Hantaran Tinggi Bukan Kebanggaan

HANTARAN :

Pernah cakap dengan mama soal ni dari sekolah menengah lagi

“Aku nda mahu mahal, asal cukup syarat saja”

“Omma, kalau boleh janganlah letak mahal-mahal. Mama tau juga terlalu banyak kelemahanku, tidak layak diletak mahal. Bukan sebab tidak mampu, tapi aku nanti yang malu. Biarlah dorang cakap apapun, dorang ada alasan sendiri. Kita ada alasan sendiri. Mama doa saja keberkatanku, rezeki Tuhan tidak pernah berkesudahankan? Fikir, walaupun kita susah, aku masih boleh sampai ke tahap ini. Rezeki itu untuk mama juga nanti”

Sebab aku bukan wanita materialistik, semua mahukan dalam bentuk kesederhanaan. Banyak mana bersederhana banyak mana kita bersabar, banyak itu juga berkat-Nya datang.

Alasanku minta begitu sebab rasa tidak seharusnya tahap nilai hantaran diukur dengan tahap pengetahuan (mana ada tertulis dalam Kitab Suci).

Bagiku lelaki juga sama caranya dibesarkan dengan perempuan, sama susahnya sama senangnya. (mana ada lelaki yang lahir saja terus besar & kerja)

Lagi pula aku terlalu banyak kelemahan. Di dapur aku kurang arif, malas yang banyak berbanding rajin. Memanglah orang nampak aku rajin di dapur, rajin di ‘kelapa sawit’ tapi orang tidak nampak sikapku sebenar.

Soal agama juga terlalu kurang dalam diriku. Aku bimbang nanti aku gagal mendidik anak-anakku nanti. Perkara ini yang paling dipersoalkan dan paling penting kerana soal akhirat.

Kecantikkan memang jauh sekali. Aku terlalu hodoh tapi “cantik sebaik-baik sebagai ciptaan Tuhan”.

Bila sudah bekerjaya nanti, balas budi orang tua tu wajib. Aku tidak mahu jadi anak tidak kenang budi, derhaka namanya.

Bagiku lagi, setinggi mana nilai hantaranku diletak, sebanyak itu juga maruahku jatuh.

***
Setiap orang punya pendapat masing-masing. Itu pendapatku untuk diri sendiri bukan orang lain. Dan tidak ditujukan untuk sesiapapun yang hidup di dunia ini. Apakan daya kuseorang wanita yang hanya menurut kata orang tua.

– Luahan Si Kakak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit