Housemate Membazir Elektrik

Housemate Membazir Elektrik

First sekali terima kasih kat admin yg Sudi siarkan confession aku ni. Sebelum ni korang ada pernah dengar housemates bela ulat la, itu la la, ini la dan banyak lagi lah yg korang dengar kan? Cerita ni aku alami sendiri tau tak de ciplak mana² story la. Dah lama aku nak luahkan cuma masa tak izinkan aku menulis. Hihi. Okay la aku start cerita aku ni.

Ni pasal housemates aku yg suka sangat membazir elektrik macam tak tutup suis kipas, suis lampu, laptop, charger phone dan sebagainya yg menggunakan elektrik. Aku duduk serumah tujuh orang tapi bilik lain². Ada tiga bilik. Aku dgn member² aku duduk master room. Dua bilik lagi bilik biasa je. Aku tiga orang. Satu bilik duduk dua orang dan lagi satu bilik lagi dua orang jugak. Kita orang bilik lain² ni lain² course. Jadi aku kerap berada kat rumah dengan member bilik aku je la.

Perangai diorang majoriti sama suka membazir elektrik. Tapi ada la housemate aku sorang ni nama dia lyn (bukan nama sebenar) sama macam aku tak suka nak membazir elektrik. Lyn ni duduk sebilik dengan org pemalas. Dia kata. Aku tak tahu member sebilik dia tu macam mana. Kitaorang memang jarang jumpa. Kitaorang kumpul satu rumah pon time tengok tv. Haa dari situlah kita dapat jumpa.

Okay berbalik topik asal. Bilik aku ni ada tiga kipas. Dua tergantung kat dinding. Satu menghadap aku (takde lah menghadap aku sangat) satu menghadap member aku (pon same macam aku), Satu lagi kipas milik member aku duduk sebelah muka dia. Aku harap kat kipas dia la pasal dua kipas kat dinding tu tak rasa pon kat aku. Tak rasa langsung bukan tak rasa sikit. Bila dia pergi keluar bilik and bilik tu takde sesiapa pon, dia still bukak kipas tu. Aku masuk bilik terkejut le, nak marah pon ada. Tapi tahan dalam hati. Aku ni jenis tak suka nak marah orang. Bia dia sedar sendiri je perangai dia. Yelah kan dah tua kan tak kan benda macam ni nak tegur lagi. Lagi satu kipas bilik aku ni selalu bukak kecuali pergi kelas dengan aku yang tutupkan.

Tu soal kipas baru kan. Belum lagi dengan laptop. Dah la masing² ada laptop termasuk aku. Tapi aku bukak laptop masa nak buat kerja and nak tengok movie. Lepas siap aku guna, aku tutup sumua suis bukan sleep kan laptop tu. Tapi diorang sleepkan laptop. Kekadang tak tutup sampailah pergi kelas pon tak tutup lagi. Bil api melambung membazir. Ptutlah bil elektrik kitaorang 300 lebih sebulan. Korang yg membazir aku yg kena bayar. Kalau duit korang sorang tak pe. Ini ramai².

Lampu pulak? Boleh tahan la. Kita guna lampu time gelap je kan? Tapi not my house. Gelap sikit jer pasang lampu. Sebagai contohnya kat bilik air kitaorang. Nak cakap gelap sangat tu takde lah. Tapi sekurang kurang nye kalau berjalan tu still nampak lagi la. Bilik air kitaorang ada lubang² kecil kat atas yang mampu bagi cahaya kat bilik air kitaorang. So kalau bukak lampu memang tahap buta la korang. Sebab tak nampak kan? Hahaha. Gelap apa nye. Aku masuk dalam toilet tak bukak lampu still je selamat. Ini entah siang malam bukak lampu. Member bilik lain pon same jugak tak reti nak tutup lampu lepas guna bilik air. Dah la bukak lampu siang². Tak nampak ke ada cahaya yang keluar dari lubang² tu?

Ada satu lagi perangai kipas ni. Bukak kipas lepastu letak baju bawah angin kipas tu. Kalau korang basuh baju and then letak bawah kipas sebab nak rushing tu tak pe aku tak marah. Ni lambat lagi nak pakai baju tu. Ada la sekali member aku bukak kipas pastu letak baju bawah kipas tu la Lyn tengok, Lyn pon tutup kipas tu. Aku tak berani nak buat. Takut la dia terasa dengan aku. Pastu dia datang kat aku dia cakap lyn tutup kipas la, geram betol aku. Aku ni dalam hati bukan kemain lagi padam muka engko. Tulah tak reti nak berjimat.

Paling paling palinggg aku tak suka, aku masak member lena tidur. Ok, yg ni lari topik sikit. Tapi alang² kan, cerita je lah. Yg ni aku sepakat dgn sorang lagi roomate aku. Kekadang aku yang masak kekadang dia. Tapi yang sorang lagi sedap² je tido. Jarang sangat dia yg masak. Katanya tak reti. But at least tolong la apa yg patut kat dapur tu. Ini entah bangun² je makan. Tapi before dia makan tu dia solat dulu la. Aku tunggu dia solat pulak, dah la semua ready nak makan. Aku nye lapor. Harap kat korang, tak makan lah aku jawabnye. She complain what that i cook for us. Itu yg buat aku geram sgt. Aku paling pantang orang complain apa yg aku masak. Dah la tak pernah masak ada hati nak complain makanan aku. Cakap mak dia best in the wordl la. Biasa la aku bukan nye reti masak sangat pon tapi sekurang kurang aku cuba masak. Memang aku tak nafikan masakan mak memang terbaik dlm dunia lah. Selain alasan dia tak reti, alasan lainnye dia budak. Ok aku mengaku dia yang paling budak dalam rumah kitaorang and paling budak dalam bilik kitaorang. Alah beza setahun je kot.

Secara sakit hati nye aku memang sakit hati dengan perangai buruk korang ni. Tapi aku paling malas nak marah orang and paling taknak marah orang. Tapi nasib baik la lyn ni sama dengan aku. Untuk korang yang lain please la tolong jangan membazir. Tolong belajar untuk berjimat. Kalau bayar pakai duit sendiri takpe babe aku tak kisah. Langsung aku tak kisah. Suka hati korang la nak buat ape pon. Tapi ni kita same² bayar. Tolong respect housemates lain. Terutama sekali aku dengan lyn. Please ye

– nad_raggi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments