Hikmah Disebalik Kena Dismiss

Assalamualaikum dan terima kasih kepada admin sebab approve kisah aku. Nama aku Jun (semestinya bukan nama sebenar). Ok, first of all aku merupakan bekas graduan IIUM (universiti yang sangat aku bangga,pada aku lah) dalam jurusan undang-undang. Sudah lama aku membaca semua kisah-kisah yang ada dalam page ni dan tergerak nak buat confession. Cerita ni tak la hebat mana tapi mungkin sikit sebanyak boleh share dekat sini dan senasib dengan aku.

Kehidupan dekat uni memang tersangatlah indah,serious tak tipu berbeza dengan waktu kerja lagi-lagi aku dapat masuk UIA ni. Tapi apa yang lagi seronok kehidupan di matric kat PJ..masa tu batch aku masih lagi di matric PJ bukan di nilai. So, semua kulliyah (uni lain panggil jurusan atau kos) dalam satu tempat la dan masa tu ramai kawan yang berbilang kulliyah. Life semasa dekat matric bagi aku tersangat seronok dapat classmate yang sekepala, geng pun sebulu and roomate pun seronok. Bak kata semua seronok la even kos yang aku ambil ni agak mencabar tapi aku boleh lagi enjoy dengan kawan-kawan aku dikatakan banyak main-main gak la time study. tapi Alhamdulillah aku tak pernah fail dan keputusan aku agak baik. semua tu doa mak ayah aku. Kalau nak diikutkan dengan perangai main-main ni dah teruk keputusan aku mungkin.

Ok, apa yang aku nak cerita ni bukan mengenai kehidupan warna-warni aku kat matric dulu tapi kisah dugaan yang sebenarnya aku nak share. Itu sebagai muqadimah je.

Kisah ni sudah berlaku bertahun-tahun lamanya dan ia merupakan satu dugaan terbesar yang pernah jadi pada diri aku dimana aku pernah dibuang ok DIBUANG dari uni dulu (uni yang dimaksudkan main campus di gombak bukan matric ye). Perangai main-main aku ni terbawa-bawa sampai ke main campus, study last minute, tak fokus dalam class sebab aku fikir aku boleh belajar sendiri, nak exam aku boleh keluar dengan kawan-kawan dan banyak la yang boleh aku lalai dengan study aku. Even semua subjek law di main campus dulu agak mencabar dan susah tambahan pula dengan subjek syariah (subjek syariah ni subjek yang general yang semua budak-budak law civil kena ambil) tapi aku boleh buat relax lagi. Kisah DIBUANG ni bermula disebabkan satu subjek fail dan secara automatik CGPA aku jatuh merudum dan ketika itu aku berada dalam 1st year 2nd sem..baru 1st year dah nak kena buang ok. Masa aku dapat tahu yang aku kena buang tu semasa aku balik kampung ziarah nenek aku, cuti sem baru lepas exam. So, sepanjang cuti tu, tarikh keluar result masa aku di kampung dan aku minta tolong kawan aku check kan result memandangkan tak ada internet connection di kampung. At first, kawan aku cakap aku fail satu, aku agak terkejut la tapi relax lagi aku fikir maybe kawan aku salah tengok dan aku suruh kali kedua dia check immediately dia cakap “kau fail satu subjek and status dismiss” .Ya Allah perasaannya Allah je tahu bertapa gelapnya dunia aku dan bertapa aku rasa macam hilang di atas muka bumi ni. Rasa macam nak mati pun ada. Aku rasa ‘lost’ yang teramat tak tahu nak cakap macam mana. Macam aku cakap Allah je tahu.Aku tahan nak menangis nak meraung sebab akau tak nak nenek dan atuk aku tahu hal ni. Mak ayah aku masa tu tak ada, ada kat KL aku sorang je yang balik kampung. Korang boleh bayangkan tak perasaan yang tersangat sedih, down, lost tu kena tahan dalam hati yang dah luluh ni dari pengetahuan family aku dan ‘pretend’ senyum depan mereka semua. Sakit teramat sakit! macam-macam benda aku fikir dalam otak ni, perasaan mak ayah aku kecewa bil dapat tahu aku kena buang, masa depan aku, ptptn, aku nak kemana lepas ni, kerja apa semualah! rasa diri tersangat bodoh. Menyesal dah tak guna.

Balik je aku dari kampung, aku masih rahsiakan hal ni dan setiap hari aku akan tunggu postman sampai sebab surat akan dihantar ke rumah dan aku tak nak mak ayah aku tahu. Tapi serahsia mana kau simpan hati ibu pasti akan tahu dan terdetik. pada satu malam tu mak aku masuk ke bilik sebab aku banyak mengurungkan diri lepas balik dari kampung tu menangis seorang diri. mak aku tanya aku ni ada masalah ke, aku terus jawab tak ada, ye la tak nak mak tahu kan. Tapi lepas aku paling muka tengok wajah mak aku, aku tak tahan sebak aku terus menangis dan peluk mak aku sekuat hati dan terus aku confess yang aku dah tak boleh sambung belajar di UIA lagi, aku dibuang! kekecewaan raut wajah mak aku terus terpancar dan mak aku menitis air mata, susulan dengan itu ayah aku pun masuk ke bilik aku dan benda sama ayah aku turut sedih. Rasa bersalah yang teramat sangat. Lepas dari itu, aku mak dan ayah aku berbincang cara macam mana supaya aku dapat terus kan pengajian di UIA sebab aku memang harapan keluarga. Betul orang kata, jika masalah dan bebanan memang tak tertanggung seorang diri,bila aku luahkan pada mak ayah aku dan tidak berahsia hal ni, perkara jadi mudah. Mak ayah aku banyak berdoa untuk aku. Kalau diikutkan, aku dah pasrah , give up yang aku dibuang tapi atas desakan dorongan ayah aku, ayah aku minta aku rujuk semula dengan pihak kulliyah. Alhamdulillah aku boleh buat rayuan untuk meneruskan pengajian dengan syarat aku harus lulus temuduga dengan Dean, Deputy Dean, Head of kulliyah dan semua lecturer yang berkenaan dan harus bermula dari bawah maknanya dari 1st year 1sem. Aku fikir, ya Allah kawan-kawan aku dah maju kedepan aku kena mula semula dari bawah dengan mengadap junior 1st year yang sepatutnya aku dah senior dari mereka. Tapi aku fikir semula dari aku kena buang yang tak pasti uni lain akan terima aku, lebih baik aku malu sekarang dari menyesal kemudian. Aku isi form, berdoa dan tawakal agar semua berjalan lancar. Ada juga sebahagian dari kawan aku yang senasib dengan aku. Kami masing-masing berusaha untuk dapatkan semula belajar di UIA.

Keadaan aku bukan setakat menunggu panggilan interview dan tunggu result. Aku perlu hadiri semua class yang ada untuk 1st sem semula dan kehadiran aku diawasi oleh pihak kulliyah. Diawasi ni maksudnya aku dan kawan-kawan senasib dengan aku akan diberi satu buku kecil macam buku 555 tu untuk record kehadiran aku yang ditandatangan oleh setiap lecturer yang aku hadir di setiap class. Betapa malu nya aku lepas class kena tunjuk buku 555 tu untuk ambil attendance and mostly semua budak class aku junior, ye junior tanya aku kenapa aku ada buku tu mereka tak ada. Aku nak jwab apa..malunya.masa tu aku memang kena survive seorang diri je buat muka tebal masuk class tapi disebabkan aku nak semua UIA , aku perlu buat semua ni. Semua kawan-kawan batch aku tanya aku kenapa tak sekelas sama, kenapa aku keluar dari kelas lain. Memang aku keluar masuk kelas balik mahallah je la, menyendiri. Tapi kawan-kwan ‘geng’ aku memang terbaik, bagi sokongan dan selalu menceriakan aku, bagi semangat. Hari ke hari aku seorang diri ke kelas, ‘lone ranger’ katakan ye la budak-budak junior mana kenal aku dan tak berapa nak bercakap dengan aku masa tu. So lepas kelas je aku jumpe ‘geng-geng’ aku untuk makan dan sembang sama-sama. Tapi aku redah juga sebab diri aku,dan family aku nak semula.

3 minggu sudah berlalu, hari panggilan interview aku dah tiba, perasaan takut, tak yakin nervous tak terkira, tu pasti! tapi mak aku pesan doa, baca ayat kursi, selawat sebelum masuk bilik interview memang tak lekang dari mulut aku.
“Sis Jun, please come in” Ya Allah Ya Allah takutnya! aku masuk, for the first time aku masuk bilik interview yang dimana interviewer tu 10 orang! ye 10 orang bermakna ada 20 biji mata akan dan pasti tengok aku sepanjang interview. Maka berlaku lah proses interview aku dengan orang-orang besar kulliyah, banyak benda meraka tanya kepada aku. Semua ni mereka nak tengok kesungguhan aku untuk teruskan pengajian di UIA dalam jurusan undang-undang ni. Mereka melihat meneliti semua keputusan peperiksaan aku dan buku 555 tu yang aku tak pernah ponteng sepanjang probation period tu. Alhamdulillah aku berjaya jawab dengan tenang dan proses temuduga berjalan dengan lancar. Setelah selesai, aku perlu menunggu seminggu untuk keputusan dari pihak atasan sama ada aku dibuang terus atau aku dimasukkan semula. Seperti biasa aku seorang diri lagi pergi ke kelas hadir setiap lecture berdoa, solat hajat memohon pada Allah supaya aku diterima semula.

Seminggu telah berlalu dan aku mendapat panggilan dari pihak kulliyah untuk ambil surat keputusan temuduga aku. Perasan berdebar sekali lagi dan aku terus ke office kulliyah untuk ambil surat. Aku buka dan aku baca satu persatu perkataan.. dan.. ALHAMDULILLAH YA RABBI! aku diterima semula! aku diterima sebagai pelajar UIA semula! YA ALLAH aku tersangat bersyukur. Aku gembira tak terkira! aku terus menelefon mak ayah aku tentang berita ni, sudah semestinya mak ayah aku orang paling gembira dengar berita ni. Aku rasa penuh warna warni menangis kerana gembira yang dulu aku rasa sedih rasa hilang di muka dunia ni tetapi hari ini aku sangat gembira. Alhamdulillah.

Aku meneruskan class aku seperti biasa tanpa rasa malu, tanpa ada buku 555 tu sebab aku officially UIA student, again! no more probation period. Aku sangat bersemangat dan gembira sebab aku tak perlu fikir lagi tentang temuduga dan status aku sebagai student UIA lagi. Kawan-kawan sebatch aku dulu yang banyak bagi semangat dan tak pernah hilang dari sisi aku, kawan-kawan junior yang sentiasa bantu aku, study sama-sama. Sekali lagi, betul orang cakap, kalau kita pandai cari kawan dan sebetul-betulnya kawan, mereka akan ada dengan kita susah dan senang dan terima kita, nasihat kita supaya tak tersasar. Aku bersyukur semua yang berlaku ini ada hikmah disebaliknya. Aku bersyukur, punya kawan-kawan junior yang tidak sebaya tetapi mereka banyak membantu aku sepanjang pengajian aku di UIA dan kawan-kawan lama aku yang tak henti-henti bagi semangat agar aku tak tersasar lagi dan sampai hari ni, orang-orang ini masih lagi ada dalam hidup aku even masing-masing sudah berkeluarga dan berkerjaya. Dugaan dan rintangan sepanjang pengajian 4 tahun tu memang ada dan lumrah sebagai student. Alhamdulillah semua tu boleh diatasi sebab Allah tak akan menguji hambaNya diluar kemampuan.

Dan hari ini, Alhamdulillah aku sudah berjaya menjadi seorang peguam dan punya tempat di dalam firma guaman. Sudah semestinya insan yang paling aku sayang mak dan ayah aku. Semua yang aku ada ini semua berkat doa , penat lelah dari mereka untuk aku. Belum cukup aku bangga dan balas budi jasa mereka yang sememangnya tidak terbalas, tetapi aku akan cuba untuk menjadi anak yang solehah dunia akhirat buat mereka dan gembirakan mereka.

-setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya dan bersangka baik dengan Allah- doa, berusaha & tawakal-

JUN

– Jun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit