Indahnya Takdir Allah

Aku seorang manusia biasa.Yang hidupnya sentiasa inginkan yang indah2 saja.Kalau boleh,indah macam novel2. Haha. Memang dalam mimpilah kan.Sebab hidup kita bukan ditulis oleh manusia.Tapi ditulis oleh Yang Maha Sempurna.

Tujuan aku buat confession ni untuk kongsi kisah hidup aku yang aku rasa tak la menarik sangat,tapi cukup untuk memberi inspirasi,harapan, dan pengajaran untuk kaum sejenisku di luar sana iaitu HAWA!

Masa aku berumur 16 tahun aku memasuki sebuah sekolah berasrama penuh di utara tanah air. Hidup aku yang sebelum tu yang…macam mana nak describe..tak ada lah nakal..macam budak2 lain..tapi ya..aku AGAK tomboi/boyish. Bila masuk ke sekolah tu aku berubah sikit demi sikit. Pkai stokin,pkai sarung tangan,tudung pun mula labuh sikitttttt..sikit aja la..

Then aku masuk universiti di Selangor.Di sana aku tinggal apa yang ku praktik di sekolah. Terikut dengan kawan2,mungkin?sebenarnya diri sendiri yang tak kuat iman.Hahah! Masuk tahun ke-2 di universiti..entah macam mana hidayah Allah menyapa.sungguh!aku sendiri tak menyangka. Hidayah tu datang menyapa hati hanya dengan stu peristiwa. Aku terpaksa cerita walaupun cerita ni akan jadi panjang,supaya jadi pengajaran pada semua kaum Hawa.

Ketika itu aku ada program di Pahang.kami pergi menaiki van yang dipandu oleh pemandu universiti.kami panggil wak.sampai di tempat program,masing2 buat aktiviti sendri.aku dan beberapa rakan yang lain bersembang2 dengan wak memandangkan dia agak peramah.masa tengah berbual,tiba2 wak memandang ke bawah,ke arah kaki kami semua.dan tiba2 dia memandangku sambil berkata “wak berkenan kat dia ni,” masyaAllah!!Aku tergamam. Dah kenapa orang tua ni.

Aku lari bersembunyi di belakang seniorku.malam itu senior aku (fakulti pengajian islam) memberitahu bahawa ada orang lelaki yang pandai ‘membaca’ tubuh wanita.sebab itu kita kena pakai yang longgar,pkai stokin,dan sarung tangan. “Sebab tu la akak suruh korang pakai stokin.wajib benda ni. Orang lelaki yang pndai baca..ibu jari kaki kita tu sama size dengan tutt…”
ALLAH..aku tersentak. Tutt itu aku tafsirkan sebagai lubang kemaluan kita. Selepas daripada itu aku memang tidak pernah tanggalkan stokin aku.TAK PERNAH!

Masa berlalu begitu pantas. Aku memasuki tahun ketiga.dalam masa itu aku melalui fasa2 perubahan seperti mula istiqamah memakai sarung tangan,tudung labuh menutupi dada.

Titik hidup aku mula berubah apabila aku mula menjalani latihan praktikal di sebuah jabatan kerajaan di utara tanah air.salah seorang staff bernama F disitu menunjukkan minat yang pelik pada aku.perempuan berumur 30-an.ada anak dua. Aku merasa kekok kerana dia tua belas tahun dari aku. Pada mulanya dia kata hendak berkawan.kemudian di akhir2 tempoh praktikal aku,dia meluahkan bahawa dia ingin mengenalkan aku dgn adik lelakinya.aku menolak dengan baik kerana aku tidak berminat.sumpah aku x berminat dengan mana2 lelaki ketika itu.

Tamat praktikal disitu aku memutuskan hubungan dengan F.aku rimas. Tapi entah bagaimana ketika aku memasuki tahun keempat pengajian,dia kembali menghubungi aku dan kali ini aku berlembut hati untuk berkawan dengan F. Ya..dari situ bermula fasa hidupku seperti novel yang aku angan2 kan.Adik lelakinya yang bernama D sangat baik dan ada rupa. Aku semakin hanyut dalam percintaan telefon itu kerana D study di universiti di Perak. Aku bahagia. Selalu sahaja aku menerima bunga, coklat,duit kiriman dari D melalui kakaknya F kepada aku. Hari2 kami akan bergayut melalui telefon.

Kemudian aku tamat pengajian.begitu juga D. Setelah tamat pengajian, perasaan ingin bertunang mula membuak dalam diri aku. Aku mula meminta D datang bertemu ibu bapa aku. Dia setuju.hari yang ditunggu2 tiba namun pertemuan yang dirancang tidak menjadi kerana tayar kereta D pecah di tengah jalan.

Sejak dari itu,D memberi alasan bahawa dia belum bersedia tapi tetap memberi harapan dgn memberi sebentuk cincin yg juga dikirim melalyi F.aku keliru.apabila aku minta untuk putus kerana bagi aku D tidak serius, D merayu2 untuk tidak memutuskan hubungan.Aku kasihan dan aku tak dapat nafikan yang aku benar2 cintakan dia.sangat2 cinta! Tetapi aku memendam perasaan kerana D tidak mahu datang berjumpa ibu bapa ku yang semakin hari mendesak untuk bertemu D.

Awal 2014,aku mendapat panggilan temuduga badan beruniform. D merayu2 agak tidak pergi dan memberi alasan bahawa keluarganya tidak mahu menantu yang kerja beruniform.aku pergi ke temuduga tersebut.namun aku gagal di peringkat ujian kesihatan.

Aku pulang dengan anggapan bahawa jodohku drngan D semakin kuat.

Syawal tahun itu aku merayu agar D datang ke rumahku. D tidak mahu berjanji yang mana aku faham bahawa D tidak mahu datang.aku geram.aku mengamuk dan menangis. Syawal ke kelima aku mendapat panggilan dari F meminta aku pergi kerumahnya.aku akur walaupun dalam hati aku benci. Tiba disana,dia meminta aku bersabar dgn berita yang akn dia bg tahu pada aku.
“D bawak balik perempuan lain ke kampung hari ni,dia bg tau mak yg dia syg dgn K(aku)..tapi dia nak kawen dgn pempuan tu,bkn dgn K.”
Aku menangis meraung semahunya.

Hati aku hancur sehancur hancurnya.kenapa dia sgp buat aku macam ni.kenapa tiba2.kenapa???? Aku kecewa. Panggilan telefon aku hnya dibalas dengan kata maaf.dan alasannya dia sudah muak dgn ego aku yang selalu mendesak dia berjumpa ibu bapa aku.aku bingung dgn hidup aku.kenapa pengakhirannya begini?belum sempat aku meminta penjelasan secara bersemuka kerana selama ni kmi hanya berhubung melalui telefon,D telah pulang ke Pahang iaitu tempat kerjanya.

Hidup aku kosong.ahli keluargaku juga terasa ditipu. Kerana terlalu kecewa..berat badan aku menurun 10kg dlm msa 5 hri.

Sehingga satu hari aku meng ‘update’ status mengenai kekecewaanku,dan F telah membuat kenyataan yg agak pedas mengenai keluarganya berkenaan kes aku dan D.

Akibat dari komen F,Malam itu aku mendapat panggilan dari adik F iaitu S yg jugak kakak pada D. Dan malam itu aku mengetahui kebenaran tentang F,tentang D.

Rupa2nya selama hampir dua tahun ini,yang menghubungi aku setiap malam,yang memberi bunga,cincin,coklat sebagainya adalah F!!dia menyamar! Aku marah!sgt marah!!kerana dia sanggup menipu sehingga hampir dua tahun.bukan sj tipu tetapi jugak seluruh ahli keluarga aku. F memang tiada hati perut.

Padanlah selama bercinta ni F tahu segalanya mengenai hbgn aku dan D sehingga aku naik rimas.

Kalian mungkin sedang ketawa dan mengutuk, takkan la tak cam suara lelaki ke perempuan,YES!memang aku tak cam dan bukan aku seorang yang tak cam,mak aku kawan2 aku yg pernah cakap dengan dia semua tak cam.hebatnya permainan perempuan ni kan.

S bagi tau aku yang aku bukan mangsa pertama,tapi mangsa ke 3.

Oleh kerana aku mangsa ke 3 aku rasa aku tak patut berdiam diri,aku kena buat dia sedar yang dia sedang berdepan dgn org yg slh. Aku pergi menghadap keluarganya di kampung dan aku ceritakan semua. Aku tegaskan yang aku bukan perempuan murahan yang terhegeh2 pada D seperti yang mereka sangka.keluarganya malu.ibu dia menangis meminta maaf.

F lari rumah tinggalkan anak2 dan suaminya. Dia masih sempat berdrama dgn aku yang dia sudah 2 hari tak makan,sedih dgn apa yang berlaku.
Akhirnya dia muncul di hadapan rumaj aku utk meminta maaf.aku mintak penjelasan kenapa buat mcm tu pd org?kita sama2 perempuan. Dan dia ada anak perempuan.tak takutkah satu hari nanti perkara yang sama berlaku pd anaknua?
Dia hnya diam.

Selepas peristiwa itu aku jadi takut dgn byg2 aku.selalu terkenang perkara2 lama antara aku dan D yang tak wujud itu.

Aku terpaksa mandi pelepas. Mandi pelepas tujuan untuk buang segala kisah2 lama aku.

Aku mulakan hidup baru.teruskan kerjaya aku.

Aku tercari2 apa hikmah di sebalik semua ini.

Sebulan selepas peristiwa tu,tiba2 aku disapa oleh seorang lelaki di mesenjer fb.aku takut2 utk approve. Aku buka fb dia dan lihat betul2 lelaki ka penipu jugak. Dan setelah dua tahun aku tak pernah approve mana2 friend req lelaki,malam itu aku approve lelaki ini hanya kerana sekeping gambar ulama yg aku sgt2 cinta.boleh aku katakan melebihi cinta aku pada D.

Seminggu kami berkenalan,tb2 dia menyatakan isi hati ingin berkahwin.aku terkejut.tapi aku berikan syarat,datang minta izin ibu bapa.dan dia datang pada hujung minggu itu.

Awal bulan september dia datang lagi membawa kedua ibu bapanya. Ya,dia serius ingin mengambil aku menjadi suri hidupnya. Hujung bulan september kami bertunang,tanpa hebohan pada mana2 pihal.hanya rakan rapat dan ahli keluarga.

Dan tarikh pernikahan ditetapkan pada hujung Disember.

Hanya seminggu berkenalan,aku sudah bersetuju utk bernikah dengannya.bukan mudah aku ambil keputusan itu.

Guru rujukan agamaku aku rujuk terlebih dahulu dan ayatnya aku pegang sehingga kini dan aku tegaskan disini SEMUA KAUN HAWA patut pegang perkara ini.

“Takdir ni ada dua. Takdir mubram dan takdir muallaq. Takdir muallaq adalah takdir yang berubah2.takdir mubram adalah takdir yang Allah dah tetapkan sejak dalam perut seperti jodoh,rezeki,ajal.jadinya jodoh ni memang takkan bertukar,yang bertukar hanyalah ciri2 nya sahaja.seperti kalau dulu nakal,sekarang alim,dlu jahat sekarang baik.jadi jgn risau,kalau benar dia jodoh kamu,dia akan jadi suami kamu”

Dengan aku berpegang pada ayat itu,aku berserah pada Allah. Dan aku tidak letakkan harapan dia menjadi suami sehinggalah dia melafazkan akad.

Selepas bernikah,aku berfikir sendiri.Betapa indahnya takdir Allah.
Dia berikan aku pengalaman bercinta,tapi Dia lindungi aku dgn mentakdirkan aku bercinta dengan perempuan.
Kemudian aku gagal dalam interview bdan beruniform,aku sangka kerana Allah hendak kuatkan jodoh aku dgn D..rupa2 nya kerana Allah hendak nikahkan aku dengan jodohku pada tahun yang sama.

Kalau aku berjaya dalam temuduga tersebut,pastilah aku tidak bernikah dengan suamiku sekaranng kerana sedang sibuk menjalani latihan selama setahun.

Sahabat2 ku semua,
Jangan pernah putus asa dalam mencari keindahan takdir Allah. Dia tidak akan berikan hujan kilat tsunami buat selamanya. Sabar..pasti ada mentari dihiasi pelangi selepas hujan.

Dalam kisah aku ini banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar.Pertamanya,jangan sesekali letakkan harapan yang tinggi melangit pada seseorang. Kerana yang paling senang berubah dalam dunia ni adalah HATI. percayalah,ada manusia yang berhati syaitan dalam dunia ni.jadi janganlah cepat percaya pada seseorang.

Keduanya,terus berjalan walau beribu ujian yang datang. Jangan pernah putus asa.percaya yang Allah ada bersama kita.jangan pernah bersangka buruk pada Allah.

Ketiganya,jodoh itu tak cepat tak lambat.ia datang bila tiba masanya dengan cara yang paling indah dan paling tak disangka. Dan sepetti pesan guru aku,jodoh itu tak berubah. Yang berubah hanyalah ciri2 nya..jika kalian ingin suami yang soleh,jangan dicari yang soleh,sebaliknya ubah dirimu menjadi solehah terlebih dahulu.

Bercakap mengenai jodoh berubah ni,aku pernah tanyakan pada suami aku. Bagaimana dia yang dahulu.
Jawabnya,dia nakal.merokok.macam anak2 muda yang lain.cuma beberapa bulan sebelum dia bernikah dengan aku,hatinya disapa hidayah Allah ketika mendengar kuliah mingguan di pejabatnya. Dan berubah dari detik itu.
Korang mesti ingat kan yang aku cerita bagaimana aku boleh berubah dalam perenggan atas2.

Dengan hidayah Allah aku berubah,dengan hidayah Allah jugak dia berubah.

Sekarang aku ada seorang baby. Hidup aku cukup lengkap dengan mereka. Tidak pernah aku sangka hidup aku telah di aturkan dengan indah sekali oleh Allah.

Untuk orang keliling aku yang tetap teguh bersama aku dalam susah dan senang, terima kasih.

Ya Allah,terima kasih untuk hidup yang indah ini.

– sya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit