif dengan club program pelbagai sebab aku pon join jugak program itu ini, tapi pandai pandai lah bahagi masa. Disiplin kan diri. Ko susah nak disiplin diri sebab ko ikut sangat nafsu ko. Aku tak kisah pon kalau korang adalah orang orang yang prefer atau suka buat kerja last minit, sebab minat orang lain-lain. Tapi aku kisah bila kerja last minit ko tu TAK BERKUALITI. Copy paste sana sini. Sources ntah pape ko amek. Pastu bila time compile ko marah, kecik hati bila member group suruh buat balik part ko.
Lagi sedih bila orang yang compile semua part kena hadap benda macam tu. Aku cakap berasas, sebab aku alami sendiri. Dan aku yakin ramai yang hadap benda macam nie dan salah seorangnya kawan ku sendiri dan dia sekarang pon dah grad. Kes dia, macam yang aku cerita kat atas tu lah. Cuma maybe dia lebih extreme sebab esaimen group dia, dia kena buat balik sorang sorang. Bukan sebab member group dia tak tolong tapi pertolongan tu hampeh. Copy paste macam tu je even ada la jugak ayat diorang sendiri. Dia punya lecturer, expectation dia untuk student dia tinggi sebab dia nak student dia buat yang terbaik. Kawan aku nie dah rasa dah kalau dia hantar apa yang group member dia nie buat memang hancurlah carry mark. Dia ada lah discuss balik dengan group dia untuk buat balik part diorang tapi at the end part yang tu jugak yang diorang hantar kat dia. kawan aku nie tak tau dah nak cakap apa kat group dia and at last dia decide dia buat group esaimen tu balik sorang sorang. Dalam empat hari macam tu jugak dia pulun habis masa dia untuk esaimen tu sebelum hantar kat dia punya lecturer. Dia masa tu macam mandi tak basah, makan tak tau lah aku, sempat ke tidak. Dia punya kesugguhan tu thumbs up lah. Dan bila mark esaimen tu keluar memang berbaloi la dia berkorban masa tenaga dia. madam puji diorang punya esaimen. even though member group dia tau hal tu diorang langsung tak hargai, mengumpat lagi ade la.
konklusinya aku haraplah korang korang yang dalam kategori buat kerja tak semberono nie agar fikir hak orang lain. Hak dia untuk dapat markah yang lebih baik hasil dari masa tenaga dia korang cantas dengan kemalasan dan silap endah tak endah korang dengan tanggungjawab korang sebagai salah seorang penuntut ilmu. Korang jangan ungkit hal ikhlas tak ikhlas sebab korang yang ambik kesempatan kat diorang. Korang ambik kesempatan dan mempergunakan orang lain untuk capai segulung ijazah. Korang tak malu ke, lagi-lagi yang FREE RIDER.
SEMOGA Allah campakkan hidayah untuk korang. Amin.
– ifa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit