Guru Tadika

Assalamulaikum , tq admin sebab sudi siarkan cerita aku nie . Sebelum tu , aku cerita sikit pasal aku . Aku bukanlah pelajar iium ke , uia ke . Aku belajar sampai spm je . Aku x sambung belajar bukanlah sebab keluarga aku x mampu or aku x minat . Tapi aku x pergi sebab mak aku x bagi , dia x nak berjauhan . Untuk pengetahun korang , aku ada 3 orang abg , n aku yg bongsu . 1 1 nya perempuan . Sebab tu mak agak susah nak lepas kan aku .

Ok .. cerita aku bermula la ye . Aku berkahwin masa umur aku 21th . N aku dapat kerja nie masa aku baru 2bulan kawin . Aku pilih profesion nie sebab aku bermimpi . Aku mimpi sampai aku teringat2 n lastly aku ajak kawan aku teman aku cari kerja , n alhamdulillah rezeki kawin , aku dapat kerja nie . Aku bekerja sebagai guru tadika , tapi tadika swasta laa . Tadika kerajaan dorang x pandang nya aku . Huhuh . . Masuk tahun 2017 nie , dah masuk tahun ke3 aku bekerja sebagai cikgu tadika. 2th aku jadi cikgu , alhamdulillah ibu bapa anak murid aku paling behave . Diorang sendiri x kisah kalau kami hukum anak dorang . Janji x tinggalkan kesan . Act , kami memang dah dipesan kalau nak rotan , hanya boleh rotan tapak kaki n tapak tangan sahaja .

Tapi tahun 2017 nie paling mencabar bagi aku . Mencabar mental , kesabaran , ketabahan n segala nya la . Tahun sebelum nie , murid 6th kami paling nakal , tapi belum pernah lagi aku menangis tepi toilet tau . Tapi tahun 2017 nie , waaa .. aku menangis dalam toilet sebab aku x boleh tahan dah . Aku dah terlampau penat .

Korang bayangkan , tadika tu ambil budak dari umur 2th – 6th . Tapi awal2 tahun nie memang 2th n 3th memang x kan ada budak, selalu lepas raya cina baru dorang datang . Ouhh lupa , tadika aku nie tadika swasta cina ye . So memang murid nya anak cina je laa , cuma tahun nie ada sorang murid melayu , sorang murid thailand , sorang murid india , sorang murid pakistan . Yg lain memang murid cina .

Tiap2 tahun aku ditugaskan untuk take care murid 2th – 3th . Cuma ada jadual nya aku kena jugak mengajar 4th – 6th tu . Memandangkan sekarang murid 2th – 3th belum ada yg datang , aku kena laa tolong jaga murid 4th . Tahun sebelum nie 4th cuma perlukan 2 cikgu je , tapi tahun nie 4th perlukan sampai 3 cikgu . Gara2 ada parents yg x boleh pulak anak dorang tu kita pukul ke , kita marah ke , x boleh langsung ok ! Siap dia pakaikan anak dia smart watch lagi . Memang kadang tu ada cikgu yg x tahan , marah jugak la anak dia . Ye laa , kalau anak dia jenis duduk diam x apa jugak . Nie jenis yg suka tolak orang , pukul orang , nak x nak kami kena jugak marah. Sebab nanti kalau dah ada yg lebam ke , calar ke , kami jugak kena jawab . N bila ada cikgu yg marah budak tu , direct dia call mak ayah dia guna smart watch dia tu . Allah .. tu yg buat aku menangis tepi toilet tu . Kadang aku cuba jugak , time aku mengajar aku biarkan je laa dia berlari dalam kelas ke apa ke , dah parents dia x bagi marah . Tapi kalau dah sampai dia kacau anak murid aku yg lain , yg ok , yg nak dengar apa yg aku ajar tu , aku tetap kena bertegas . Setiap kali sebelum budak nie balik , parents dia mesti akan tanya . ‘ teacher ada pukul x ‘ . N ada sekali tu mak dia tanya , dia cakap teacher ada pukul . Budak tu cakap ada sorang teacher yg garang tu pukul dia , teacher F . Padahal teacher F tu layan dia pun x . Lantak kau laa nak berlari ke apa ke , janji x kacau budak lain yg nak belajar . Mak dia dari dah blah time tu , sanggup patah balik bila anak dia cakap ada tu .

Komplain la dengan principal kami nie . Jenis principal aku nie pulak , suka tanya dekat teacher lain dulu . Dia x kan tanya kita direct , benda tu betul ke x . N lastly benda ni sampai dekat aku , aku cuba laa backup dia . Sebab masa tu memang aku dekat kelas budak tu je . Aku cakap la benda betul . Memang teacher F tu x ada tolak ke , pukul ke apa ke dekat anak dia . Sebab teacher F nie x ambil tahu langsung pun pasal budak tu . Rupa nya bila mak budak tu tanya balik anak dia , anak dia jawab teacher x ada pukul pun . Sy saja cakap ada . Korang bayangkan apa perasaan aku masa tu ? Sebab tu aku cakao , zaman dulu boleh laa cakap budak2 x pandai menipu , tapi zaman sekarang ,budak2 la lagi pandai menipu tau . N sampai sekarang , memang kami biarkan je budak tu . Dah memang x boleh buat apa . Karang marah karang ,kena complain . Larat ke asyik kena komplain je . Huhuh ..

Fyi , parents dekat tadika tu siap ada masuk 1 mama group , untuk cerita pasal anak dorang ke , complain pasal sekolah anak dorang ke . N nama teacher F nie naik dalam group tu , memang dia garang , memang dia suka pukul budak , tapi dia pukul dekat tapak kaki n tapak tangan . N belum ada yg lebam ke apa ke . Aku akui ,memang teacher F nie garang sangat . Dia dah berumur 50an , belum berkahwin , mungkin sebab tu jugak dia x biasa bila ada budak2 yg manja . Tapi aku salute cara dia mengajar . Ramai anak murid yg dulu nya jenis asyik cakap chinese , n sekarang da expert speaking tau . Memang dia bab mengajar , high class .

Tu baru cerita sorang . Yg lagi sorang nie pulak jenis nya , suka komplain dengan parents dia cakap , ‘ teacher tolak ‘ , ‘ teacher marah ‘, ‘ teacher pukul ‘ . Setiap kali parents dia hantar dia , mesti dia akan cakap macam tu . Lepas tu jenis parents dia , x ada nak tanya dulu . Jenis terus serang je . Padahal apa yg anak dia cakap , semua tipu ! Sebab nya anak dia x pernah masuk kelas , start dari sekolah start sampai sekarang , anak dia akan duduk je dekat depan . Untie ( tukang masak n tukang cuci ) laa yg akan layan dia . Kami cikgu2 nie bila dah kena sekali , x kan nak ‘ serah diri ‘ kan , so jalan terbaik biarkan je budak tu .

Aku sampai terfikir , kenapa ye ada parents yg macam tu ? Dorang x fikir ke masa depan ?? Sampai aku jadi takut nak biarkan anak aku membesar , aku takut anak aku jadi macam tu . Tapi in syaa allah ,aku cuba sedaya upaya untuk corakkan anak aku dengan secantik2 corak . Yg paling penting , semoga masa hadapan aku x jadi seperti parents anak murid aku .

Kalau korang nak kecam cikgu2 nie hukum anak murid tu , suka suki pukul anak orang , 1 je aku cakap . Cuba duduk dekat tempat kami dulu . Kami pun ada anak , kami pun beragak dalam mendidik . Aku bukan komplain , tapi cerita aku banyak maksud tersirat yg boleh korang jadikan pengajaran . Ok laa , panjang pulak cerita aku kan . Tq pada yg sudi baca sampai habis , yg malas nak baca cerita panjang2 nie sory aa . Nak lukis x boleh . Huhuh .. sekurang nya dengan luahan aku nie , semoga hari2 yg akan mendatang ni , aku x menangis tepi toilet lagi . Semoga masa hadapan kita semua juga diredhai Allah . Wallahualam ..

– Cikgu lulu (sebutan anak cina)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit