Happpy GO Lucky

Hai. Aku ni bukan seorang penuntut IIUM. Tapi penuntut sebuah IPTA di pantai timur tanah air. Nak dijadikan cerita, aku ni memang jenis happy go lucky. Orang selalu tengok aku senyum. Sampai satu tahap diorang ingat aku ni mental sebab takpernah satu hari pun aku menangis. Diorang wonder bila aku ni sedih. Oh common beb, takkan la aku nak nangis kena tunjuk orang ramai. Sampai diorang boleh menyakitkan hati aku gila-gila sebab bagi diorang aku ni tak pernah nak marah atau terasa hati. Hahaha. Walhal aku terasa ya amat kot. Tapi sebab member aku diamkan aja. Lagi satu aku ni memang happy go lucky, tapi aku susah sangat nak lekat dengan orang. Sepanjang aku nak dekat 2 tahun kat u, aku ada 1 je yang bebetul boleh aku menangis depan dia. Thanks sebab selalu dengan aku sahabat. Setakat yang lain tu, alahh tau aku luaran je.

Meh sini den koba sikit kat engkorang yang ingat orang happy go lucky macam 0% no problem. Aku or orang lebih kurang aku ni lah yang banyak menanggung masalah tau tak. Macam aku, family aku broken, kena tinggal pakwe, social life aku, struggle belajar lagi dan macam2 lah. Tapi aku pandai simpan beb, aku taknak la duk 24 jam melalak, mengenang nasib bagai. Aku pun tak kuasa nak share problem aku kat orang. Sebab apa? Sebab orang tak peduli pun kat kau non. Diorang ada lagi suka tengok kau bermasalah takpun diorg pun banyak problem sendiri.

Buat member aku pun, yelah bagi diorang aku ni tak pandai atau lebih tepat bukan pendengar setia. Guys, i let you know, orang macam kami nilah pendengar setia sebab kadang2 kiteorang dah rasa perasaan tu dulu. Korang je anggap kalau cite kat aku, it will turn to something useless. Yelah, kau kata kiteorang tak pernah serious kan.

Bukan niat aku taknak serious, aku cuma penat je wei. Penat la nak piker masalah aku. Jadi kasi la aku jadi happening untuk melupakan masalah segunung itu. manjang serious nak kemana non. Hidup ni cuma sekali tau, pastu keje kau nak menangis. Membazir masa. Aku selalu mengisi segala kekosangan hati aku (single ni sunyi tau) dengan asah skill kehidupan macam memasak, belajar buat kek, jadi mekanik rumah takpun kereta, belajar menjahit paling terbaru aku jadi sukarelawan mengajar anak yatim.

Honestly, inside aku menangis wei. Bila kau dah besar ni, kau kena pandai settle masalah sendiri. Jangan cengeng, jangan tiap masa mintak perhatian. Sekali dua memang orang layan. Kalau tiap masa orang menyampah beb. Lagi siot, kalau manjang gaduh dengan pakwe, pastu gaduh dan terus gaduh dan terus melalak. Meluat weii. Pesan aku kat orang luar sana, don’t take easily others people appearance. Kau tak tahu apa dia alami, jangan sesekali ambil remeh semua pasal dia. Mungkin dia tak kesah, tapi nun hari dia akan fikir juga. Dan pada yang senasib dengan aku, aku nasihatkan, hiduplah macam mana yang kau suka selagi di redhai Allah,tak menyusahkan orang dan buat baik kat semua orang. Tak kesah la siapapun sebab back then, those people yang akan doakan yang baik2 untuk kau. Pada yang rasa macam kenal je aku, please jangan Tanya aku atau tag aku. Diam2 je.

Sekian, juno.

– Juno

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit